Wednesday 10 May 2017

Hilangkan Sakit Lutut dan Sendi Tanpa Suntikan dan Pembedahan

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 33: NOR SHAHIZAN RAHIMI

[SAKIT SENDI DAN LUTUT BERANSUR SEMBUH SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE]

Assalamualaikum. Saya Nor Shahizan Rahimi bt Mohd Saad a.k.a Che Yan nak berkongsi kisah perjalanan "cinta Shaklee". Saya mengenali Shaklee sudah lama cuma sikap acuh tak acuh dalam pengambilan vitamin membuatkan lambat benar Shaklee "menakluki" hati saya sepenuhnya. Setelah merasai #shakleeeffect yang sebenar selepas berpantang anak ketiga maka cinta saya pada produk Shaklee "jatuh berkali-kali" hasil bimbingan SID hebat bergelar "Ratu Vivix".

Selepas Set Berpantang Premium Shaklee saya cuba untuk menyelesaikan masalah sakit lutut yang saya alami. Sebenarnya sakit lutut ini merupakan kesan jangka panjang yang saya alami hasil daripada penglibatan aktif saya dalam bidang sukan gimnastik peringkat sekolah dahulu.

Semakin menganjak usia kesan kecederaan yang lama dulu semakin terasa. Anak-anak pula semakin lasak dan memerlukan saya untuk bergerak aktif mengawal mereka. Semakin lama pergerakan saya semakin terganggu. Tugas sebagai guru memerlukan saya naik turun tangga. Setiap kali pergerakan turun dan naik tangga, lutut saya akan berbunyi seolah ada geseran dan bukan setakat itu sahaja, saya terpaksa "double step" kat tangga, maksudnya saya perlu jejak kedua-dua belah kaki untuk setiap anak tangga. Rasa sakit akan bertambah kronik apabila saya perlu ke tandas dan tandas pula jenis tandas cangkung.

Vitamin untuk "daily essential" memang sudah menjadi rutin. Setelah mebuat sedikit pembacaan dan meminta pendapat dari upline, maka untuk masalah lutut dan sendi saya ambil Vivix, Collagen, Ostematrix dan Omega Guard.

Saya terus menjalani rutin kehidupan seperti biasa. Sampai satu masa saya tersedar yang saya sudah tidak sakit lutut lagi. Saya juga mendapati bahawa struktur kulit juga nampak lebih sihat. Lebih mengharukan apabila ada yang mengandaikan saya belum berkeluarga semasa menghadiri kursus sedangkan saya ibu kepada 3 orang anak. Bonus berganda apabila suami juga mula perasan yang kulit saya semakin halus. Katanya "masa bila pulak sayang selalu pakai losyen tak ada bau pun". Suami saya memang ada masalah dengan bau-bauan. tersalah bau biarpun bau itu wangi akan menyebabkan beliau sakit kepala dan menyebabkan saya memang sukar nak beramal dengan segala macam losyen.

Image may contain: 2 people, text


























Satu lagi perkara yang saya perasan ialah masalah alergik saya pada terung. Pada kebiasaannya setiap kali saya termakan terung, bahagian dagu dan sekeliling bibir saya akan ditumbuhi biji-biji halus yang mengandungi air dan kawasan kulit bahagian itu akan hitam serta lambat untuk sembuh. Baru-baru ini saya ada termakan kuah roti canai yang mengandungi terung. Memang masih ada rasa alergik itu tapi kali ini kawasan yang seringkali terganggu akibat alergik sekadar menjadi kering dan setiap kali mandi sel kulit mati di kawasan tersebut boleh di "wipe off".


Memang nawaitu saya nak ambil Set Sendi tu untuk masalah lutut saya. Tiba-tiba macam-macam bonus dan manfaat yang lain saya perolehi. Maka buat sekian kalinya saya "jatuh cinta" dengan Shaklee. Jom sama-sama berShaklee untuk meningkatkan kesihatan.



Untuk order Set Berpantang atau Set Kesihatan Sendi
dan untuk pertanyaan sila hubungi:

Puan Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah  

Tips Menyusukan Anak Hingga Lebih 2 Tahun Tanpa Rasa Letih

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 40: NOOR HARTINI BT. MD SAAD

[SET MENYUSU SHAKLEE MERUBAH TANGGAPAN SAYA TERHADAP SUPPLEMEN]

Assalamualaikum.
Nama Kak Enan, Noor Hartini Binti md Saad, seorang ibu bekerja yang mempunyai 4 permata hati. Kak Enan ingin berkongsi pengalaman Kak Enan ketika sebelum mengenali Shaklee dan setelah mengambil vitamin Shaklee ini.

Seriously dulu Kak Enan memang tidak suka ubat biji tapi bukan bermaksud Kak Enan susah makan ubat, bab makan ubat tu senang saja. Ambil ubat masuk mulut telan saja, kan senang je kan. Cuma kerisauan akan effect terhadap buah pinggang itu membuatkan Kak Enan sangat berhati-hati nak makan ubat mahupun vitamin.

Apa yang menyebabkan Kak Enan mula mencari vitamin ialah di saat ada anak pertama. Sebagai ibu bekerjaya yang ingin menyusukan anak secara ekslusif memerlukan antibodi dan ketahanan imun yang kuat. Malah apabila Kak Enan mula mengandung anak kedua pada jarak yang dekat iaitu berbeza setahun sahaja kesihatan mula kurang memuaskan. Terutama badan cepat letih, emosi kurang stabil dan kulit wajah yang semakin kusam. Sepanjang kehamilan memang kerap MC dan cuti rehat kerana asyik tidak sihat dan cepat letih.

Selepas bersalin anak kedua, keadaan Kak Enan makin worst. Badan sangat cepat letih, balik dari kerja hanya mahu mandi dan tidur saja kalau mengikut hati. Kulit muka dan wajah memang sangat kusam dan emosi pun mudah sangat tersentuh mahupun tak stabil. Lalu Kak Enan disuggest oleh officemate mencari supplement. Waktu tu kesedaran tentang makanan tambahan atau vitamin ini tiada dalam kamus hidup lagi.

Atas saranan kawan tu Kak Enan pun pergi ke farmasi dan cari multivitamin yangg dikatakan membantu memberi energy dan pulihkan tenaga. Jadi membelilah Kak Enan vitamin yang disuggestkan oleh ahli farmasi yang berharga sebiji RM 2.00 sebanyak 20 biji, ala yg boleh repack tu. Sayangnya selepas seminggu consume, yang paling kurang best kak enan alami adalah jadi sembelit teruk huhu energy tu Alhamdulillah, ok la, tapi akibat sembelit teruk terus Kak Enan stop ambil vitamin tu. Rugilahkan dah beli vitamin mahal tapi tak makan dah atas faktor tiada siapa yang nak hendak dibuat rujukan lagi tentang tu. Pastu terus Kak Enan tak amik apa-apa supplement. Sehinggalah sedang mengandung anak ke 3. Saat tu Fb sangat familiarlah digunakan.

Terlihat junior UTM yg seringkali berkongsi tentang vitamin Shaklee ni. Berjinak-jinak Kak Enan mengambil info darinya dan selepas bersalin hampir 6 bulan selepas itu Kak Enan mula mengambil vitamin Shaklee ni untuk Set Kesihatan Asas dan Set Menyusu untuk tingkatkan pengeluaran susu.

Alhamdulillah.. terasa kelainannya apabila mula mengambil Set Asas bersama Set Menyusu ni iaitu Vitalea, B-Complex, Vitamin C, Lecithin, Ostematrix dan Alfalfa. Badan semakin ringan dan kurang rasa letih kerana balik dari kerja Kak Enan mampu lagi memasak untuk makan malam dan buat persiapan anak-anak sambil buat hobi Kak Enan iaitu menjahit. Alhamdulillah mata sembap dan kulit kusam juga semakin hari semakin hilang. Kak Enan sangat happy.

Apa yang memeranjatkan Kak Enan berat Kak Enan selepas 6 bulan mengamalkan vitamin ini boleh kembali kepada berat Kak Enan sebelum kahwin. Dari angka hampir ke 6 puluh dapat angka 4 puluh balik memang membuatkan hati sangat-sangat happy OK. Itupun setelah ada anak 3 tu. Amazingkan? Syukur Alhamdulillah Kak Enan tak perlu risau masalah selulit, sembelit mahupun berat yang semakin naik setelah konsisten amalkan set ini. Malah Kak Enan dapat menyusukan anak Kak Enan yang ke-3 sehingga dia berusia 3 tahun. Alhamdulillah syukur Allah permudahkan dan pertemukan Kak Enan untuk menyelesaikan masalah Kak Enan yang bekerjaya ini.

Sewaktu mengandung anak ke-4 memang fully Set Hamil Kak Enan amalkan dan sememangnya sangat ketara berbeza saat hamil dahulu dan anak ke-4 ini. Sehingga kini Kak Enan masih menyusu anak ke-4 yang berusia setahun 6 bulan. Alhamdulillah.

Image may contain: 6 people, people smiling

Kepada ibu yang bekerjaya di luar sana yang mudah penat, letih dan mengalami emosi yang kurang stabil, Kak Enan sangat syorkan ambil vitamin Shaklee Set Asas ini untuk mempertingkatkan kesihatan diri kita sebagai ibu. Kalau tidak kita yang sayangkan diri kita siapa lagi kan. 

Untuk order Set Kesihatan Asas, Set Hamil atau Set Menyusu
 dan untuk pertanyaan sila hubungi:

Puan Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah

Tuesday 9 May 2017

Fit Muslimah Challenge

I WANT TO BE A FIT MUSLIMAH, NOT FAT MUSLIMAH. 

Matlamat 2017 saya dari segi kesihatan ialah ingin menurunkan berat badan sebanyak 20 kg untuk dapat berat badan yang ideal. Awal tahun hari tu ada la jogging kat pantai tapi sekejap je. Tak istiqamah. 

Jadi sekarang dah pun bulan 5. Tinggal 7 bulan je lagi untuk saya capai target. So far baru berjaya turunkan 5 kg. Tu pun takleh percaya sangat sebab berat selalu turun naik. 

Saya decide yang saya kena start exercise semula walaupun hanya di rumah. Bukan semata-mata nak kurus tapi juga supaya lebih cergas, lebih bertenaga, dan juga dapat mengurangkan risiko penyakit. 


Sekarang nak pergi jogging agak susah sebab saya menjaga ummi yang terlantar sakit dan tak dapat menguruskan diri sendiri. Jadi pilihan yang terbaik ialah dengan exercise dari rumah. 

Tak susah pun sebenarnya kalau kita nak. Banyak video kat youtube yang boleh dijadikan panduan. Boleh pilih jenis senaman yang kita suka. 

Macam saya, suka aerobik, zumba, yoga, power walk dan yang terbaru combat fitness. Bila tertengok kat youtube tempoh hari. Yang penting pilih exercise yang kita rasa seronok untuk lakukan, dan bukannya rasa stress. 

Saya nak wajibkan diri supaya dapat jadikan exercise sebagai rutin, macam kita makan nasi dan solat. Biasanya saya spend 30 minit atau jika kurang berpeluh saya akan sambung lagi hingga 1 jam. Rasa seronok sangat bila peluh menitik keluar dengan lajunya, walaupun hanya exercise di rumah. 

Video apa yang best untuk beginner? Di sini saya kongsikan. Mudah-mudahan bermanfaat. 


Jangan lupa bersenam. Let's get fit!


Untuk order produk Shaklee dan untuk pertanyaan sila hubungi:

Kamilah Mustapa
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387