Sunday 30 April 2017

Dulu Skeptikal Dengan Vitamin, Sekarang Tak Pasal-pasal Dapat Kulit Cerah Berseri dan Makin Kurus Lepas Consume Shaklee

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 46: AZLINDA ISMAIL
[KULIT WAJAH CERAH BERSERI SELEPAS AMALKAN VIVIX SHAKLEE]

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya Azlinda binti Ismail, pengguna tegar Shaklee dari beberapa tahun yang lalu.

Dulu saya sangat skeptikal nak amalkan Vivix, sebab saya tak ada sebarang penyakit dan rasa tak perlu untuk ambilnya. Saya hanya pastikan ibu saya ambil Vivix setiap hari. Sehinggalah apabila saya melihat perubahan nyata pada ibu saya, saya mula berkongsi botol Vivix dengan beliau.

Saya amalkan sekali dengan Sustained Release Vita-C dan Vitamin E Complex. Alhamdulillah, kulit saya nyata lebih moist dan tidak terlalu kering seperti dahulu. Tumit yang merekah teruk kini semakin halus dan mulus.

Lebih menyeronokkan, berat statik yang saya alami semakin menampakkan penurunan apabila lebih konsisten mengambil Vivix.

Tak sia-sia saya amalkan Vivix walaupun saya rasa saya sihat. InsyaAllah, saya mahu diri saya lebih sihat di hari-hari tua saya nanti, dan akan teruskan pengambilan suplemen yang terbaik.

Image may contain: 4 people



Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order Vivix Shaklee dan sebarang pertanyaan.






Wednesday 12 April 2017

Tambah Susu Badan dan Berjaya Menyusukan Anak Hingga 2 Tahun

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 48: NUR FARAH LIZA RAMLI
[BERJAYA SUSUKAN ANAK SEHINGGA 2 TAHUN SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE]

Assalamualaikum W.B.T. Nama saya Nur Farah Liza Ramli dan berumur 38 tahun. Saya menetap di Banting dan mempunyai 3 orang dan berkerja di bahagian Teknologi dan Maklumat.

Saya menghadapi masalah kekurangan susu ketika anak saya berumur 1 tahun 6 bulan. Pelbagai simptom-simptom dan gejala susu semakin menyusut telah saya hadapi. Rakan saya, Fatimah Azzahra Ismail, telah mencadangkan kepada saya supaya minum MealShakes dan ESP Shaklee secara konsisten. Beliau berasa simpati terhadap saya kerana saya berhasrat untuk menyusukan anak sehingga umur 2 tahun namun anak baru menjengah umur 1 tahun susu badan saya sudah menyusut.

Saya juga mendengar banyak pendapat dari ramai orang bahawa ESP Shaklee merupakan suplemen Shaklee yang sangat bagus untuk ibu yang sedang menyusukan anak. Saya mengamalkan 1 sudu Mealshakes dan 2 sudu ESP pada waktu pagi manakala pada waktu malam pula saya cuma mengambil 1 sudu ESP sahaja.

Selepas mengambil MealShakes dan ESP secara konsisten selama 6 bulan, saya lihat bayi saya selalu kenyang dan saya sendiri puas menyusukannya. Alhamdulillah, kini anak saya dapat menyusu badan sehingga 2 tahun.

Saranan saya kepada ibu-ibu yang mempunyai masalah seperti saya, ambillah MealShakes dan ESP secara konsisten. Saya berasa sangat gembira dan berbesar hati kerana menjumpai produk hebat Shaklee. Terima kasih Shaklee.

Tuesday 28 March 2017

Bagaimana Oki Setiana Dewi Apply Law of Attraction Seawal Usia 4 Tahun Untuk Menjadi Pelakon Terkenal

Semalam stumble upon satu video kat youtube tentang Oki Setiana Dewi iaitu pelakon utama Ketika Cinta Bertasbih yang menjadi fenomena suatu ketika dulu. Filem islamik dari Indonesia ni diadaptasikan dari novel penulis terkenal iaitu Habiburrahman. Memang minat sungguh la dengan filem ni dulu sekali dengan pelakon-pelakonnya. Dah lupa sama ada novelnya pun ada dalam koleksi peribadi atau tidak. Rasanya ada kut.




Apa yang saya nak cerita ialah rupanya Oki Setiana Dewi dari kecil lagi (4 tahun) dah pun apply law of attraction untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi pelakon terkenal. Macam mana tu? Beliau sering berlakon seolah-olah sedang menerima award pelakon dengan anak-anak patungnya sebagai audience. Seolah-olah beliau sedang buat ucapan di hari tersebut. Dan memegang sikat seolah-olah sedang memegang trofi yang dimenangi. Kelakar tapi ia memang berkesan sebenarnya sebagai salah satu cara untuk mencapai impian. Fake it until you make it.

Masa saya dengar beliau cakap tu, wow hebatnya. Dari sini dapat idea untuk buat perkara yang sama untuk diri sendiri dan juga keluarga. Sekarang Khadijah dah pun 7 tahun. Untuk diri sendiri pula tiada istilah terlambat kerana selagi masih hidup, kita bebas untuk berimpian.

Lagi yang menarik, beliau ada macam diari yang mencatat segala impian yang ditulis setiap hari. Bila dah capai, ticked. Dan boleh dikatakan hampir semua yang beliau tulis tersebut menjadi kenyataan termasuklah untuk menjadi pelakon. Hebat kan?

Saya dulu pun ada tulis diari tapi lebih kepada tempat meluah perasaan. Jadi bila dengar perkongsian Oki ni, rasa kena teruskan semula hobi tulis diari ni. Dari dulu lagi suka menulis sebenarnya. Boleh dikatakan apa aje yang terlintas di fikiran nak tulis. Lebih-lebih lagi to-do-list hari-hari. Wajib buat. Kalau tak, rasa tak lengkap jika semua tu ada dalam otak je dan tak ditulis.

Banyak lagi inspirasi yang boleh diambil daripada beliau. Dan juga banyak tips mencapai impian. Jomlah dengar sendiri perkongsian beliau. :)



Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order produk Shaklee dan sebarang pertanyaan.