Saturday 3 December 2016

My Hobby

Kak Kam tak banyak pun hobi. Antaranya membaca, gardening, dengar lagu. Berangan pun ye gak.

Gardening ni ikut mood. Kalau rajin rajinla. Time tak berapa nak rajin, habis kering pokok tu tak cukup air sebab tuan dia malas nak siram. Boleh gitu? 

Tapi membaca memang Kak Kam tak miss. Tiap-tiap bulan ada allocation khas untuk buku dan majalah. Majalah yang Kak Kam paling suka baca ialah Anis. 

Ada koleksi dari awal penerbitan lagi. Tiap-tiap bulan mesti pergi kedai buku cari majalah Anis ni. Kadang-kadang pergi 2, 3 buah kedai baru ada sebab susah nak jumpa. 

Buku pula suka baca buku motivasi, kewangan, bisnes, interior design, hartanah dan self improvement. Yang terbaru suka baca pasal kesihatan. 

Yelah nak jadi #SIDPro kena la banyak membaca. Kalau tak macam mana nak share info kalau kita sendiri pun tak banyak ilmu. 

Bila tak jumpa buku yang dicari kat kedai buku, selalu order online je. Excited sangat bila buku sampai. Rasa macam nak melompat-lompat.

Lepas tu habiskan baca buku tu dalam masa 24 jam je. Memang heaven. Kecuali buku English yang agak sukar nak faham. Kena baca berulangkali.

Sekarang ni suka dengar audiobook pula. Lepas terpengaruh dengan Prof Muhaya dan juga mentor Shaklee kami. 

Kak Kam download audiobook kat youtube dalam handphone dan dengar anytime je - masa buat kerja rumah, exercise, masak, drive. 

Seronok juga dengar audiobook ni. Sebab kita tak perlu nak menghadap macam baca buku. Best woo. 







Siapa yang belum pernah dengar audiobook memang Kak Kam syorkan sangat. I'm sure you'll love it, just like me.
Apa hobi kawan-kawan? Mind to share?

*SID-Shaklee Independent Distributor

 
Ingin dapatkan produk Shaklee? Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan.

Friday 2 December 2016

Produk Shaklee Yang Menjadi Favourite Saya

Ada banyak produk Shaklee yang Kak Kam suka. Bukan hanya 1 produk je. Boleh dikatakan semua la yang Kak Kam suka. Bila dah cuba sekali pasti nak lagi dan lagi. 

Tapi yang satu ni memang lain sikit iaitu Cinch Tea. Kam Kam suka sangat Cinch Tea ni sebab ia membantu untuk menghilangkan rasa mengantuk dan memberi tenaga dengan cepat. 

Rasanya sedikit pahit tapi bila gabungkan dengan madu, lemon, Performance Drinks atau Meal Shakes, memang marvellous. 

Suka ambil waktu petang lepas lunch sebab masa ni bila perut dah kenyang, mata mula la nak tertutup.

Satu lagi suka ambil kalau bangun awal pagi sebelum subuh, untuk elak dari tidur lepas subuh. Dua-dua ni memang waktu kritikal iaitu zon mengantuk.

Cinch Tea ni ada 4 jenis teh (Eksklusif T-lift®) iaitu matcha grean tea powder, red tea extract, white tea extract dan rooibos red tea extract. 

Kak Kam nak cerita manfaat teh hijau matcha dalam Cinch Tea ni. 

1. Anti-aging
Penduduk di Okinawa, Jepun merupakan antara orang yang paling panjang umur di dunia. Rahsianya ialah pengambilan teh hijau matcha. Nak kekal AWET MUDA, amalkan teh hijau matcha.

2. Membantu fokus dan memberi ketenangan.
Sami Buddha telah mengamalkan teh hijau matcha sejak 1000 tahun dahulu lagi untuk kekal alert dan tenang semasa meditasi berjam-jam. L-theanine dalam teh hijau matcha menghasilkan gelombang alpha, memberi kesan ketenangan. 

L-theanine membantu dalam pembelajaran, meningkatkan memori dan dapat mengelak kesan sampingan kafein iaitu bahan semulajadi dalam teh. 

Nak MUDAH MENGINGAT, MUDAH BELAJAR dan DOA MAKBUL (masa dalam gelombang alpha), ambil teh hijau matcha.

3. Membantu dalam menurunkan berat badan.
Teh hijau matcha tiada kalori, dapat meningkatkan metabolisme dan membakar lemak. 

Kajian dalam American Journal of Clinical Nutrition mendapati pengambilan teh hijau matcha boleh meningkatkan thermogenesis (kadar pembakaran kalori badan) dari yang normal iaitu 8-10% daily energy expenditure kepada 25-43% daily energy expenditure. 

Kajian lain menunjukkan exercise sejurus selepas mengambil teh hijau matcha meningkatkan lebih 25% kadar pembakaran lemak.

Nak LEBIH SLIM, ambil teh hijau matcha ye. 

Ni baru satu je manfaat daripada satu kandungan dalam Cinch Tea, 3 lagi boleh Kak Kam sambung lain kali.
Panjang-panjang pun bukan korang baca pun hehe.


Ingin dapatkan produk Shaklee? Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan.

Thursday 1 December 2016

Pengalaman Menarik Bila Join Shaklee : Life Changing

Rasanya Kak Kam dah pernah cerita tentang perubahan yang Kak Kam alami setelah join Shaklee. Tapi takpe Kak Kam cerita sekali lagi.

Dari awal join Shaklee, Kak Kam dah ada akaun facebook. Tu pun daftar sebab nak bisnes pada asalnya.  Untuk jual t-shirt muslimah.

Lepas tu upline Kak Kam ibuk Zeti Hafiza Zakaria masukkan dalam beberapa secret group super upline kat facebook. Bila baca perkongsian dalam tu rasa excited tak tahu nak habaq.

Yang paling menarik bila ramai yang duduk kat rumah je pun mampu dapat income 4-6 angka sebulan. Inilah bisnes yang Kak Kam cari-cari selama ini.

No. Ia bukan semata-mata pasal duit tapi Kak Kam dapat rasa seronoknya berada dalam group bisnes yang best dan penuh inspirasi macam ni.

Bukan belajar tentang marketing dan sales je, belajar juga tentang produk, tentang syarikat, tentang amalan rohani, tentang pengurusan masa. Pendek kata, banyaklah.

Tiap-tiap hari ada je 'makanan' untuk dihadam. Mana yang boleh diapply Kak Kam apply sebaik mungkin.

Masa nilah juga Kak Kam start melazimi zikir (istighfar, selawat, dan amalan sunat (solat dhuha, sedekah) yang lain yang ada dalam Master Checklist.

Selama hidup lebih 30 tahun ni, inilah pertama kali Kak Kam start istiqamah berzikir. Ya sebab bisnes Shaklee nilah. Sedih sungguh.

Takde blog, belajar buat blog. Ingat -ingat lupa dah. Masa tu upline suruh buat blog. Senang je rupanya sebab Kak Kam berjaya godek-godek sendiri dan terhasillah blog yang kini dah berusia 4 tahun.

Mana yang tersekat, tak reti, rujuk upline selain rujuk google. Dalam bisnes Shaklee ni, kita tak keseorangan sebab ada upline sebagai mentor. Kalau upline tak aktif, boleh rujuk super super upline.

Kak Kam asalnya pemalu. Pendiam pun ya. Tak suka jumpa orang. Tapi bila dah join Shaklee ni nak tak nak kena la belajar untuk jadi lebih peramah. Dengan customer terutamanya.

Bila pergi kelas, jumpa kawan baru, dapat pengalaman baru, rasa seronok pula. Selain dapat timba ilmu baru. Sedikit demi sedikit dapat buang sifat pemalu dan jadi lebih positif.

Macam Kak Kam cerita sebelum ni, bila duduk dengan orang lebih positif kita pun terikut dan terinspirasi sama nak jadi dan berjaya macam dia.

Kita akan push diri untuk buat apa yang dia buat juga. Kalau dia boleh buat, takkan kita tak boleh?

Kak Kam berjaya keluar dari comfort zone sedikit demi sedikit. Alhamdulillah. Namun banyak lagi comfort zone yang tak berapa nak comfort yang perlu dipecahkan untuk berjaya.

Last but not least, Kak Kam belajar dalam Shaklee untuk jadi orang yang tidak beralasan.
Say no to alasan.


Ingin dapatkan produk Shaklee? Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan.