Monday 21 November 2016

Aktiviti Cuti Sekolah

Cuti sekolah ni Khadijah tak pergi mana-mana. Cuma haritu ada la naik bas untuk second time dan juga komuter untuk first time. Seronok dia rupanya. Maklumlah tak pernah naik bas dan komuter. Pengalaman baru untuknya.

First time naik bas dia muntah. Second time tak dah. Good girl. Tapi ummi pulak yang muntah. Sebab salah makan agaknya.

Azam nak ajar dia mengaji lebih kerap cuti ni tapi ada je alasannya taknak mengaji. Sampai ummi kena guna kuasa veto. Harap ummi lebih bertabah dalam mendidiknya.


Thursday 17 November 2016

Ubat Gout Yang Berkesan

Gout merupakan inflamasi atau radang yang berlaku di sekitar sendi disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam tubuh. Dalam keadaan biasa, asid urik terlarut dalam darah, melalui buah pinggang dan dikeluarkan melalui air kencing.

Jika diet tinggi dengan makanan yang mengandungi purin, atau buah pinggang tak dapat menyingkirkan asid urik berlebihan, maka terjadilah paras asid urik yang berlebihan yang dikenali sebagai hyperuricemia atau gout.

Asid urik yang berlebihan menyebabkan pembentukan kristal yang tajam di ruang sekeliling sendi, terutamanya ibu jari kaki.

Saintis menemukan bahawa tindak balas sitem imun menyebabkan bengkak dan radang yang menyakitkan. Sistem imun melihat kristal itu sebagai objek asing dan menyerangnya sebagaimana mereka menyerang bakteria berbahaya.

Tindakbalas sistem imun ini menyebabkan kesakitan yang amat sangat. Selain itu, asid urik yang dilepaskan daripada sel rosak memberi isyarat untuk sistem imun menyerang. Sel rosak berlaku disebabkan oleh oksidatif dan radang.

Salah satu cara untuk mencegah gout ialah dengan mengurangkan kerosakan sel dan seterusnya mengurangkan pembentukan kristal asid urik. Walaupun sesetengah oksidatif biasanya dihasilkan oleh tubuh, tubuh kita juga menghasilkan antioksidan semulajadi untuk menyeimbangkannya.

Apabila tubuh menghasilkan oksidatif lebih daripada antioksidan, ia adalah berbahaya. Keadaan ini dipanggil oksidatif stress.

Cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan mengubah gaya hidup. Tingkatkan pengambilan antioksidan dengan cara makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, herba dan juga suplemen antioksidan serta kurangkan oksidatif yang boleh mengurangkan kerosakan sel dan penghasilan kristal asid urik yang menyebabkan gout.

Penyelidik dari Universiti Harvard mengenalpasti kandungan resveratrol yang didapati dalam anggur, red wine, red wine extract dan Japanese Knotweed (Polygonum Cuspidatum) sebagai antioksidan yang melindungi kerosakan sel dengan meninggikan paras nitric oxide dalam tubuh.

Polygonum ialah penawar semulajadi untuk kurangkan asid urik. Apabila paras asid urik tinggi, paras nitric oxide menjadi rendah.


Dalam Vivix terdapat resveratrol dan juga Japanese Knotweed. Harga sebotol Vivix ialah RM 475 dengan kos penghantaran percuma.

Untuk order dan juga sebarang pertanyaan sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah).




Wednesday 2 November 2016

Rawatan Alternatif Untuk Kanser Hodgkins Lymphoma Selain Rawatan Hospital

ANAK SAYA SEMBUH DARI KANSER PERINGKAT 4 SETELAH AMALKAN VIVIX


OKTOBER 2016 (SPECIAL EDITION VIVIX)
TESTIMONI 18: SAADIAH ARBAIN


Ini kisah anak saya.  Anak saya disahkan mengidap kanser Hodgkins Lymphoma stage 4 pada usia 10 tahun. Beliau telah sembuh sepenuhnya setelah mengambil Vivix Shaklee. 

Pada usia 10 tahun anak saya selalu mengadu sakit belakang.  Saya dan suami menyangkakan kemungkinan jatuh basikal atau jatuh masa bermain. 




Sakitnya semakin kerap.  Kami bawa ke klinik dan kadang-kadang ke hospital.  Di hospital doktor check ala kadar dan bekalkan Paracetamol sebagai ubat tahan sakit. Biasa la bila makan ubat sakitnya reda.  Lepas tu datang balik. 

Doktor pun tak dapat detect penyakit anak saya.  Sampai satu masa doktor amik darah bagi tujuan ujian dan dihantar ke makmal darah. 

Doktor mengesahkan anak saya ada jangkitan kuman dalam darah. Anak saya menjalani operation kecil untuk mengambil sample di bahagian leher sebelah kiri. 

Setelah beberapa hari dapat result, anak saya disuruh rujuk ke HKL. Sampai di sana kami terus ke Wad Pedriatik kanak- kanak. 

Hati seorang ibu hancur bagai dihiris sembilu apabila doktor Teh Kok Hoi memberitahu anak saya menghidap penyakit kronik tahap 4 dan terpaksa menjalani rawatan kimoterapi. 

Saya dan suami diberi kaunseling supaya tabah menghadapi kemungkinan yang akan berlaku. Suami saya tenang mendengarnya sedangkan saya sudah berbagai-bagai perasaan yang timbul.  Takut,  cemas dan sedih. Rawatan ini 50-50.

Dari hari itu 20 Julai 2011 bermula episod baru dalam hidup saya.  Anak saya di masukan wad KK3 di pedriatik HKL.  

Anak saya menjalani rawatan kimoterapi dan perlukan penjagaan yang rapi.  Pesakit tidak dibenarkan jumpa orang luar kerana ditakuti jangkitan kuman. 

Kami berulang alik ke HKL selama dua tahun. Rawatan kimoterapi selama enam  bulan dan masa selebihnya bagi check up susulan. 

Setelah tempoh dua tahun anak saya disahkan sihat dari kanser tersebut namun doktor menasihati agar kami jaga pemakanannya kerana ditakuti penyakitnya akan berulang semula. 

Yang menyedihkan saya sekarang kos perubatan semakin meningkat. Hospital kerajaan tidak dapat menyediakan kos rawatan bagi penyakit kanser stage 4. Ramai pesakit pergi ke hospital swasta yang menelan belanja yang agak mahal. 

Sepanjang anak sakit, dia cepat down dan cepat terasa. Tapi satu yang saya ingat sampai hari ni. Bila doktor suruh cuti setahun dari belajar untuk menjalani rawatan. Dia kata tak nak jadi orang bodoh sebab takut ketinggalan dalam pelajaran. Dia sangat sedih dengan keadaan dirinya.

Justeru itu saya berusaha mencari supplement  bagi anak saya. Dari satu supplement ke satu supplement tetapi semua tidak sesuai. Dan akhirnya saya temui Vivix Shaklee. 

Alhamdulillah peraturan Allah itu memang cantik.  Apabila anak saya memasuki sekolah form 1 di SMAN Lenggong , anak saya ditukarkan ke hospital Ipoh bagi check up seterusnya. 

Saya sentiasa bekalkan Vivix buat anak saya.  Setelah konsisten ambil Vivix, anak saya disahkan bebas kanser pada 20.07.2016. Satu berita yang menggembirakan.

Alhamdulillah lepas habis rawatan dia boleh skor balik pelajaran yg tertinggal. Yang paling menggembirakan saya Alhamdulillah periksa I'dadi tahun lepas dia dapat mumtaz.

Sekarang anak saya bisa menjalani kehidupan seperti remaja lain. Belajar dan bermain. Malah anak saya turut menyertai aktiviti lasak di sekolahnya. Saya pun tidak perlu risau akan keadaan anak saya ketika tinggal berjauhan dari keluarga. 

Syukur Alhamdullilah.  Terima kasih Allah terima kasih Shaklee.




Atau sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk pertanyaan dan order Vivix. 


*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.