Saturday 6 August 2016

Apa Itu Detox?

Detox atau detoks merupakan proses semulajadi tubuh untuk menukar, meneutralkan atau mengeluarkan bahan buangan atau  toksin daripada tubuh.

Macam kita gosok gigi, mandi setiap hari, macam tu lah tubuh perlu di'bersihkan' dari kotoran.

Apa perasaan bila seharian tak mandi atau tak gosok gigi, mesti kita akan rimas dan rasa tak selesa.

Begitu juga tubuh kita perlu melakukan perkara yang sama.

Dari mana datangnya toksin ni? Sebenarnya dalam rumah kita sendiri dipenuhi dengan toksin. Ini termasuklah :

1. Produk penjagaan rumah (pencuci tandas, sabun basuh, softener, pencuci pinggan mangkuk), perfume, air freshener, cat, rokok dan asap.

2. Makanan terproses yang mengandungi perisa, pewarna tiruan dan bahan kimia yang lain supaya ia tahan lama, makanan daripada sumber GMO iaitu bukan makanan organik.

3. Toksin yang diserap melalui kulit iaitu pada pakaian, cadar, tuala dan lain-lain.

Senarai di atas hanyalah sebagai contoh. Kalau nak disenaraikan semua memang terlalu banyak.

Organ atau bahagian tubuh yang terlibat dalam proses detoksifikasi ialah usus, buah pinggang dan juga hati.

Hati merupakan organ detoks yang paling penting.

Jika toksin tidak dikeluarkan sebagaimana sepatutnya, ketiga-tiga organ ini akan dipenuhi dengan toksin yang akan menyebabkan pelbagai masalah dan penyakit seperti sembelit, masalah angin, dan lain-lain.

Cara terbaik untuk detoks ialah dengan :

1. Ambil hanya bahan semulajadi (sayur dan buah) , bukannnya yang diproses seperti nasi putih, roti, pasta, banyakkan minum air.

2. Elakkan pengambilan gula, kafein, garam dan lain-lain.

3. Jangan ambil alkohol, dadah atau bahan-bahan lain yang boleh mengganggu detoks.

4. Ambil suplemen daripada bahan semulajadi dan berasaskan buah dan sayur.

Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee dan untuk order sila hubungi:

Puan Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah 


Thursday 23 June 2016

Tempat Percutian Idaman Saya

Bila bercakap tentang wishlist travel ni, memang excited sangat.

Tak pernah jejakkan kaki ke luar negara pun lagi. Sabah Sarawak pun belum. 


Tempat pertama yang ingin saya pergi tentunya Mekah untuk menunaikan umrah. Target 2017. InsyaAllah.


Kemudian tempat pertama yang saya nak pergi selain Mekah ialah Jepun. 


Orang Jepun terkenal dengan ketepatan masa mereka. Jadi saya ingin sangat belajar tentang negara mereka. Sebab tu nak pergi sangat ke sana. 


Bila dapat tengok dokumentari atau tv show pasal negara Jepun memang saya tak lepaskan peluang. 


Antaranya Rasa Halal di Jepun, Jejak Jepun Zizan, Jejak Jepun Jihan dan banyak lagi.


Sambil berangan suatu hari nanti saya pun pasti sampai ke sini. 


Dan juga cakap dengan Khadijah "Nanti kita gi sini ye". 


Antara tempat yang ingin saya kunjungi di Jepun 


- Bamboo Forest

- Hitachi Seaside Park
- Hokkaido

Suka bunga jadi taman bunga memang jadi tumpuan saya.


Tak lupa juga nak tengok salji di Jepun.


Last but not least tentunya nak lihat pemandangan sakura yang indah tu. 


Tentang berapa bajet nak pergi ke sana saya kurang pasti lagi.


Yang pasti saya nak pergi bersama keluarga selama seminggu. 


Aku tak tahu bagaimana aku tahu, aku tak tahu bagaimana aku buat yang pasti aku buat dan dengan izin Allah aku berjaya menjejakkan kaki ke Jepun pada tahun 2018. 


Let's dream and work for it. What's your's?




Hitachi Seaside Park

Hitachi Seaside Park


Hitachi Seaside Park



Sakura 


Bamboo Forest




Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
dan untuk order sila hubungi:

 Kamilah Mustapa
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387

Tuesday 21 June 2016

Pengalaman Mengandung dan Bersalin Dengan Shaklee Yang Awesome!


Assalamualaikum.


Nama saya Nor Zarita Binti Mat Saleh berumur 31 tahun. sebenarnya saya mula kenal shaklee penghujung tahun 2012 . masa mula mengandungkan anak sulung. Bila anak sulung. kita excited nak bagi yang terbaik kan. 


saya hanya cari info kt google je masa tu dan cari seller shaklee pun kat google. Seller tu suggest esp utk ibu mengandung Tapi malangnya tekak saya tak mampu nak telan esp sebab alahan yang teruk.


Akhirnya esp tu saya wakaf je kat ahli2 dalam rumah. Lepas bersalin anak sulung, saya terjebak lagi dengan shaklee. Kali ni kawan pula yang suggest sebab masa tu saya nak banyakkan susu. Tapi saya tak ambil dari awal, kalau tak silap dua atau tiga bulan lepas pantang. Sebabnya esp kan soya, mak tak bagi sebab tkut sejuk. Saya pun ikutkan jela. 


Habis pantang saya minum esp tapi tak konsisten. Ikut suka je sebab macam tak yakin je . Lagipun sebab kena “brain wash” dengan mak. Mak memang pantang anak atau menantu dia makan bukan-bukan lepas bersalin. 


Saya dapat susukan anak sulung sampai 8 bulan sahaja. Lepas tu susu dah kering dan stok pun tak banyak. Puas usaha buat power pumping tapi tak berhasil. Kecewa sudah tentu, kerana saya memang berhajat nak breastfeed anak sampai 2 tahun.


Penghujung bulan 10 2014, saya disahkan mengandung lagi. Masa mula pregnant anak kedua, saya hanya makan vitamin dari klinik sahaja. Sampailah satu hari, saya sakit perut yang amat sangat. Pergi klinik doktor cakap mungkin gastrik atau pedih ulu hati. Saya jenis yang tak suka makan ubat. Sakit perut ni terjadi sebelah malam masa nak tidur. Masa tu dah masuk 7 blan rasanya. 


Saya mengadu pada kakak kecik molek kak Suhaila Abdul dan dia suggest minum ESP. Masa tu yakin tak yakin je tapi sebab takut sakit menyerang saya minum. Jeng-jeng-jeng, magic. mmg tak sakit da. boleh tido lenaaaa habaq hang. hihihi Masa kandungan masuk 8 bulan kawan-kawan sebuyung dok angkut set bersalin shaklee. Saya pun terjebak sama .sebabnya saya takut kena czer. Baby songsang. 


Akhirnya pada 30 mei jam 12 tengah malam saya dimasukkan ke wad sebab dah leaking dan masa tu genap 36 minggu. Baby masih songsang dan confirm kena czer. Lepas je keluar dari dewan bedah, saya stay kat rest bay . Jam 6 pagi baru dipindahkan ke wad. Tp kena baring smpai jam 12 tengahari dan bila dah boleh bangun saya mulakan operasi utk breastfeed baby. 


Masa tu semua set berpantang tak bawa ke hospital sebab suami kelam kabut. Jadi bila dia balik rumah nak ambil barang, saya pesan siap-siap kat suami tolong bawa ESP, zinc dan vit c. 


Masa dalam wad saya curi-curi minum ESP sebab takut mak nmpak. Niat saya satu je, nak banyakkan susu dan nak bagi susu keluar cepat. Alhamdulillah. sebelum minum esp (lepas bersalin) saya pam dapat sebnyak 1 sudu kfc je. Baby dah merengek lapar dan saya jadi stress. 


Tapi lepas minum esp, beberapa jam lepas tu alhamdulillah dari 1 sudu bertambah ke 1 oz. bertambah ke 2 3 4 oz. Kalau tak sebelum ni baby nangis, sekarang baby tdo kekenyangan. nurse yg buat routine check puji je baik baby tdo. Dan yang paling best, nurse pun terkejut lepas sehari bersalin susu dah banyak. Malam sebelum tu nurse asyik jenguk sebab baby nangis tak henti-henti akibat kekurangan susu.


Owh lagi satu, sementara tunggu suami datang bawa makanan orang pantang (saya memang takde spare makanan dan makanan dalam wad tak makan sebabnya kebnyakannya tak sesuai) jadinya saya minum je. ESP Suami datang dalam pukul 2 petang bawa makanan pun saya masih tak lapar. Biasanya kalau orang lepas bersalin tak jamah nasi panas perut akan masuk angin kan? Syukur sangat saya takda langsung sakit perut.


Lepas keluar wad, saya masih lg minum ESP. kali ni saya nekad kena marah dengan mak pun biarlah sebab saya nak target saya tercapai. Mak pun pelik, saya makan nasi sikit tp bila pam susu berbotol- botol dapat. Akhirnya dia diam je bila tengok saya teguk ESP. Masalah sejuk-sejuk pun takda, jadi dia tak kisah dah. Empat atau lima hari lepas bersalin, tiba-tiba saya kena bengkak susu. Sakit sangat. 


Saya terus message kak suhaila dan dia suggest lecthin. Dia datang rumah semata-mata nak hantar lecithin dan suruh stop dulu minum ESP. Alhamdulillah, saya dapat je lecithin terus makan dan try pam lagi beberapa jam lepas tu . 


Susu mula keluar sikit-sikit dan esoknya masalah bengkak susu dah beransur hilang.Yang paling saya teruja, baru seminggu dalam pantang saya dah mula buat stok EBM . Masa anak sulung dulu tak macam ni dan stok susu saya hanya disimpan dalam freezer biasa.


Tapi kali ni smpai saya kena beli chest freezer dan sepanjang saya berpantang dekat 6 kali saya kena bengkak susu sampai demam. Nurse yang datang check tanya saya ada ambil apa-apasuplement ke? 


Saya jawab saya minum ESP dan nurse sendiri suruh saya stop dulu minum ESP bagi hilangkan bengkak susu. Rupanya, saya selalu bengkak susu sebab susu saya terlalu banyak. Dua atau tiga jam sekali saya mesti kena pam.


Sekarang chest freezer dah penuh, freezer biasa pun penuh smpai takda ruang letak barang basah. Dalam masa 2 bulan sahaja saya buat stok EBM tu .Disebabkan saya bekerja, saya tak skip mengepam di tempat kerja. Ada kalanya susu yang saya pam tu terpaksa saya buang sebab bekalan susu untuk anak berlebih-lebih. 


Sayu hati melihat susu dibuang ke longkang atau tanah. Sekarang, bagi mengelakkan susu dibuang, saya menjadi ibu susuan untuk bayi sebaya anak saya. Jadinya saya menyusu 3 orang dalam satu masa. Ank saya yang sulung, anak kedua dan anak susuan. 


Syukur Alhamdulillah, setelah 5 bulan bersalin dan menyusukan anak serta anak susuan, bekalan susu saya masih cukup dan dapat buat stok yang baru. Stok EBM yang lama saya terpaksa buang sebab dah tiada ruang. 


Dalam sehari mengepam, saya dapat paling sikit 60 oz . (15 oz setiap kali pam, untuk 4 sesi nagi waktu yang sibuk) Tetapi selalunya saya akan buat 6 sesi mengepam jadinya 15oz x 6 sesi = 90oz. Bayangkan berapa banyaknya susu yang tersimpan. Alhamdulillah. inilah pengalaman saya menggunakan produk ESP dari shaklee.


Sekian wassalam. 


NOR ZARITA BINTI MAT SALEH
































Promosi JUN 2016. 
Beli 3 percuma 1 - Vitalea for Children, 
Meal Shakes dan Lecithin.


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee 
dan untuk order sila hubungi:

Puan Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah