Monday 30 November 2015

Sabun Basuh Yang Boleh Elakkan Bau Hapak Supaya Pakaian Sentiasa Wangi

Bila tiba musim hujan ni perkara yang menjadi kerisauan ibu-ibu ialah tentang pakaian yang tak kering-kering, terutamanya bagi yang tiada dryer machine (macam saya juga :)). 

Bila tak kering tu mulalah baju berbau hapak. Jadi nak elak dari berbau hapak, kena letak fabric softener ataupun pelembut pakaian semasa membasuh. 

Bila pakaian dah berbau hapak, letak minyak wangi ke, letak bedak ke, febreze ke, tetap tak hilang jugak bau yang menyenangkan tu.

Saya nak share sabun basuh Shaklee yang sememangnya awesome - Fresh Laundry. Bertepatan dengan namanya, memang ia sangat fresh. 



Apa kelebihan sabun basuh Shaklee ni?

1. Dapat menghilangkan kotoran degil dengan berkesan. Terutamanya pada bahagian kolar dan ketiak. Caranya, rendam pakaian yang kotor tersebut dan kemudian baru dibasuh dengan mesin basuh. Tak perlu nak sental lebih-lebih bila guna sabun basuh Shaklee. 

2. Pakaian tak berbau busuk walaupun direndam lebih daripada semalaman. Kadang-kadang kita rendam pakaian yang kotor untuk disental. Bila terlupa nak membasuhnya, pasti pakaian kita akan berbau busuk. Tapi tidak dengan sabun basuh Shaklee. 

3. Pakaian yang dah siap dibasuh tapi terlupa untuk dijemur tak berbau hapak. Yang ni serius best. Biasanya, pakaian yang dah dibasuh tapi tak disidai semalaman (sebab terlupa dan lain-lain) pasti akan berbau hapak. Apatah lagi kalau 2,3 malam belum jugak bersidai. Bila jadi macam ni, nak tak nak kena la basuh semula kan? 

Bukan saja membazir air, elektrik, dan kos malah membazir masa dan tenaga. Dengan sabun basuh Shaklee, semua masalah ini dapat diatasi. Walaupun terlupa nak sidai, baju yang dah dibasuh semalaman pun masih lagi berbau segar macam baru basuh. Susah nak percaya kan?


OK kalau tak percaya apa kata guna sekali dan lihat perbezaannya. Apa lagi, order sekarang dengan hubungi:

Kamilah Mustapa

SMS/Whatsapp 013-924 3387

Friday 27 November 2015

Pelembut Pakaian Paling Wangi Tanpa Bahan Kimia Penyebab Kanser

Ramai yang suka guna fabric softener ni sebab wangi. Tapi ada juga yang tak suka. Pening kepala dengan bau wangi. Saya pun termasuklah salah seorang daripadanya. 

Jadi beli fabric softener ni bukanlah menjadi satu kemestian untuk saya. Kadang-kadang je beli. 

Tapi bila tahu tentang bahaya bahan kimia dalam bahan pencuci yang selalu digunakan di rumah termasuk fabric softener, jadi takut pulak nak guna. 

Bahan kimia ni salah satu bahayanya ialah kerana ia menyebabkan kanser, selain penyakit-penyakit lain seperti alahan dan asma. 

Habis tu, kalau tak boleh guna fabric softener nak guna apa? Sebenarnya, bukanlah tak boleh guna langsung. Tapi pastikan fabric softener yang wangi tu dibuat daripada bahan semulajadi, bukannya daripada bahan kimia. 

Masalahnya, ada ke fabric softener dari bahan semulajadi? Ya, Shaklee ada. 

Fabric softener Shaklee atau namanya Soft Fabric Concentrate dibuat daripada sumber semulajadi, tanpa bahan kimia. Jadi ia tentunya bebas toksid. 

Ia sangat pekat, menghasilkan sehingga 64 cucian. Selain itu, ia sangat wangi dan baunya tahan lama. 

Pernah saya basuh telekung sembahyang, dan saya simpan dalam tempoh yang agak lama. Bila nak guna, bau wangi itu masih ada. 

Lagi satu, bau wanginya sangat lembut, tak menusuk hidung macam sesetengah minyak wangi dan fabric softener lain. 

Jadi sangat sesuai bagi mereka yang suka pakaian, tuala, cadar dan segala fabrik yang digunakan seharian berbau wangi. 

Tapi dapat digunakan tanpa was-was kerana ia bukan daripada bahan kimia yang berbahaya. 

Bagi mereka yang ada kanser terutamanya, dan penyakit-penyakit berbahaya yang lain, amat disyorkan untuk menggunakan fabric softener ini. 

Harganya cuma RM 40 untuk kegunaan lebih daripada 2 bulan (bergantung kepada penggunaan). 

Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee atau untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387

Sunday 22 November 2015

Adikku Dah Kahwin

Alhamdulillah semalam 21.11.2015 dah selesai majlis perkahwinan adik lelaki saya yang merupakan anak ke 5 dari 7 adik beradik. Majlis ringkas dan sederhana sahaja di Setiu, rumah pengantin perempuan. Gambar-gambar nanti saya kongsikan dalam entri lain. 

Selamat Pengantin Baru Iwan!

p.s : Entri terpendek setakat ini :)