Monday 30 November 2015

Sabun Basuh Yang Boleh Elakkan Bau Hapak Supaya Pakaian Sentiasa Wangi

Bila tiba musim hujan ni perkara yang menjadi kerisauan ibu-ibu ialah tentang pakaian yang tak kering-kering, terutamanya bagi yang tiada dryer machine (macam saya juga :)). 

Bila tak kering tu mulalah baju berbau hapak. Jadi nak elak dari berbau hapak, kena letak fabric softener ataupun pelembut pakaian semasa membasuh. 

Bila pakaian dah berbau hapak, letak minyak wangi ke, letak bedak ke, febreze ke, tetap tak hilang jugak bau yang menyenangkan tu.

Saya nak share sabun basuh Shaklee yang sememangnya awesome - Fresh Laundry. Bertepatan dengan namanya, memang ia sangat fresh. 



Apa kelebihan sabun basuh Shaklee ni?

1. Dapat menghilangkan kotoran degil dengan berkesan. Terutamanya pada bahagian kolar dan ketiak. Caranya, rendam pakaian yang kotor tersebut dan kemudian baru dibasuh dengan mesin basuh. Tak perlu nak sental lebih-lebih bila guna sabun basuh Shaklee. 

2. Pakaian tak berbau busuk walaupun direndam lebih daripada semalaman. Kadang-kadang kita rendam pakaian yang kotor untuk disental. Bila terlupa nak membasuhnya, pasti pakaian kita akan berbau busuk. Tapi tidak dengan sabun basuh Shaklee. 

3. Pakaian yang dah siap dibasuh tapi terlupa untuk dijemur tak berbau hapak. Yang ni serius best. Biasanya, pakaian yang dah dibasuh tapi tak disidai semalaman (sebab terlupa dan lain-lain) pasti akan berbau hapak. Apatah lagi kalau 2,3 malam belum jugak bersidai. Bila jadi macam ni, nak tak nak kena la basuh semula kan? 

Bukan saja membazir air, elektrik, dan kos malah membazir masa dan tenaga. Dengan sabun basuh Shaklee, semua masalah ini dapat diatasi. Walaupun terlupa nak sidai, baju yang dah dibasuh semalaman pun masih lagi berbau segar macam baru basuh. Susah nak percaya kan?


OK kalau tak percaya apa kata guna sekali dan lihat perbezaannya. Apa lagi, order sekarang dengan hubungi:

Kamilah Mustapa

SMS/Whatsapp 013-924 3387

Friday 27 November 2015

Pelembut Pakaian Paling Wangi Tanpa Bahan Kimia Penyebab Kanser

Ramai yang suka guna fabric softener ni sebab wangi. Tapi ada juga yang tak suka. Pening kepala dengan bau wangi. Saya pun termasuklah salah seorang daripadanya. 

Jadi beli fabric softener ni bukanlah menjadi satu kemestian untuk saya. Kadang-kadang je beli. 

Tapi bila tahu tentang bahaya bahan kimia dalam bahan pencuci yang selalu digunakan di rumah termasuk fabric softener, jadi takut pulak nak guna. 

Bahan kimia ni salah satu bahayanya ialah kerana ia menyebabkan kanser, selain penyakit-penyakit lain seperti alahan dan asma. 

Habis tu, kalau tak boleh guna fabric softener nak guna apa? Sebenarnya, bukanlah tak boleh guna langsung. Tapi pastikan fabric softener yang wangi tu dibuat daripada bahan semulajadi, bukannya daripada bahan kimia. 

Masalahnya, ada ke fabric softener dari bahan semulajadi? Ya, Shaklee ada. 

Fabric softener Shaklee atau namanya Soft Fabric Concentrate dibuat daripada sumber semulajadi, tanpa bahan kimia. Jadi ia tentunya bebas toksid. 

Ia sangat pekat, menghasilkan sehingga 64 cucian. Selain itu, ia sangat wangi dan baunya tahan lama. 

Pernah saya basuh telekung sembahyang, dan saya simpan dalam tempoh yang agak lama. Bila nak guna, bau wangi itu masih ada. 

Lagi satu, bau wanginya sangat lembut, tak menusuk hidung macam sesetengah minyak wangi dan fabric softener lain. 

Jadi sangat sesuai bagi mereka yang suka pakaian, tuala, cadar dan segala fabrik yang digunakan seharian berbau wangi. 

Tapi dapat digunakan tanpa was-was kerana ia bukan daripada bahan kimia yang berbahaya. 

Bagi mereka yang ada kanser terutamanya, dan penyakit-penyakit berbahaya yang lain, amat disyorkan untuk menggunakan fabric softener ini. 

Harganya cuma RM 40 untuk kegunaan lebih daripada 2 bulan (bergantung kepada penggunaan). 

Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee atau untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387

Sunday 22 November 2015

Adikku Dah Kahwin

Alhamdulillah semalam 21.11.2015 dah selesai majlis perkahwinan adik lelaki saya yang merupakan anak ke 5 dari 7 adik beradik. Majlis ringkas dan sederhana sahaja di Setiu, rumah pengantin perempuan. Gambar-gambar nanti saya kongsikan dalam entri lain. 

Selamat Pengantin Baru Iwan!

p.s : Entri terpendek setakat ini :) 

Tuesday 17 November 2015

Penyakit Kayap Sembuh Tanpa Tinggalkan Parut Hitam


Ingat lagi Ramadhan 2011, tragedi diserang penyakit kayap kene tang muka pulak tu. Habis separuh muka sebelah kanan melepuh-lepuh. Masuk Wad 5 hari sebab effect pada mata jugak. 

Makan ubat Anti-Viral Acyclovir 5 kali sehari. So, memang tak boleh menunaikan ibadah berpuasa langsung! Lepas kena discharge, selain teruskan makan Acyclovir dan sapu dalam mata, Along Hadhatina Mkb bagi makan NUTRIFERON.


NUTRIFERON ni untuk boost balik sistem imunisasi yang dah jatuh/lemah. Alhamdulillah, berkat kuat semangat nak sembuh dan tak henti consume ubat & supplement Shaklee dari Along, kayap-kayap tersebut bertempiaran lari meninggalkan muka.

LECITHIN pun consume jugak lepas tu sebab kayap ni tinggalkan parut hitam kat kawasan yang di'jajah' kayap tu. Memang jadi "two face" bila daftar masuk LLB di UiTM. 

Belajar tetap belajar. Ubat makan jugak. Dalam 5 bulan berturut-turut makan LECITHIN dan juga B COMPLEX, warna kulit muka dah sekata balik. Dah takde 'two face'.

Thanks to Emak Hajjah Nur Huda yang tak henti-henti menjaga kakak time berkayap tu, Along- sebab buat research pasal kayap and bagi supplement SHAKLEE NUTRIFERON, LECITHIN & B COMPLEX tu... serta adik beradik lain yang menggembirakan hati dengan menggelar kakak si KAYAPA. Kikikikiki~

Bila sakit jangan risau, YAKIN PADA ALLAH. Sebab setiap sesuatu tu datang dari Allah. Bila dah cukup time, Allah akan ambil balik yang didatangkan tu. Kayap ni DIA bagi, then bila dah usaha dan YAKIN PADA DIA akan sembuhkan, dia ambil balik kayap tu. FAITH IS EVERYTHING!

SITI NORHAYATI ABDUL HALIM



 Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee atau 

untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387


Monday 16 November 2015

Kenapa Pesakit Kencing Manis Selalu Letih Walaupun Dah Makan Banyak?

Bila dah belajar barulah saya faham macam-macam perkara tentang kesihatan. Selalu dengar permasalahan tu tapi tak faham macam mana ia boleh berlaku. Salah satunya ialah kenapa pesakit kencing manis selalu letih. 

Apabila kita makan, glukosa (atau dalam bahasa senang gula) yang terhasil akan ditukarkan kepada tenaga. Untuk glukosa ditukarkan kepada tenaga ia memerlukan b kompleks. 

B kompleks ni boleh diibaratkan sebagai 'spark plug' dalam kereta yang berfungsi mencetuskan pembakaran minyak. Kalau minyak tak dibakar kereta tak dapat bergerak. 

Begitu juga dengan tubuh kita. Bila tiada b kompleks, glukosa tidak dapat ditukar kepada tenaga. 

Jadi glukosa akan jadi tinggi tapi tenaga akan berkurangan. Sebab itulah pesakit kencing manis gula dalam darah tinggi tapi tenaga takde. Selalu letih. 

Jadi untuk mengatasi masalah ini pesakit kencing manis hendaklah mengambil b kompleks yang mencukupi. 




Nak pilih vitamin b kompleks yang baik pula mestilah :
- mengandungi kesemua 8 vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin)
- tanpa formula sustained release

 Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee atau 
untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387

Wednesday 11 November 2015

Today, I Replace Old Habits, With New More Positive Ones.


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee atau 
untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387

Cabaran Bekerja Dari Rumah

Bekerja dari rumah memang seronok. Apatah lagi ia menjadi impian saya sejak dari dulu lagi. Namun di sebalik itu terdapat banyak cabaran apabila bergelar Work At Home Mom (WAHM) ni. 



Cabaran yang utama bagi saya apabila bekerja dari rumah ialah untuk kekal berdisiplin dalam melakukan kerja-kerja rumah dan juga kerja-kerja bisnes. Awal-awal dulu semasa dalam proses berhenti kerja (ambil cuti tanpa gaji), memang ke laut. Masa banyak dihabiskan untuk kerja rumah terutamanya kemas rumah. 

Walaupun baru ada seorang anak keadaan rumah mengalahkan orang yang ada 5 anak. Nampak sepah kat sini, kemas. Nampak sepah kat situ, kemas. Memang 'distraction' ini agak menjejaskan masa saya untuk kerja-kerja bisnes. 

Agak lama juga masa yang saya ambil untuk menyesuaikan diri. Kini bila dah setahun bekerja dari rumah, saya lebih pandai urus masa. Saya akan peruntukkan lebih kurang sejam sahaja sehari untuk kemas rumah, basuh baju, kemas dapur dan lain-lain (tak termasuk waktu memasak). 

Yang lebih mencabar ialah saya terpaksa menguruskan 2 buah rumah . Saya tinggal di sebelah rumah Ummi saya dan menjaga beliau. Di samping memasak dan melakukan kerja-kerja rumah lain kerana adik-adik saya bekerja. 

Nak uruskan 2 buah rumah, nak uruskan keluarga, nak uruskan Ummi, nak uruskan bisnes. Memang agak pening kepala pada mulanya. Namun kini segalanya semakin baik. Alhamdulillah. 

Salah satu tips dari orang yang dah berjaya dengan bekerja dari rumah ialah adakan jadual waktu kerja untuk bisnes macam jadual waktu orang kerja pejabat contohnya 9 pagi hingga 5 petang. 

Kena adakan masa macam kita bekerja pejabat dulu. Bila kita makan gaji kita spend sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Dah buat bisnes pun sepatutnya kita dapat spend masa yang sama, malah lebih panjang dari masa kerja makan gaji. 

Sebab dulu kita bekerja untuk orang. Sekarang kita bekerja untuk diri sendiri. Tentunya kena beri perhatian yang lebih lagi. Harapan saya semoga saya lebih pandai urus masa dan berdisiplin bekerja dari rumah. Dan dalam masa yang sama enjoy being a WAHM. 


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee atau 
untuk order sila hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387


Tuesday 10 November 2015

Air Paip Dah Tak Kotor Macam Air Kopi Lepas Guna Penapis Air Murah Ni


Alhamdulillah kat Besut ni air paip memang bersih. Takde masalah air paip berkarat, keruh, kotor atau sebagainya. Tapi ramai orang yang menghadapi masalah ini di rumah mereka. 

Bagi yang berkemampuan sudah tentu tidak ada masalah untuk membeli penapis air yang mahal. Malah ada juga penapis air yang dipasang di luar rumah yang tentunya harganya lebih mahal. 

Shaklee juga ada penapis air dengan harga yang murah, bukan beribu-ribu seperti penapis air lain. Tapi walaupun murah, ia setanding dengan penapis air jenama lain. 

Puan Mazura sangat berpuas hati dengan penapis air Shaklee ni. Berikut dikongsikan pengalaman beliau. 

**************************************************************************

Assalamualaikum
Saya Mazura Bt Mat Kassim, umur 34, berasal dari Perak dan sekarang menetap di Putrajaya.

Saya merupakan pengguna suplemen Shaklee sebelum ini hinggalah saya membuat keputusan menjadi ahli pada March 2015 ketika membeli Get Clean Water Pitcher dan beberapa suplemen lain yang turut dipesan oleh rakan sekerja.

Saya yakin, ramai penduduk di kawasan saya turut mengalami masalah air paip yang kotor seperti yang saya tunjukkan di dalam gambar. Saya sekeluarga terpaksa membeli air mineral berbotol-botol kerana tak lalu nak minum air walaupun lepas dimasak. 

Sedangkan nak mandi dan membasuh pakaian pun kami jadi geli untuk gunakan air paip ini.Masalah seperti ini kerap berlaku apabila pihak kuarters mencuci tangki air.

Kawan saya Azlinda Ismail selaku upline saya mencadangkan Get Clean Water Pitcher ini. Alhamdulillah! Kami kini dapat menikmati air yang bersih untuk diminum. Kami tak perlu lagi memborong air mineral berbotol-botol.

Paling menggembirakan, kami juga mudah mendapat air bersih walaupun sedang bercuti kerana ianya mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Sewaktu berkursus di Bukit Gambang beberapa bulan lepas, air di hotel yang kami duduki agak keruh. Mujur kami bawa bersama Get Clean Water Pitcher ini!

Ibu mertua saya turut mendapatkan satu set untuk dirinya di rumah. Kami sekeluarga sangat gembira diperkenalkan dengan penapis air yang mudah dibawa ini. 

Aimi Medina berkata, "Mama! Kita dah boleh minum air bersih!"





Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee atau untuk order sila hubungi:
Siti Nor Kamilah

ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387


Sunday 8 November 2015

Life Brings Me Only Good Experiences. I Am Open To New And Wonderful Changes


Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee atau untuk order sila hubungi:
Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387

Saturday 7 November 2015