Thursday 5 November 2015

Kenapa Vitamin C Ada Sustained Release?

Pada botol vitamin C Shaklee terdapat perkataan 'sustained release'. Mungkin ada yang tertanya-tanya apa maksudnya. Bila kita ambil vitamin sudah tentu kita nak tahu apa kandungan dan juga segala yang berkaitan dengan vitamin tersebut. 

Sebenarnya kebanyakan vitamin adalah vitamin larut air dan ia tidak boleh disimpan oleh tubuh. Ini termasuklah vitamin C. Penyerapan vitamin larut air ini sangat cepat ke dalam salur darah dan tidak kira berapa banyak dos yang diambil, semuanya akan dikeluarkan melalui air kencing. Jadi vitamin ini hanya mampu bertahan dalam tubuh dalam masa 2 hingga 3 jam sahaja. 

Dengan formula sustained release ini, ia dapat memastikan penyerapan dalam 3 hingga 6 jam. Vitamin C Sustained Release dilepaskan secara berperingkat dan ia dapat memberi kesan yang optimum. Selain itu, ia dapat mengurangkan jumlah vitamin yang dikeluarkan melalui air kencing.

Takla nanti beli vitamin mahal-mahal tapi semuanya keluar menjadi air kencing. Rugi kan? Saranan saya, nak pilih vitamin C pilihlah vitamin yang ada 'sustained release' ini. 




Untuk order hubungi :

Siti Nor Kamilah 
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387

Wednesday 4 November 2015

Sabun Basuh Pakaian Boleh Sebabkan Kanser. Apa Alternatifnya?

Tiba-tiba jadi viral tentang bahaya menjemur pakaian dalam rumah. Tapi nak buat macam mana kan? Tak boleh nak elak, lebih-lebih lagi musim hujan. Dan juga tiada ruang yang sesuai untuk menjemur pakaian (tinggal di flat dan sebagainya). 

Bahaya menjemur pakaian di dalam rumah

1. Boleh Jadi Kanser

Jika anda suka guna pelembut kain selepas mencuci pakaian kerana bau yang wangi, perlu tahu kandungan acetaldehydes yang tinggi menjadi sebab utama penyakit kanser. Lebih elok cuba elak menjemur kain di dalam rumah kerana berbahaya jika anda selalu sedut udara tersebut.

2. Pengaruh Alergi

Udara yang terperangkap di dalam rumah boleh menjadi bakteria. Kalau anda yang ada masalah kulit, kena belajar elak jemur kain di dalam rumah, ya. Sebab ini salah satu faktor utama anda mengalami alergi (ruam) dan masalah gangguan pernafasan.

3. Beracun

Pernah tak anda basuh kain dan terlupa nak sidai dan akhirnya kain yang dibasuh bertukar bau jadi busuk walau pun pakaian sudah direndam pelembut. Ya, itulah racun. Hanya dalam jangka waktu tertentu, udara yang disedut beri kesan buruk kepada kesihatan kepada anda tanpa disedari.

4. Asma

Pengeringan pakaian di dalam ruangan akan meningkatkan kelembaban ruangan dan menyebabkan kenaikan debu. Ini adalah satu alasan utama penyebab asma dan alergi.

5. Lemahkan sistem ketahanan tubuh

Boleh melemahkan sistem ketahanan tubuh kalau selalu amal jemur kain dalam rumah. Jadi tidak pelik kalau anda cepat selesema, demam atau mungkin diserang pelbagai penyakit lain. Jalan penyelesaiannya, anda boleh sediakan tempat jemuran di luar rumah. Kalau tiada tempat sangat, cuci kering lagi selamat. Cuma jimat tidak begitu nak menjadilah! Semuanya di tangan anda, kalau boleh pastikan kain yang basah terdedah dengan sinaran matahari tetapi jangan secara terus. Nanti cepat pula kusam dan luntur warna kain anda.

Sumber Anyys


Tapi yang saya nak share hari ini bukan pasal jemur pakaian dalam rumah atau luar rumah, tapi tentang penggunaan produk pencuci di rumah terutamanya sabun basuh pakaian yang boleh mengakibatkan kanser. 

Kebanyakan sabun basuh pakaian atau detergent dihasilkan daripada bahan kimia kerana kos yang lebih murah dan mudah untuk dihasilkan. Bila kita memakai pakaian yang dibasuh menggunakan sabun basuh ini, bahan kimia akan meresap masuk ke dalam kulit. Kita juga menghidu bahan kimia tersebut melalui udara.

Oleh sebab tiada keperluan untuk menyenaraikan bahan yang digunakan pada label produk (tidak seperti makanan), maka kita tidak tahu bahan apa yang dimasukkan ke dalam sabun basuh yang kita gunakan setiap hari tu. 

Jadi, adakah terdapat alternatif untuk masalah ni? Jawapannya, ada. 

Shaklee menawarkan sabun basuh pakaian Fresh Laundry Concentrate yang dihasilkan daripada tumbuhan dan bukannya daripada bahan kimia yang berbahaya untuk kesihatan kita. 

Ia juga hipoalergenik (tidak menimbulkan alahan). Sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit yang sensitif dan juga sesuai untuk membasuh pakaian bayi. Jadi tidak perlu lagi membeli 2 sabun basuh yang berlainan untuk bayi dan untuk orang dewasa. 

Ia diformulasikan dengan enzim semulajadi yang menjadikan pakaian putih lebih putih dan pakaian berwarna semakin terang. 

Selain itu, walaupun dihasilkan daripada bahan semulajadi, ia mampu membersih kotoran degil dengan berkesan, sama macam sabun basuh yang dihasilkan daripada bahan kimia. 

Satu perkara yang best tentang Fresh Laundry Concentrate ialah pakaian tidak akan berbau hapak walaupun kita terlupa untuk menjemurnya berhari-hari. 

Dan yang lebih penting, kita dapat menyelamatkan diri dan keluarga dari risiko penyakit kanser, alergi, asma, ekzema dan lain-lain hanya dengan menukar jenama kepada jenama Shaklee. 

Untuk order hubungi :

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387


Thursday 22 October 2015

8 Tips Supaya Cepat Dapat Jodoh

Ada orang yang dipermudah jalannya dalam mendapat jodoh. Ada juga orang yang dah makin bertambah usia tapi tak juga bertemu jodoh. Ajal, maut, jodoh semuanya telah ditentukan oleh Allah cuma ia boleh diubah dengan doa. Bila lihat kawan-kawan seusia masing-masing dah pun berpasangan, kadang-kadang hati kita turut terusik. Cemburu pun ada melihat kebahagiaan orang lain sedangkan kita masih lagi sendiri. 

Yang penting jangan cepat berputus asa dalam usaha mencari jodoh. Tips yang diberikan oleh Dato' Ustazah Siti Norbahyah ini mungkin boleh membantu untuk yang ingin mendapat jodoh:




1. Berdoa selepas solat lima waktu
Berdoalah dengan bahasa apa sekalipun setiap kali selepas solat lima waktu supaya diringankan jodoh. Katanya, berdoalah dari sekarang kerana doa memerlukan masa untuk dikabulkan.

"Ketika saya di Tingkatan Satu, ibu saya sudah pun menyuruh saya berdoa supaya diringankan jodoh di samping berdoa untuk lulus dalam peperiksaan. Saya mengamalkan doa Akashah kerana banyak khasiat dan kelebihan yang terkandung dalamnya," beliau berkongsi amalannya.

2. Berdoa pada waktu tengah malam 
Menurutnya, Rasulullah SAW ada menyebut dalam satu hadis bahawa berdoa pada waktu tengah malam (waktu qiamullail) yang mana Allah SWT mustajabkan doa sama ada hajat dunia mahupun akhirat. Di samping melakukan solat sunat pada tengah malam, berdoalah supaya apa yang kita hajati terutama dalam soal jodoh dimustajabkan.

3. Doa ibu bapa
Ibu bapa perlu berdoa supaya anak-anak mereka dipermudahkan urusan jodoh. Doa ibu bapa boleh membantu mempercepatkan jodoh anak-anak terutamanya yang masih belum bertemu jodoh akibat halangan-halangan yang tertentu. 

4. Puasa pada hari lahir
Puasa ini dipanggil puasa hajat. Ujarnya, pada hari tersebut kita dilahirkan dalam keadaan bersih tanpa sebarang dosa. Jadi, berpuasalah pada hari kita dilahirkan supaya hajat kita dipermudah dan dikabulkan oleh Allah SWT. 

5. Solat sunat taubat
Beliau menyarankan agar melakukan solat sunat taubat terlebih dahulu pada waktu tengah malam sebelum berdoa supaya diringankan jodoh. 

"Kita mahu Allah menunaikan hajat kita, tetapi kita dengan Allah belum selesai dan bersih. Jadi, mintalah ampun terlebih dahulu sebelum berdoa memohon hajat," katanya.

6. Pohon restu ibu bapa
Tanyalah ibu bapa terlebih dahulu apabila kita sudah berkenan pada seseorang. Mungkin getaran hati ibu memberi isyarat jodoh yang terbaik kepada kita seperti yang berlaku kepada Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah sendiri. Beliau mengakui menerima kiriman surat daripada beberapa orang lelaki termasuk suaminya sendiri, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid dan semua surat tersebut ditunjukkan kepada ibunya sebelum mengambil apa-apa tindakan. 

"Apabila ibu saya membaca surat yang dikirimkan oleh suami ketika itu, dia memberitahu saya bahawa ada getaran di hatinya dan membenarkan saya membalas surat tersebut."

Sebelum berkahwin, Ustaz Wan Akashah juga pernah mengirimkan surat kepada keluarganya di Malaysia untuk meyakinkan mereka bahawa beliau mampu menggalas tanggungjawab sebagai suami di samping tidak mengabaikan pelajarannya di Mesir. Ternyata, surat yang dikirimkannya itu berjaya meyakinkan keluarganya bahawa beliau mampu untuk berkahwin. 

Jika ibu bapa tidak bersetuju dengan pilihan yang dibuat sedangkan dia sudah baik dengan kita, saran beliau supaya pujuk ibu bapa dengan baik, berdoalah supaya Allah SWT melembutkan hati mereka agar menerima pilihan kita seadanya. 

7. Amalkan doa-doa pilihan
Antara doa-doa yang boleh dijadikan amalan ialah daripada Surah Yusuf, ayat empat untuk memudahkan dan mendapatkan jodoh yang baik.


Surah Yusuf : Ayat 4

Ujarnya lagi, doa Nabi Musa dalam Surah al-Qasas, ayat 24 patut diamalkan kerana doa ini adalah untuk sesuatu hajat yang dirasakan amat mendesak. Jelas beliau lagi, doa ini menjadi amalannya sehingga kini. 

Surah al Qasas : Ayat 24

"Dalam doa, kita tidak boleh meminta dengan cepat, tetapi doa ini membolehkan kita mencapai sesuatu hajat dengan cepat," katanya.

8. Solat hajat
Jika kesemuanya sudah diamalkan, maka langkah yang terakhir ialah melakukan solat sunat Hajat memohon agar dipermudah dan dipertemukan dengan pasangan yang baik, dunia dan akhiratnya. 

Kita sebagai umat Islam hanya mampu merancang, berusaha dan bertawakal tetapi Allah SWT yang akan menentukan segala-galanya. Menurut beliau lagi, 'black magic' antara faktor yang menyebabkan jodoh terhalang. Oleh itu, saran beliau supaya membaca surah Yunus ayat 81 untuk membatalkan sihir dan ilmu hitam. 

Surah Yunus : Ayat 81

Sumber : Majalah Anis, bilangan 172.

Siti Nor Kamilah
Pengedar Sah Shaklee
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387