Monday 22 June 2015

Azam Saya di Bulan Ramadhan

5 Ramadhan 1436H.

Alhamdulillah masih diberi pinjaman umur dan bertemu lagi dengan bulan Ramadhan. Rasanya macam baru je lagi Ramadhan tahun lepas berlalu. 

Ini Ramadhan pertama saya sebagai WAHM (Work at home mom). Ia merupakan kesyukuran saya paling besar. Tentunya Ramadhan kali ini berbeza dari yang sebelumnya. 

Tahun-tahun lalu, saya tak pernah khatamkan Al-Quran dalam bulan Ramadhan. Bukan setakat tu je, tak pernah pun berniat untuk khatam.

Jadi azam Ramadhan saya yang utama ialah khatam Al-Quran 30 juzuk. InsyaAllah dengan masa lapang yang banyak, moga-moga saya dapat lakukannya.

Yang kedua, tak nak tidur selepas Subuh. Ini cabaran yang paling besar buat saya. Lebih-lebih lagi bila dah jadi WAHM, tilam dan bantal merupakan godaan yang paling besar. 






Lepas Subuh memang selalunya akan mengantuk terutamanya jika bangun awal pagi (4 atau 5 pagi). Banyak masa saya terbuang begitu sahaja disebabkan tidur. 

Itu azam Ramadhan saya. Bagaimana pula dengan anda?

Siti Nor Kamilah
Shaklee Independent Distributor
013-924 3387

Sunday 21 June 2015

Kisah Magik : Bagaimana Seorang Student Yang 'Stuck' Dalam Projek Ilmiah Tahun Akhir Menyelesaikan Masalahnya

Kisah ini saya ambil dari FB Dr Siti Ujila Official. Dah famous dia sekarang. Masa belajar dulu, beliau merupakan Naib Presiden Majlis Perwakilan Pelajar di MRSM Jasin (sekarang dah tukar nama kepada MRSM Tun Ghafar Baba). 

Dulu saya tak percaya magik. Tapi kini saya percaya. Magik boleh berlaku dengan izin Allah. 

Banyak pengajaran yang saya dapat daripada kisah ini. Jadi untuk sesiapa yang sedang 'stuck' sama ada dalam pelajaran, pekerjaan, perniagaan dan lain-lain, semoga ia dapat memberi inspirasi untuk anda.

..........................................................................................................................................................

KISAH MAGIK: IMPOSSIBLE JADI POSSIBLE. APA RAHSIANYA?

Sepanjang hampir 3 tahun saya menjadi seorang pendidik di UPM, banyak 'peristiwa' yang takkan mampu saya lupakan. Yang mengajar saya satu perkara penting: erti kehidupan.

Percaya tak, kisah yang ingin saya kongsikan kali ini boleh menyebabkan sesiapa pun ternganga membacanya. Sebab anda tidak akan percaya pada 'magik' yang berlaku. Saya ingin kongsikan kerana di sebalik cerita ini, sebenarnya ada satu 'rahsia' kejayaan yang ramai orang tak tahu.

Ceritanya bermula apabila seorang anak didik saya stuck dalam projek ilmiah tahun akhirnya. Ya Allah, Tuhan je yang tahu risaunya saya. Tesis projek perlu dihantar lagi 2-3 minggu. Dengan eksperimen yang belum selesai (baru separuh jalan), hasil belum ada, nak buat eksperimen perlu 'q' panjang (sebab nak guna mesin yang orang lain dah 'q' panjang), technician tak bagi guna mesin, due date dah semakin dekat.

Akhirnya dia datang jumpa saya. Katanya, nampak mustahil untuk siap.

Benar katanya. Kalau berusaha sungguh-sungguh tapi masih ikut 'cara biasa' memang peratus untuk projek tu siap sangat rendah. Sebab masa dah sangat singkat. Halangan dari pihak lain pula sangat banyak.

Saya tarik nafas panjang.

'Awak kena pakai magik, Zack' Akhirnya saya berkata. Dia pula pelik dengan kata-kata saya. 'Magik macamana tu Dr?'

Panjang lebar saya menerangkan, tapi pointnya 2 saja:

1. Dalam masa singkat yang ada ni, give your 100% best effort. Dia tahu apa kerja yang perlu dilakukannya. So saya kata, buat semua tu sungguh-sungguh.

2. Jangan 'rely' kat diri sendiri. Kita ni manusia, lemah. Tapi kitakan ada Tuhan yang Maha Hebat, yang sangat baik, yang kalau Dia nak tolong kita anytime kerja kita boleh jadi mudah, boleh settle. So di samping buat kerja dengan 100% best effort, buat benda-benda lain yang Allah suka.


Saya berikan beberapa contoh:

- nampak makcik cleaner, derma la kat dia.
- ngaji lebih sikit
- solat malam
- kalau beli goreng pisang, bayar lebih.
- gembirakan mak ayah, anak isteri.
- buat kerja amal. tolong orang lain.


Sebab saya percaya pesan Tuhan:

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).

Inilah magik kehidupan yang ramai orang tak tahu. Ramai orang fikir bila nak berjaya dalam sesuatu, mesti kena usaha sungguh-sungguh saja. Sampaikan nak buat kerja-kerja volunteer pun berkira. Dia lupa yang untuk dia berjaya tu, akan jadi lebih mudah kalau Tuhan tolong. Anytime benda yang 'impossible' boleh jadi possible.

Saya kata lagi...yang ramai orang sedekah..tapi padanya sedekah untuk dapat pahala, untuk masuk syurga. Kalau itulah niat dan kefahamannya, itulah yang dia dapat. Kenapa bila soal nak berjaya, mesti patah balik pada 'usaha bersungguh-sungguh'. Abih-abih, doa kepada Allah.

Betul, usaha kita mestilah yang terbaik. Tapi tak ramai orang faham...yang bila dia bersedekah, buat kerja2 amal, buat benda-benda yang Allah suka, tolong orang lain..on top of usahanya yang sungguh2..kejayaan itu lebih mudah, lebih dekat. Nampak macam akan mengambil masa kita..yelah nak kena spend masa pula buat kerja amal. Tapi masa yang diambil itulah nanti yang akan buat perkara yang mustahil tiba-tiba jadi tak mustahil lagi. Pokok pangkalnya pada kepercayaan kita. Kita percaya tak yang Allah akan tolong kita.

Kan Nabi Zakaria yang sudah lewat usianya pun mendapat zuriat? Nabi Ayub yang sakit sekian lama juga sembuh umpama magik. Semuanya Allah yang uruskan.
Bukankah kita bertuhankan Allah yang sama?

Saya ingat lagi, saya kata pada student saya tu.."Kalau awak percaya dan buat 'formula' ni..nanti awak akan terperanjat..projek yang nampak mustahil nak siap ni boleh siap on time. Dan jangan terperanjat kalau awak menang projek terbaik"..sebab kalau Allah nak tolong, anything can happen.

Jawab beliau "Saya dapat siapkan projek ni pun saya dah lega, Dr."

Saya tahu, dari riak wajahnya..dia antara percaya dengan tidak apa yang saya katakan. Tapi saya amat berharap dia buat 2 perkara yang saya pesan itu.

Selang beberapa hari, dia jumpa saya dan katanya eksperimen dah siap!

Ya Allah, saya tak mampu nak kata apa.

Katanya technician yang pada awalnya taknak bagi dia guna mesin disebabkan 'q' yang panjang..tiba-tiba bagi dia guna sebab orang yang sepatutnya guna waktu tu tiba-tiba tak datang. Dan tiba-tiba, technician tu beriya menolongnya dan mengajarnya itu ini. Sampailah eksperimen tu siap dan hasilnya depan mata saya.

Dia sibuk bercerita apa yang 'tiba-tiba' berlaku..tapi saya tidak mampu memberi tumpuan. Saya sangat ter-"wow" dengan magik ini. Saya hanyut dalam pujian yang tidak putus-putus kepadaNya, Tuhan yang sangat baik. Saya tahu, Tuhanlah yang buat semua yang tiba-tiba ini berlaku.

Saya tanya pelajar saya tu "apa yang awak dah buat?" Jawabnya, "saya buat macam yang Dr cakaplah"..serba sedikit dia berkongsi cerita.

Ya Allah inilah yang saya namakan magik. Bukan kebetulan, tapi magik dari Tuhan.

Rupanya magik ini tidak terhenti setakat itu.

Hari ini, beliau bersama pelajar-pelajar yang lain membentangkan projek mereka kepada beberapa orang juri. Ada juri dari industri. Ada pensyarah dari universiti lain. Saya sempat menjenguk. Dan baru sebentar tadi, saya menerima mesej "Dr, saya menang projek terbaik. Gold medal (tempat pertama)"

Ya Allah, tergamam saya dibuatnya. Saya salah baca ke? Berulang kali saya tatap mesej itu. Ya Tuhan, janjimu benar. Terima kasih ya Allah.

Kata student saya apabila eksperimennya siap: "Apa yang saya belajar ni saya rasa lebih berharga dari projek itu sendiri"

Betul. Sebab inilah formula kehidupan. Rahsia macamana hidup kita bahagia dan berjaya, jika kita faham yang agama bukan hanya pahala-syurga. Tapi apa yang diajarkan oleh agama kita, itulah kunci kejayaan dan kebahagiaan di dunia ini lagi.

Saya harap ia suatu yang bermanfaat untuk perjalanan kehidupan beliau yang seterusnya. Juga untuk anda yang membaca cerita ini. Jika ada manfaatnya, kongsikan agar orang lain juga tahu rahsia kejayaan ini.


Siti Nor Kamilah
013-924 3387

Kenapa Saya Mula Bisnes Shaklee?

Saya mula terlibat dengan Shaklee pada tahun 2012. Masa tu, saya masih bekerja sebagai Pembantu Tadbir. Jawatan sementara sahaja. Dengan gaji yang statik setelah mengalami 3 kali kenaikan. 

Apapun Alhamdulillah ada juga kerja berbanding rakan-rakan sepengajian yang masih lagi kerja kontrak atau pun kerja yang memang takde kaitan langsung dengan apa yang kami pelajari di universiti. 

Well, kerja saya pun memang langsung tak berkaitan. Dari sains (Biodiversiti) ke pembantu tadbir. Memang jauh. Lagipun saya cuma guna sijil SPM untuk jawatan ni.  

Lepas grad dulu, lebih daripada setahun jugak makan anggur. Siap buat projek tanam sayur lagi dengan mak saudara saya yang sama-sama baru habis belajar. 

Mak saudara saya tu sama umur. Boleh imagine tak macam mana? Masa ummi mengandungkan saya, nenek mengandungkan mak saudara saya ni hehe. 

Pernah juga jadi Guru Sandaran Tak Terlatih (GSTT) untuk sebulan menggantikan guru bersalin di Sekolah Kebangsaan Guntong, Setiu. Tapi saya 'surrender'.

Cukuplah sekali tu sahaja jadi cikgu. Memang saya tak reti nak mengajar. Lebih-lebih lagi nak kawal murid-murid. Failed! 

Memang saya tak minat dengan kerjaya perguruan ni walaupun Arwah Abah dan Ummi saya dua-dua guru. Yelah, ramai juga yang tanya termasuk ayah saudara saya.

Kenapa tak appy KPLI je? Soalan yang kerap ditanya setelah lama grad tapi tak dapat kerja yang bersesuaian dan setimpal dengan ijazah saya. Jawapan saya mudah. Memang saya tak minat. Buat apa kita buat sesuatu yang kita tak minat kan? 

Bukan tak pernah apply kerja lain, masalahnya memang takde satu pun yang saya apply tu panggil untuk temuduga. Jadi sampai satu tahap dah give up untuk apply setiap kali ada iklan jawatan kosong. 

Lepas tu, sempat jugak cari pengalaman bekerja di Kedai Buku KUSZA (sekarang UNISZA). Kerja ni ok sikit sebab saya suka buku. Boleh baca buku kegemaran. Tapi kadang-kadang bosan jugak terutamanya bila tiada kerja. Gaji pun tak seberapa. Saya berhenti bila dapat kerja Pembantu Tadbir tu.

Maka bermulalah episod sebagai Pembantu Tadbir aka Kerani. Masa mula bekerja saya enjoy kerana berada di bahagian Lelongan Tanah. Quite interesting. Banyak yang saya belajar terutamanya tentang pinjaman atau loan bank. 

1 hingga 3 tahun pertama ok. Saya masih suka kerja saya. Tapi lepas tu bila ditukarkan ke bahagian lain yang saya tak minat, memang agak mencabar. Dan stressful. Masa ni saya dah pun mendirikan rumahtangga. 

Pendapatan suami isteri memang cukup-cukup makan je. Untuk bermewah-mewah memang tak dapat la. Masa ni lah saya mula mencari-cari bisnes yang sesuai dijalankan secara part time. 

Sebenarnya memang impian saya dari dulu lagi nak jadi businesswoman. Saya suka tengok life style orang yang buat bisnes ni. Selain memiliki income yang banyak, mereka juga ada masa lapang yang banyak. Tak perlu terikat dengan sesiapa. 

Selain itu, saya mempunyai impian untuk jadi surirumah sepenuh masa tapi pada masa yang sama dapat jana income dari rumah. Saya nak jaga sendiri anak saya. Tak nak hantar ke pengasuh atau nurseri. 

Bila saya kenal Shaklee dan tahu mengenai peluang yang ditawarkan, saya sangat tertarik. Kerana ia sangat mudah. Ada laptop, internet dan telefon. Serta modal RM 65. Itu sahaja yang diperlukan untuk mulakan bisnes Shaklee. 

Yang dapat 5 hingga 6 angka pun ramai. Jadi peluang untuk saya dapat income sebegitu sangat cerah. Hanya dari rumah. Tidak perlu sewa kedai dan sebagainya. Itulah keistimewaan Shaklee.

Juga saya percaya jika buat Shaklee sungguh-sungguh, saya pasti dapat berhenti kerja suatu hari nanti (sekarang dah pun berhenti). Dan juga dapat capai impian saya yang besar-besar tu dengan Shaklee.

Siti Nor Kamilah
Shaklee Independent Distributor
013-924 3387


Monday 18 May 2015

Testimoni Set Mengandung Shaklee : Kurang Morning Sickness dan Tiada Masalah Kebas Kaki

Salam. selalu baca testimoni dari geng GBS ni. harini saya nak share pula testimoni dari saya. Saya start makan shaklee ni masa mengandungkan anak yang kedua. Masa mengandungkan anak yang pertama, alah saya memang teruk. sampai muntah-muntah yang kuning tu. memang pahit sungguh. 

Anak yang kedua ni saya kena juga, tapi tak lama, sebab kakak saya suruh try set trial EU Four Set tu (B-Com , Vita C, Vitalea & Ostematrix). Alhamdulillah kurang sikit Morning sickness. yang paling berbeza masa mengandung anak pertama dan kedua ni ialah masalah kebas--kebas di kaki. memang lansung tiada. 

Terima kasih pada kakak saya sebab kenalkan shaklee ni. ikutkan saya ni memang malas makan ubat. tapi bila dah ada kesan yang positif, Alhamdulillah saya tetap teruskan makan shaklee ni. Sekarang ni pon saya masih teruskan makan shaklee sebab memang sangat-sangat serasi dengan saya.




Untuk pertanyaan dan order hubungi :

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387

Testimoni Omega Guard : Kencing Manis Semasa Hamil

Assalamualaikum
Jom saya Share pengalaman saya.
Pengalaman ada GDM masa pregnant.
Saya mula kesan gdm masa 18 minggu lepas buat mgtt. Ujian minum air gula..
Yang paling ketara sekali masa tu kerap sangat hypo.. Gula memang turun dan naik dengan sangat ketara.. Bila lambat makan.. Cepat hypo.. Bacaan gula 3.. Pastu bila makan lebih sikit gula naik jadi 6-7+..
Pening juga dibuatnya.

Masa tu kebetulan Start mkn omega guard. Tak fikir sebab gdm pun tapi untuk perkembangan bayi.
Lepas beberapa minggu makan omega memang perasan perbezaan ketara.
Satu..sangat kurang hypo. Bangun pagi tidak kelaparan. Gula dlm 4-5 mcm tu.
Lepas makan pun gula tak naik tinggi.. Biasanya lepas makan pun range dia 5-6 gitu.. Makan secara 

sederhana.. Tidaklah sikit sangat..


testimoni omega shaklee, gdm, kencing manis semasa hamil



Yang paling ketara rasa ialah.. Masa omega guard habis..

Masa tu duk bertangguh.. Malas nak beli cepat-cepat ðŸ˜‚..
Tapi bila tak makan.. Omega.. Gula terus jadi hay wire semula..
Kerap hypo.. Almost setiap pagi.. Cepat lapar..Pastu jadi nak makan banyak. Gula pun mula naik.. 7-8.
Masa tu baru betul betul realize yang omega tu really helps in controlling appetite and also control the 

blood sugar.. So cepat-cepat beli dan start makan balik 3 biji sehari hingga lah bersalin..

Satu lagi yang ketara ialah.. Memang tak banyak Fat deposition during this pregnancy.. Perut nampak 

kecil.. Tapi bila scan baby size memang good and follow as expected.. Baby lahir 3.2 kg alhamdulillah..

maknanya baby tidak obese sepertimana jika blood sugar not well controlled. Alhamdulillah.. Sebab tu

yang jadi jatuh hati sangat dengan omega guard ni.. Sampai sekarang.. 

Kisah hamil dengan gdm
P/s saya ambil Full set hamil

Safiya Amaran


Untuk pertanyaan dan order hubungi:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387

Testimoni Vivix Untuk Strok : Boleh Berjalan Selepas Seminggu

Testimoni sendiri.

Mak saya kena strok 5 november lalu. Semalam genap sebulan. Tangan, kaki mak tak boleh gerak. Mak tak berapa boleh bercakap. Alhamdulillah. Setelah hampir seminggu lebih mak minum vivix. hari ni mak dah boleh jalan pakai tongkat, kaki pun dah boleh angkat tinggi, tangan dah boleh angkat cuma tak boleh genggam lagi. Bercakap pun dah semakin ok. Alhamdulillah. Doa saya sebelum habis cuti sekolah mak dah boleh jalan Allah tunaikan. Syukur sangat. Vivix memang membantu mak. Alhamdulillah.

Rizqi Yanagold





Untuk pertanyaan dan order hubungi :

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387


Thursday 14 May 2015

Testimoni Vivix Shaklee Untuk Kecantikan : Usia 40-an Tapi Macam Anak Dara


Assalamualaikum..

Dengan senang hatinya nak share dengan semua testimoni pengguna #VivixShaklee merangkap downline saya.
Alhamdulillah syukur vivix telah membantu beliau tampak lebih muda dari usia yang nak masuk 40 series dah.

Dan membantu kesihatan kesuluruhan beliau.Teruja Dan gembira beliau. Saya pun tumpang gembira sama. Sebab memang betul-betul nampak perubahan yang ketara pada beliau.

P/s: Sebelum ni beliau hanya pengguna biasa lepas sebulan coNsume Esp+vitamin C plus untuk masalah kulit beliau dan dah rasai perubahan dari situ terus berminat jadi ahli.

Shaklee the Best! Tak kenal maka tak cinta kan.

Ummi Faqihah Fattah




Untuk pertanyaan dan order hubungi :

SITI NOR KAMILAH
ID 885322
SMS/WHATSAPP 013-924 3387

Wednesday 6 May 2015

Vitamin Shaklee Free Untuk Kecergasan Badan

Tahun 2015 genap 100 tahun multivitamin pertama di dunia dicipta iaitu pada tahun 1915. Vitamin itu sendiri berasal daripada perkataan vitalized-mineral yang disingkatkan. Vitamin dicipta oleh pengasas Shaklee iaitu Dr Shaklee. 

Memang saya tak sangka langsung. Sebelum join Shaklee ni manalah saya tahu. Yang saya tahu masa tu, ianya selamat, halal, dan juga berkesan untuk menjaga kesihatan. Dah study baru tahu. Rupanya keputusan saya untuk konsisten dengan suplemen Shaklee adalah pilihan yang tepat. 

Sempena ulangtahun ke - 100 ini, Shaklee bermurah hati untuk beri multivitamin Shaklee iaitu Vita-Lea secara PERCUMA. Tapi ada syarat-syaratnya iaitu :

1. Jadi ahli Shaklee dengan pendaftaran sebanyak RM 79.60 (termasuk pos)
2. Beli mana-mana produk Shaklee (serendah RM 33.75)

Dengan memenuhi syarat di atas, anda layak untuk mendapat sebotol Vitalea yang berharga RM 88.75 secara PERCUMA. Untuk stok 4 bulan tu. Memang jimat.

Sebelum tu, saya kongsikan manfaat Vitalea secara ringkas : 




Pendek kata, Vitalea sesuai untuk semua bermula dari usia 12 tahun ke atas. Tak suka makan banyak-banyak vitamin? Inilah jawapannya untuk anda.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan order :

Siti Nor Kamilah
SID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387




Sunday 3 May 2015

Kenapa Nak Jadi Work at Home Mom (WAHM)?

Sekarang bekerja dari rumah bukanlah satu perkara yang asing lagi bagi kita. Ia sinonim dengan mereka yang melibatkan diri dengan bisnes online. Tapi bukan terhad kepada bisnes menjual produk sahaja. Bisnes perkhidmatan pun banyak yang beroperasi dari rumah sahaja.

Kenapa nak jadi Work at Home Mom (WAHM)? Best sangat ke?

Bagi saya yang bercita-cita untuk jadi surirumah sepenuh masa sejak dari bujang lagi, jawapannya tentulah best! Malah tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa seronoknya saya dapat bekerja dari rumah. 

Masa bekerja dari pukul 8 pagi hingga 5 petang dulu, saya rasa tidak bebas. Jika ada urusan yang tidak dapat dibuat pada hari cuti contohnya urusan bank, saya terpaksa pergi pada waktu bekerja. Kena minta kebenaran dengan CC kat office tu. Masa yang sepatutnya kita bekerja dah digunakan untuk urusan peribadi. Dan tentunya ia melibatkan keberkatan dalam gaji yang kita terima. 

Nak pergi mana-mana kena apply cuti. Kalau boss tak approve, maknanya takleh cuti la. Dan yang penting sekali, sepanjang 8 jam bekerja tersebut saya rasa macam duduk dalam penjara. Tak boleh nak pergi mana-mana sesuka hati kita tanpa pengetahuan rakan sekerja atau pun pihak atasan. 

Maaf, tiada niat untuk memperlekehkan kerja makan gaji namun itulah yang saya rasakan. Bila dah lama bekerja, barulah saya tahu yang sebenarnya saya tak minat bekerja di bawah orang. Terpaksa mengikut arahan orang. Dan juga tak betah untuk dimarahi orang. Saya tak suka terikat dengan waktu kerja macam tu. Yup, thats me. 

Yang paling penting, saya sangat tidak suka dengan politik pejabat. Orang yang rapat dengan boss tak buat kerja pun takpe, ok je. Manakala yang tak pandai nak membodek, buat kerja pun kena marah. Sangatlah tak patut. Dah jadi sesi luahan perasaan pulak ye hehe. 

Belum campur lagi dengan mereka yang suka sangat 'makan ketupat'. Ada sahaja perkara tentang orang lain yang dibincangkan. Negativity everywhere. Sampai saya pun dapat saham sama. Inilah faktor yang menolak saya dari terus bekerja makan gaji. 

Dengan bekerja dari rumah, kita tak terikat dengan sesiapa. Bebas untuk atur masa sendiri. Bebas untuk pergi bercuti bila-bila masa. Tak perlu approval dari sesiapa lagi. Di samping dapat jaga anak sendiri. 

Dulu saya tercari-cari apa pekerjaan yang membolehkan saya spend lebih masa dengan keluarga. Pernah bercita-cita untuk jadi guru tadika kerana masa bekerja yang pendek. Tapi, gaji pun kurang la kan sebab masa bekerja yang pendek tu. Rupanya ada alternatif yang lebih baik. Alhamdulillah. I'm a homemaker now.



Saturday 2 May 2015

DUIT LEBIH UNTUK BULAN PUASA DAN HARI RAYA?

Excited betul pagi semalam bila login shaklee2u, sistem online untuk ahli Shaklee. Macam biasa, Shaklee sentiasa ada kejutan dan tawaran istimewa untuk ahli dan juga customer atau bakal customer. 

1. Promo bulan Mei.

Seperti biasa, setiap bulan ada promosi untuk pembelian produk. Inilah peluang untuk borong mana-mana vitamin yang menjadi kesukaan kita terutamanya.

  • Omega : Beli 6 Dapat 7. Beli 2 Diskaun 5%.
  • Phytocol ST : Beli 6 Dapat 7. Beli 2 Diskaun 5%.
  • Vitalea For Children : Beli 3 Dapat 4.

2. Jadi ahli dengan pembelian mana-mana produk dan dapat VitaLea Iron Formula yang bernilai RM 88.75 secara PERCUMA. 


Memang irresistable! Dengan pembelian serendah RM 33.75 untuk sebotol Zinc Complex (harga retail), dan yuran pendaftaran RM 79 (termasuk pos) dah layak untuk terima offer ini. 

3. 4 set kesihatan baru iaitu Healthy Prenatal, Healthy Postnatal, Healthy Fitness dan Healthy Young Living. 

Dengan pembelian mana-mana set ini, ada diskaun istimewa yang bakal anda dapat. Jadi jika anda masih berkira-kira untuk menjadi ahli Shaklee, inilah masanya. Grab offer yang Shaklee tawarkan ini. Nak duit lebih untuk bulan puasa? Nak duit lebih untuk hari raya? Atau nak duit lebih setiap bulan? Buang rasa ragu, contact saya segera untuk maklumat lanjut. It's now or never.

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp : 013-924 3387
Email : ohvitamin@gmail.com