Sunday 3 May 2015

Kenapa Nak Jadi Work at Home Mom (WAHM)?

Sekarang bekerja dari rumah bukanlah satu perkara yang asing lagi bagi kita. Ia sinonim dengan mereka yang melibatkan diri dengan bisnes online. Tapi bukan terhad kepada bisnes menjual produk sahaja. Bisnes perkhidmatan pun banyak yang beroperasi dari rumah sahaja.

Kenapa nak jadi Work at Home Mom (WAHM)? Best sangat ke?

Bagi saya yang bercita-cita untuk jadi surirumah sepenuh masa sejak dari bujang lagi, jawapannya tentulah best! Malah tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa seronoknya saya dapat bekerja dari rumah. 

Masa bekerja dari pukul 8 pagi hingga 5 petang dulu, saya rasa tidak bebas. Jika ada urusan yang tidak dapat dibuat pada hari cuti contohnya urusan bank, saya terpaksa pergi pada waktu bekerja. Kena minta kebenaran dengan CC kat office tu. Masa yang sepatutnya kita bekerja dah digunakan untuk urusan peribadi. Dan tentunya ia melibatkan keberkatan dalam gaji yang kita terima. 

Nak pergi mana-mana kena apply cuti. Kalau boss tak approve, maknanya takleh cuti la. Dan yang penting sekali, sepanjang 8 jam bekerja tersebut saya rasa macam duduk dalam penjara. Tak boleh nak pergi mana-mana sesuka hati kita tanpa pengetahuan rakan sekerja atau pun pihak atasan. 

Maaf, tiada niat untuk memperlekehkan kerja makan gaji namun itulah yang saya rasakan. Bila dah lama bekerja, barulah saya tahu yang sebenarnya saya tak minat bekerja di bawah orang. Terpaksa mengikut arahan orang. Dan juga tak betah untuk dimarahi orang. Saya tak suka terikat dengan waktu kerja macam tu. Yup, thats me. 

Yang paling penting, saya sangat tidak suka dengan politik pejabat. Orang yang rapat dengan boss tak buat kerja pun takpe, ok je. Manakala yang tak pandai nak membodek, buat kerja pun kena marah. Sangatlah tak patut. Dah jadi sesi luahan perasaan pulak ye hehe. 

Belum campur lagi dengan mereka yang suka sangat 'makan ketupat'. Ada sahaja perkara tentang orang lain yang dibincangkan. Negativity everywhere. Sampai saya pun dapat saham sama. Inilah faktor yang menolak saya dari terus bekerja makan gaji. 

Dengan bekerja dari rumah, kita tak terikat dengan sesiapa. Bebas untuk atur masa sendiri. Bebas untuk pergi bercuti bila-bila masa. Tak perlu approval dari sesiapa lagi. Di samping dapat jaga anak sendiri. 

Dulu saya tercari-cari apa pekerjaan yang membolehkan saya spend lebih masa dengan keluarga. Pernah bercita-cita untuk jadi guru tadika kerana masa bekerja yang pendek. Tapi, gaji pun kurang la kan sebab masa bekerja yang pendek tu. Rupanya ada alternatif yang lebih baik. Alhamdulillah. I'm a homemaker now.



Saturday 2 May 2015

DUIT LEBIH UNTUK BULAN PUASA DAN HARI RAYA?

Excited betul pagi semalam bila login shaklee2u, sistem online untuk ahli Shaklee. Macam biasa, Shaklee sentiasa ada kejutan dan tawaran istimewa untuk ahli dan juga customer atau bakal customer. 

1. Promo bulan Mei.

Seperti biasa, setiap bulan ada promosi untuk pembelian produk. Inilah peluang untuk borong mana-mana vitamin yang menjadi kesukaan kita terutamanya.

  • Omega : Beli 6 Dapat 7. Beli 2 Diskaun 5%.
  • Phytocol ST : Beli 6 Dapat 7. Beli 2 Diskaun 5%.
  • Vitalea For Children : Beli 3 Dapat 4.

2. Jadi ahli dengan pembelian mana-mana produk dan dapat VitaLea Iron Formula yang bernilai RM 88.75 secara PERCUMA. 


Memang irresistable! Dengan pembelian serendah RM 33.75 untuk sebotol Zinc Complex (harga retail), dan yuran pendaftaran RM 79 (termasuk pos) dah layak untuk terima offer ini. 

3. 4 set kesihatan baru iaitu Healthy Prenatal, Healthy Postnatal, Healthy Fitness dan Healthy Young Living. 

Dengan pembelian mana-mana set ini, ada diskaun istimewa yang bakal anda dapat. Jadi jika anda masih berkira-kira untuk menjadi ahli Shaklee, inilah masanya. Grab offer yang Shaklee tawarkan ini. Nak duit lebih untuk bulan puasa? Nak duit lebih untuk hari raya? Atau nak duit lebih setiap bulan? Buang rasa ragu, contact saya segera untuk maklumat lanjut. It's now or never.

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp : 013-924 3387
Email : ohvitamin@gmail.com


Wednesday 1 April 2015

SOHO Impian Saya

Alhamdulillah sekarang saya dah ada SOHO sendiri walaupun menumpang kat bilik anak dara. Nak buat macam mana. Rumah ada 3 bilik je.

Master bedroom, bilik tetamu merangkap stor dan bilik anak dara. Sebelum ni saya letak SOHO berdekatan dengan ruang makan namun tak sesuai.

Sebab keadaan yang agak gelap pada siang hari. Takde tingkap. Takkan nak buka lampu sepanjang masa kan. Jadi saya tumpang la SOHO saya kat bilik anak dara. Dekat dengan tingkap.

Nak letak kat bilik tetamu tak boleh. Sebab banyak sangat harta benda. Kalau ikutkan nak buang je semua. Tapi sayang la pulak.

Ada ke yang ada tabiat macam saya ni? Mesti ada kan? Hehe. Dah buat 5s tapi barang tetap banyak. Tak reti nak susun macam mana. 

Azam saya tahun ni, nak rumah sentiasa bersih dan kemas. Sepanjang 6 tahun kahwin ni, tak berjaya lagi nak jadikan rumah spick and span (malu nak cakap sebenarnya).

Ingatkan dah jadi Wahm kemas la rumah. Tapi nampaknya masih 'fail' jugak. Saya memang respect habis la kat para ibu yang bekerja tapi rumah sentiasa kemas macam ada orang gaji.

Nak jugak macam tu tapi belum berjaya nampaknya setakat ni. Sampai satu tahap saya fikir selagi saya tengah sibuk dengan bisnes ni mustahil kut saya akan ada rumah yang sentiasa kemas.

Tapi pemikiran saya tu berubah 360° lepas pergi Seminar Supermommy. Rupanya ada caranya. Itulah bezanya bila mempunyai ilmu. Dan saya bersyukur sangat dapat join seminar tersebut.

Ok sebenarnya nak letak gambar contoh SOHO yang menjadi impian saya. Saya nak satu bilik khas atau satu ruang khas untuk SOHO bila dah ada rumah sendiri yang saya buat secara tunai nanti. Bermimpi itu percuma :)

Dan berdekatan dengan tingkap. Saya suka bekerja dengan melihat pemandangan luar :) Tak suka ruangan yang tertutup. Lagi, ada ruang untuk saya tampal Vision Board atau apa-apa yang boleh memotivasikan saya. 

Ada rak buku yang banyak. Ada rak untuk saya letak stok vitamin saya. Ada sofa - tempat 'landing' bila penat. Kalau cakap mengenai impian memang tak habis kan?

So, enjoy this pictures :)

























Kamilah Mustapa
Pengedar Shaklee
SMS/Whatsapp 013-924 3387