Tuesday 31 March 2015

Selalu Letih Tapi Malas Makan Vitamin? Ini Alternatifnya

Ada orang tak suka makan vitamin. Nak telan vitamin tu rasa tersekat je kat tengkuk. Padahal bukannya besar mana saiz vitamin.

Ataupun ada juga yang takut nak makan ubat atau vitamin. Namun teringin nak cuba suplemen untuk atasi masalah keletihan. Lebih-lebih lagi wanita yang bekerja - memang perlukan tenaga extra untuk kekal cergas di tempat kerja dan juga di rumah.

Antara suplemen Shaklee yang bagus untuk bagi tenaga ialah Vitalea, B kompleks, Omega, CoqHealth, Vivix, Performance Drinks dan ESP. Tapi semua ni dalam bentuk pil kecuali  Vivix, Performance Drinks serta ESP.

Jadi apa yang saya syorkan untuk mereka yang tak suka makan vitamin ni? Ini dia. Cinch Tea.





Cinch Tea mengandungi campuran 3 jenis teh iaitu teh eksotik putih, merah dan teh hijau Matcha.  
Masing-masing memberi manfaat yang tersendiri.

Cinch tea dapat meningkatkan metabolisme dan seterusnya meningkatkan tenaga. Ditambah dengan taurina yang dikaji secara meluas mampu meningkatkan tenaga dan ketahanan badan.

Sesuai untuk mereka yang selalu keletihan, selalu mengantuk, yang nak stay up (pelajar terutamanya), mereka yang selalu memandu jarak jauh, yang nak kuruskan badan dan lain-lain.

Ia juga selamat untuk ibu mengandung. Macam cerita kat bawah ni.


Kalau nak tahu, Cinch Tea ni antara favourite saya. Biasanya saya ambil selepas makan tengah hari (biasanya selalu mengantuk). Dan juga apabila saya perlu stay up.

Kalau mengantuk tu, memang tak jadi nak tidur lah. Terus segar bugar. Bila letak ais, lemon serta madu, lagi best rasanya. 

Mana nak cari penambah tenaga selain daripada kopi yang sedap macam ni? 

Teringin mencuba? Boleh hubungi saya :

Siti Nor Kamilah
SMS/Whatsapp 013-924 3387
Email : ohvitamin@gmail.com

Monday 23 March 2015

ESP Shaklee Untuk Ibu Mengandung Supaya Bertenaga Macam Supermommy

ESP merupakan protein daripada kacang soya asli non-GMO (Non-Genetically Modified Organism). Ia diiktiraf di seluruh dunia kerana kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan.

Kenapa perlu ESP sedangkan hari-hari kita ambil protein (ayam, ikan dan lain-lain)?

ESP menyediakan 9 asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Jika kekurangan 9 asid amino ini, badan kita tidak dapat menjalankan fungsi dengan baik.

Pengambilan protein sangat kritikal terutamanya untuk ibu hamil. Protein membantu menguatkan rahim. Ibu yang selalu mengalami keguguran kerana masalah rahim yang lemah sangat digalakkan untuk mengambil ESP. 

ESP dapat memberi rasa kenyang yang lebih lama dan juga memberi tenaga segera. Pada peringkat awal kehamilan terutamanya, ibu hamil mengalami morning sickness, loya, munta-muntah, badan lemah, rasa nak tidur je sepanjang masa dan lain-lain masalah.

Pada peringkat ini juga biasanya ibu sukar untuk makan kerana selera makan yang menurun. Rasa lapar tapi tiada makanan yang mampu ditelan walaupun sebelum ini makanan tersebut merupakan makanan kegemaran.

Dengan pengambilan ESP, ia membantu ibu hamil kenyang dan bertenaga bagaikan supermommy. Tidak timbul istilah jemu kerana pengambilan ESP boleh dipelbagaikan dengan macam-macam resepi seperti yang telah saya share sebelum ini.

Selain itu, ia turut membantu dalam masalah rambut gugur. Kerana kekurangan protein adalah salah satu punca rambut gugur.

Protein juga bagus untuk kecantikan dan keanjalan kulit. Untuk kulit wajah, protein mampu mencerahkan, mengurangkan bintik-bintik hitam, jeragat, dan membantu mengurangkan jerawat dan parut jerawat.

Ia juga membantu mengurangkan stretch mark akibat mengandung. Malah, ada ibu yang beranak 5 yang langsung tiada kesan strecth mark dengan pengambilan ESP yang konsisten. Doktor yang merawatnya pun terkejut. Hebatkan?


Pelbagai manfaat yang bakal diperolehi dengan pengambilan ESP. Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Bukan untuk kehamilan dan bayi dalam kandungan sahaja. All in one lah, bak kata orang.

Ikuti pengalaman ibu hamil yang berpuasa sebulan tanpa sebarang masalah dengan pengambilan ESP ni.



Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni... from iReach HD on Vimeo.


Sempena promosi ESP yang tinggal 5 hari sahaja lagi (berakhir pada 28.3.2015), inilah masanya yang terbaik untuk hadiahkan diri sendiri atau isteri yang sedang hamil dengan hadiah ESP.

Beli 6 percuma 1. Atau beli 2 diskaun 5%. Lepas ni tiada lagi promosi dengan free item macam ni. Disebabkan GST.

Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan dan untuk order:

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387


Saturday 21 March 2015

Tips Atasi Gastrik di Bulan Puasa

Gastrik merupakan masalah biasa yang menghalang seseorang untuk berpuasa dengan sempurna. Tapi sebenarnya jika tahu caranya masalah ini boleh diatasi. 


SEMASA SAHUR


1. Lewatkan sahur. 
Sahur adalah wajib jika anda mengalami gastrik. Elakkan bersahur bukan pada waktunya iaitu waktu tengah malam atau awal pagi, sebelum tidur. Di sinilah kepentingan bersahur seperti yang dianjurkan oleh Islam. Mengakhirkan sahur juga termasuk salah satu sunnah Rasulullah. 

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Darda, Rasulullah bersabda maksudnya: 

“Makan sahurlah pada akhir malam.”

2. Pelbagaikan menu makanan supaya mengandungi semua nutrien penting yang diperlukan iaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan fiber supaya bertenaga ketika berpuasa. 

3. Sahur dengan makanan dan bukan setakat minum air sahaja. 

4. Minum segelas susu semasa sahur.

4. Elakkan tidur selepas sahur.


SEMASA BERBUKA PUASA DAN WAKTU SELEPASNYA

1. Berbuka dengan makanan yang ringan terlebih dahulu.
Paling baik, kurma dan diikuti dengan kuih-muih dan sebagainya. Kemudian barulah diikuti dengan makanan berat.

2. Sederhana ketika makan. 

3. Elakkan makanan yang berlemak, berminyak dan pedas kerana ia menjejaskan kelancaran sistem pencernaan. 

4. Elakkan minuman berkafein seperti teh dan kopi.
Ini kerana kafein merangsang saraf dan menyebabkan kalenjar jus gastrik di perut lebih aktif dan mengakibatkan sakit perut. 



Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.

SMS/Whatsapp 013-924 3387 jika berminat untuk mencuba suplemen Shaklee untuk membantu anda kekal cergas ketika berpuasa.