Saturday 20 September 2014

Millionaire Marketing Mastery - Seminar Pemasaran Terbaik!

Saya baru je menghadiri seminar Millionaire Marketing Mastery (MMM) iaitu seminar marketing Dr Azizan Osman - Pakar Marketing No. 1 di Asia. Pada 12 hingga 14 September  2014 bertempat di Menara PGRM. Sebenarnya dah daftar masa IMKK Jun haritu lagi sebab ada special offer. Jemput baca pengalaman saya di IMKK tempoh hari :

Intensif Magnet Kejayaan dan Kekayaan (IMKK) 12-15 Jun 2014 di MIECC, The Mines

Intensif Magnet Kejayaan dan Kekayaan (IMKK) 12-15 Jun 2014 di MIECC, The Mines - DAY 1


Intensif Magnet Kejayaan dan Kekayaan (IMKK) 12-15 Jun 2014 di MIECC, The Mines - DAY 2



MMM ni dulunya dikenali sebagai Advanced Marketing Power (AMP). Pesertanya taklah seramai IMKK. In fact, seat General paling sikit berbanding seat lain. Maknanya ramai lagi yang beli tiket mahal dari tiket murah. Dan of course memang beza la bila kita duduk depan dengan duduk belakang kan? Takpe, Insya Allah kalau ada peluang lagi next time saya pasti pergi dengan tiket yang mahal hihi. Amin.

Seminar kali ni, memang saya tak miss langsung setiap patah perkataan yang Dr Azizan share. Tak pernah keluar gi toilet, keluar awal dll. Bagus tak? Hehe. Masuk bakul angkat sendiri. Tapi kalau tak ngantuk langsung tu, tipula. Berbanding masa IMKK haritu, banyak kali gakla saya keluar. Kali ni lebih fokus :)

Alhamdulillah saya telah mempelajari 300 strategi marketing dengan jayanya. Tinggal nak apply je. Banyak idea yang saya dapat. Banyak antaranya tak pernah terfikir pun. Dan tak pernah tahu. Dr. Azizan cakap, kalau kita buat betul-betul apa yang dipelajari, sekuarang-kurangnya dalam masa 3 bulan boleh nampak kesan - huru-hara, takde stok hasil daripada kempen marketing kita. Best ke best? Harapannya, saya pun begitulah. Apapun fast action, fast result


ADVANCED MARKETING POWER, MILLIONAIRE MARKETING MASTERY


Saya Pengedar Shaklee, 
Siti Nor Kamilah
SMS/Whatsapp 013-924 3387





Saturday 6 September 2014

GLA Shaklee punca cyst atau fibroid. Benarkah?


Kenapa Rahim Bengkak?
Ramai pula yang inbox saya tentang isu ini. So, better saya buat sedikit 'press conference'. hihi.. Untuk kita semua lebih jelas.


Ok. 

Basically,

Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)

Kilang telur = Ovari.

Ramai pesakit saya tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, so mereka akan just kata 'rahim'. 

So, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak?

Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.


Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. (Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569). 

Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.

Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.



Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :

1. Hormon Estrogen yang berlebihan.

- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.

Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.

Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.

2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.

Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).

Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.

3. Obesiti.

- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.

4. Genetik

- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.

Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?

Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.

Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :

- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
-sakit ketika hubungan kelamin
- perut membuncit
- pendarahan abnormal

Perlukah operation?

Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu melakukan pembedahan.

So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?

Cadangan diet yang sesuai :

1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, salt, kafein dan alkohol.

2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.

3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.

4. Kawal berat badan

5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif.

Ok, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita?

Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang pro dan cont.

Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahim yang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.

(Michael T. Et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).

Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari.

Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.

Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :

1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.

2. Immune enhancing nutrient - coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc

3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.

4. Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.

5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.

6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi

7. Green tea - powerful antioxidant

GLA boleh ke?

- GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan radang dan membantu kestabilan hormon.
-GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbangin dari EPO. 
-Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.

Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.

Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua.

Take care of your health.

Wanita - Anda Istimewa 


Luv, 

Dr. Malinda

Kenapa Shaklee tiada sijil halal Jakim?

Anda mungkin teringin nak cuba Shaklee setelah mendengar cerita yang best tentang vitamin Shaklee ni. Tapi...anda was-was tentang status halalnya. Sebab pernah terbaca yang Shaklee ni tak halal. Tapi, ramai je yang guna kan? Ataupun pernah belek botol vitamin Shaklee tapi takde logo halal pun.  Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri. Biar saya jelaskan. 

Kenapa Vitamin Shaklee Tiada Sijil Halal JAKIM?

Berikut merupakan sijil halal bagi produk Shaklee yang dikeluarkan oleh Islamic Services of America. Kenapa Amerika? Untuk makluman anda produk Shaklee dikeluarkan di Amerika. Jadi sudah tentulah sijil halalnya dikeluarkan oleh badan yang diiktiraf di Amerika iaitu Islamic Services of America (ISA). Sama juga dengan produk keluaran Malaysia. Sijil halal dikeluarkan oleh JAKIM. Jadi, tak logiklah kalau produk keluaran Amerika tapi sijil halal, JAKIM yang kena keluarkan. 






Sekarang kita lihat laman web Islamic Services of America (ISA). Dalam laman web ISA sendiri dengan jelas telah menyatakan bahawa sijil halal ISA diiktiraf oleh JAKIM. 




Selain itu, turut diberikan link tentang Senarai Badan Islam Yang Diiktiraf oleh JAKIM. 




Jadi dengan ini sudah jelas bahawa produk Shaklee halal walaupun ianya keluaran Amerika Syarikat. Amerika Syarikat? Bukan boikot ke? Ini merupakan soalan yang paling famous sejak berlakunya perang Gaza - Israel. Isu ini kerapkali timbul apabila ada sahaja kempen boikot setiap kali perang berlaku di negara Islam. Kalau anda nak tahu, saya akan berikan penjelasan dalam entry selanjutnya. 

Hubungi saya jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee :

Siti Nor Kamilah
ID Shaklee 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387