Friday 5 September 2014

Berkenalan dengan Pinterest

Entah macam mana tiba-tiba boleh terdaftar Pinterest. Klik situ klik sini. Last-last daftar. Sebelum ni tak minat pun nak ambil tahu. Sebab tak tahu apa fungsi dia. Dan tak reti nak guna. Tapi bila dah daftar, rasa macam best pulak. Boleh save gambar atau link yang kita suka dan boleh dijadikan rujukan pada masa akan datang. Sebelum ni, save dalam komputer, pendrive atau dropbox. Tapi takleh la nak save sekali ngan link tu. Kena copy + paste dalam Word dulu la biasanya. 


Flower - my favourite ever


Jadi sekarang, saya rasa saya dah jumpa penyelesaian kepada masalah saya. Teruja jugak, lebih-lebih lagi bila ada secret board. Bolehla saya save gambar wishlist saya, rumah impian saya, kereta impian saya, travel destinantion impian saya, macam-macam lagi lah kan. Bukan apa, kadang-kadang malu nak share impian kita dengan orang. 


Secret board

Tapi kat atas tu saya share jugak wishlist dalam secret board saya supaya anda boleh doakan saya. Salah satu cara nak capai impian ialah beritahu orang lain. Jadi bila dah tahu bolehlah anda doakan saya :)


Linkedin pun boleh save dalam Pinterest

Gambar kat atas tu antara perkara yang saya suka baca. Tapi kadang-kadang tak sempat nak go through. Jadi biasanya, saya buat bookmark kat komputer. Hasilnya, panjang berjela la bookmark saya tu. Baca tak pun. Dengan adanya Pinterest ni, senang la. Pin je. Dan saya boleh baca bila-bila masa saya nak. 

Itu Pinterest dari sudut pandang saya. Tapi sebenarnya saya belum tahu apa kegunaan dia yang sebenar-benarnya. Ada sesiapa tahu?


Saya pengedar sah Shaklee :

Kamilah Mustapa
SMS/Whatsapp 013-924 3387


Tuesday 2 September 2014

17 Sebab Anda Perlu Lebihkan Pengambilan Omega 3 - Part 2

Entry ini adalah lanjutan daripada entry terdahulu tentang kepentingan Omega.

17 sebab anda perlu mengambil Omega-3 - Part 1 


6. Merendahkan tekanan darah 

Kajian menunjukkan bahawa mereka yang makan lebih ikan dalam diet mereka mempunyai tekanan darah yang lebih rendah berbanding dengan mereka yang tidak makan ikan. Omega 3 menyihatkan saluran darah dan menjadikan ia lebih fleksibel dalam mengawal tekanan darah. Kebaikan Omega 3 lebih jelas dilihat pada mereka yang telah pun mengalami hipertension. Satu kajian terbaru menunjukkan mereka yang mengambil suplemen minyak ikan dalam dos yang tinggi mampu melindungi jantung dari stress akibat kerja.


7. Melegakan kesakitan (Pain-killer)

Omega 3 mampu mengurangkan inflamasi (radang atau bengkak) yang berkaitan dengan sendi atau otot yang biasanya diatasi dengan pengambilan ubat non-steroidal anti-inflammatory (NSAIDs) seperti ibuprofen. Dalam satu kajian, 250 pesakit yang mengalami kesakitan yang kronik telah mengambil 1.2 g DHA/EPA setiap hari. Keputusan menunjukkan kira-kira 60% daripada pesakit tersebut berpuas hati dengan perubahan yang dirasai setelah mengambil minyak ikan. Kesimpulan daripada kajian ini, pengambilan suplemen EPA/DHA mungkin lebih selamat daripada pengambilan NSAIDs untuk mengurangkan kesakitan.

8. Penting untuk kesihatan mata

DHA Omega 3 terdapat pada retina, macula dan bahagian mata yang lain. Kajian menunjukkan DHA memainkan peranan penting dalam kesihatan mata. Bahkan, DHA terdiri daripada 93% Omega 3 dalam tisu mata. Sesetengah kajian juga mendapati supleman DHA mampu memperbaiki kesan visual pada bayi pramatang.  




9. Omega-3 mengurangkan gejala asma

Asma sering dikaitkan dengan faktor persekitaran dan juga faktor pemakanan sebagai faktor utama. Beberapa kajian mendapati pesakit asma mempunyai kadar omega-3 yang rendah dalam tubuh berbanding mereka yang tidak menghidap asma. Beberapa kajian lain menunjukkan diet yang kaya dengan omega-3 (dan lebih rendah omega-6) memberi kesan positif kepada pesakit asma. 


Hubungi saya untuk mendapatkan suplemen anda :

Siti Nor Kamilah
ID Shaklee 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387
Call 09-690 3059


Laman Web Shaklee Malaysia Kini Berwajah Baru!

Demi memenuhi kehendak pelanggan, Shaklee sentiasa melakukan pembaharuan dari semasa ke semasa. Ini membuatkan saya makin jatuh cinta dengan Shaklee hehe. Sentiasa prihatin dengan kehendak pelanggan. Thumbs up Shaklee! 

Dari memperkenalkan sistem online untuk pengedar Shaklee (Shaklee2u), order online untuk pelanggan Shaklee (eSell), pejabat Shaklee yang baru, dan macam-macam lagi. Terbaru, laman web Shaklee Malaysia kini berwajah baru!


Laman web Shaklee Malaysia yang lama




Laman web Shaklee Malaysia yang baru


Selain info produk yang lebih terperinci, antara paparan yang menarik ialah link kepada laman web Shaklee seluruh dunia. Untuk pengetahuan anda, Shaklee hanya terdapat di 8 buah negara, termasuk Malaysia. Jadi peluang untuk menjana pendapatan dengan Shaklee terbuka luas untuk anda. 


harga kolagen shaklee
Info produk Shaklee yang lebih terperinci


Bak kata mentor saya, kalau rasa pasaran kat Malaysia ni dah tepu, silalah jual di Indonesia (yang mempunyai kira-kira 253 juta penduduk) ye. Hehe gurau je.   


laman web shaklee luar negara
Link kepada laman web Shaklee seluruh dunia



Laman web Shaklee Amerika Syarikat

Satu perkataan yang boleh saya katakan tentang laman web baru Shaklee ini ialah : AWESOME. Lawati laman web Shaklee di Shaklee Malaysia.  


Saya pengedar sah Shaklee. Hubungi saya :

Siti Nor Kamilah
ID Shaklee 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387
Call 09-690 3059