Sunday 6 July 2014

Ambil Cinch Tea Untuk Elak Mengantuk di Tempat Kerja


Dah lama saya tak minum teh masa sahur sejak tahu teh bersifat diuretik iaitu ia membuatkan kita buang air kecil lebih kerap. Ini menyebabkan air dalam tubuh makin kurang dan menyebabkan hidrasi. 

Kesannya, kita akan mudah rasa kering tekak dan cepat letih.


Ingatkan same goes with cinch tea. Rupanya tak. 


Kandungan kafein dalam cinch tea sangat sedikit berbanding teh biasa. Jadi ia tidak memberikan kesan diuretik atau kurang kesan diuretik. 

Dan sesuai diambil semasa sahur untuk memberikan kita tenaga.

Plus membantu untuk kekal SEGAR untuk solat subuh. 

Tak rugi langsung saya pecut ke Shaklee KB Branch semalam untuk Health and Wellness Talk.

Banyak ilmu free yang saya dapat. 


Untuk yang bekerja especially, sangat bagus ambil teh ni.

Tiada lagi masalah mengantuk di tempat kerja. 

Tapi bukanlah saya suggest ambil kat tempat kerja. Maksud saya, ambil masa sahur :)

-input daripada nutritionist Shaklee-

Berikut merupakan testimoni daripada seorang ibu hamil yang berjaya tinggalkan tabiat minum kopi untuk hilangkan mengantuk setelah cuba Cinch Tea.


Ubat Tahan Mengantuk Tanpa Dadah: Cergas Sokmo! from iReach HD on Vimeo.


Jika mempunyai seberang soalan tentang cara pembelian, anda boleh hubungi saya. 

Siti Nor Kamilah
ID Shaklee 885322
Call/SMS/Whatsapp 013-924 3387





Wednesday 2 July 2014

Intensif Magnet Kejayaan dan Kekayaan (IMKK) 12-15 Jun 2014 di MIECC, The Mines - DAY 3

1. The power of action. Sanggup tinggal semua benda yang halang kita daripada capai impian.
2. Wangian akan menarik keberkatan.
3. Aura wanita sangat kuat. Sebab tu kena tutup kepala (pakai tudung).
4. Dalam usaha mencapai kejayaan, memang kita nak cepat. Tapi jangan banding diri dengan orang lain. Rileks, jangan stress. Akar atau basic dia berbeza dengan kita.
5. Buat solat istikharah setiap hari supaya hari-hari kita dipimpin oleh Allah.
6. Orang yang berjaya buat sesuatu sampai habis.
7. Pakai macam kita ni orang kaya. Pakai pakaian koyak (contoh : jeans bertampal-tampal), pakaian tak tutup aurat, seolah-olah kita tak hargai rezeki yang Allah bagi.
8. Upgrade kereta - menandakan kita bersyukur.
9. Hisap rokok - tambah kotoran kolam jiwa.
10. Minta orang yang dah berjaya doakan kita - leveraging.
11. Begin with the ends in mind.




Siti Nor Kamilah
013-924 3387

Tuesday 1 July 2014

Sebelum Berhenti Kerja - Tips Daripada Raja Kamil

Ramai juga yang search pasal berhenti kerja dan terjumpa blog saya ni :)

Jadi saya kongsikan lagi tips sebelum berhenti kerja dari pakar internet marketing iaitu Raja Kamil. (eh sama la pulak nama hehe)

Sumber : FB Raja Kamil

Berhenti kerja untuk berniaga.

Sebelum anda boleh berlagak dengan kawan anda, "aku dah pecat bos aku", pastikan anda baca (dan share) post ini.

Saya dapat beberapa email, yang beritahu, dia berhenti kerja untuk berniaga. Tapi perniagaan tak berjaya, dan dia tidak mudah dapat kerja kerana umur sudah lanjut.
Sebelum anda teruskan membaca, saya ingin beritahu terus terang, bahawa, saya tidak pernah bekerja dengan mana-mana majikan kecuali 2 kali. Ketika tunggu keputusan SPM dan ketika praktikal Uni.
Nasihat saya ini, berdasarkan pengalaman orang lain, dan petikan daripada mentor.

Baiklah. Ini langkah-langkah yang anda perlu ambil sebelum berhenti kerja.

1. Pastikan simpanan anda = 12 bulan gaji. 

(ada yang kata 6 bulan, ada yang kata 24 bulan. Saya syorkan tengah-tengah). Tujuannya ialah, jika perniagaan anda tidak menjadi, anda mempunyai buffer sementara dapat kerja baru.

2. Jangan berhenti kerja dulu, baru buat bisnes. Tapi, buat bisnes semasa sedang kerja. 

Jadi, apabila anda berhenti kerja nanti, anda hanya teruskan apa yang anda telah buat.

3. Sebelum berhenti, ambil cuti dulu.

Mula-mula, ambil cuti dengan gaji. Then ambil cuti tanpa gaji yang panjang. Pendek kata, sebelum berhenti, cuti dulu. Lepas cuti, tengok bagaimana perkembangan bisnes. Time kita full time bagaimana, time kita part time bagaimana.

Terkadang, ada bisnes yang bila fulltime, makin melingkup pun ada. hehe. Ada yang tiada perubahan.
Lagi bagus, bila bisnes full time, ia jadi lagi maju.

4. Buang emosi ketika ingin ambil keputusan. 

Terkadang, kita terlalu emosional. Hati terlalu tisu. Ye lah, kepala dah mula fikir nak berhenti kerja nak buat bisnes.

Bila bos herdik sikit, dah merajuk. Bila kawan ngumpat sikit, dah jauh hati.
Betul, ia menambahkan perasaan nak berhenti kerja.
Tapi ingat, apa sebenarnya anda nak. 
Anda nak berhenti kerja ke, atau anda nak buat bisnes full time?
Kalau nak berhenti kerja, tak perlu ikut guide ni. Buang masa je.
Tapi, kalau nak buat bisnes full time, jangan main-main. Rancang betul-betul.

5. Cari mentor. 

Sebelum berhenti, pastikan anda mempunyai mentor untuk bisnes anda. 

Bila ada mentor, bisnes kita lebih fokus. Takdelah kejap buat sana, kejap buat sini.
Kejap buka kedai, kejap tutup kedai.

6. Niat berhenti kerja, kena luruskan. 

Berhenti kerja, bukan kerana nak berlagak. Tapi, ingin mengubah kehidupan, daripada baik kepada yang lebih baik.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jadi cuba check diri anda. Jika melepasi kriteria di atas, well done! Jika belum, ambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk merealisasikan cita-cita dan impian anda.

WAHM-to-be,
Siti Nor Kamilah
013-924 3387