Monday 30 June 2014

Intensif Magnet Kejayaan dan Kekayaan (IMKK) 12-15 Jun 2014 di MIECC, The Mines - DAY 2

1. Kunci marketing untuk apa-apa bisnes pun ialah SPEED (service cepat).
2. Ramai boleh kaya sorang-sorang tapi berapa ramai yang boleh bantu orang lain jadi kaya.
3. Jadi champion dalam hidup kita sendiri, bukan untuk orang lain.
4. The biggest root in the world is root of improvement.
5. Siapa guru kita akan banyak mempengaruhi diri kita.
6. Switch off tv you will turn on the life.
7. How you do anything is how you do everything.
8. Do it first. Try adjust.
9. Success is ugly (at first).
10. Orang gila buat benda yang sama dan harap hasil yang berbeza.
11. Orang yang suka hadir seminar ialah orang yang kaya dan berjaya.
12. Kita akan jadi kaya bila bantu orang selesaikan masalah atau menyumbang atau buat orang gembira dengan apa yang kita boleh bantu.
13. Bila ditimpa musibah, anggaplah ia sebagai peluang untuk kita berubah.
14.Orang yang dapat mudahkan kita untuk capai impian - ibu. Perjalanan kita untuk mencapai sesuatu terhalang sebab perhubungan kita dengan orang-orang lain terutamanya ibu.




Siti Nor Kamilah
013-924 3387

Sunday 29 June 2014

Tips Berhenti Merokok Dengan Cepat

Saya pasti ramai yang tercari-cari cara untuk berhenti merokok dengan berkesan dan mudah. Tanpa rokok elektrik. Tanpa terapi penggantian nikotin. Tanpa pil. Tanpa sebarang alat pengganti rokok. Apa yang diperlukan hanyalah sekeping tiket. Sekeping tiket? Biar betul. Ya. Saya tak bergurau. 

Saya saksikan sendiri. Tips untuk berhenti merokok dengan cepat yang saya ingin kongsikan ini ialah dengan beli tiket untuk ke IMKK. Itu sahaja pelaburan yang anda perlukan. Kalau anda sendiri yang nak berhenti merokok, andalah yang harus pergi. Kalau anda nak suami, ayah, abang atau adik anda berhenti merokok, maka anda harus belikan tiket untuk mereka. 

Dan pastikan mereka menghadiri seminar 4 hari 3 malam tersebut tanpa skip. Masih tak percaya? Tak cuba tak tahu. Pergilah dan anda saksikan sendiri 'magic' tersebut. 


Bahan berbahaya yang terdapat dalam sebatang rokok

Selain itu, untuk membantu mengatasi ketagihan merokok, boleh cuba Vivix seperti dalam entry saya yang terdahulu:


Juga boleh lihat testimoni ini.


Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya from iReach HD on Vimeo.

Sekian pesanan khidmat masyarakat daripada saya :)

Kamilah Mustapa
013-924 3387

Thursday 26 June 2014

Intensif Magnet Kejayaan dan Kekayaan (IMKK) 12-15 Jun 2014 di MIECC, The Mines - DAY 1

Di sini saya kongsikan isi-isi penting yang saya dapat pada hari pertama Intensif Magnet Kejayaan dan Kekayaan (IMKK) 12-15 Jun 2014 di MIECC, The Mines tempoh hari. Sangat banyak sebenarnya tapi ni je yang termampu saya kongsi.

1. Orang yang berjaya mereka mulakan sesuatu dan lakukannya sehingga habis.
2. Bila kita nak dapat sesuatu dengan susah payah, kita akan lebih menghargainya.
3. Berkat maknanya ada sikit macam banyak, ada banyak macam banyak.
4. Waktu hujan lebat - submit doa.
5. Dekati orang yang mempunyai impian macam kita untuk berjaya. Jauhi mereka yang negatif.
6. Elakkan guna perkataan 'mudah-mudahan', 'akan' untuk impian kita. Gunakan 'saya dah dapat', 'saya ada'. Sebagai contoh : 'Alhamdulillah pada 15 Jun 2015 saya ada rumah bernilai 2 juta'
7. Duit tak boleh beli cinta tapi kita boleh beli sesuatu untuk orang yang kita cintai dengan duit. Lagi banyak duit, lagi banyak pilihan.
8. Massive action massive result, small action no resut.
9. Kalau kita rasa apa yang kita minta tu banyak, bermakna kita rasa Tuhan tu Tak Kaya. Allah mengikut sangkaan hamba-Nya.

Enjoy this video! Saya suka tengok. Hampir tiap hari tengok :)




Pengedar Shaklee Anda
Siti Nor Kamilah
Call/SMS/Whatsapp 013-924 3387

Wednesday 25 June 2014

Intensif Magnet Kejayaan dan Kekayaan (IMKK) 12-15 Jun 2014 di MIECC, The Mines

Lamanya blog tak ber'update'. Bila penyakit 'm' menguasai diri macam tulah hehe. Banyak sebenarnya yang saya nak kongsikan mengenai seminar Dr Azizan Osman yang saya hadiri pada 12-15 Jun 2014 yang lepas iaitu Intensif Magnet Kejayaan dan Kekayaan (IMKK).

Dah lama dengar pasal IMKK ni dan semuanya memberikan ulasan yang superb belaka. Teringin sangat nak pergi. Kalau bab-bab seminar ni memang saya suka hihi. Tapi disebabkan melihatkan harga tiketnya yang agak mahal itu (4 angka), saya simpan je hasrat tersebut. (Eh silap. Sepatutnya tulis harga yang sangat murah - like Dr Azizan says)

Rupa-rupanya tiketnya takla semahal mana jika kita tahu kat mana nak cari yang murah. Lepas pergi IMKK ni baru saya tahu sistemnya. Rezeki. Tiba-tiba adik saya tanya nak pergi tak IMKK? Dia sponsor. Saya pun apa lagi. Macam orang mengantuk disorongkan bantal. Mesti la nak. Tapi tiba-tiba terfikir. Mahal kan tiket tu. Takpe ke sponsor? Rupa-rupanya, dia dapat tiket yang sangat-sangat murah. Jadi apalagi, lepas dapat kebenaran suami, proceed je la :)

Perasaan masa tu - happy bukan kepalang. Yelah, tak sangka pun berpeluang pergi. Dalam masa yang sama, berdebar-debar sebab inilah kali pertama saya join seminar Dr Azizan yang mengambil masa agak lama iaitu 4 hari 3 malam. Sebelum ni, pernah pergi seminar Dr yang free je. Dan pernah sekali je yang berbayar iaitu Dunia Pelaburan 2013. 

Tak banyak gambar yang saya sempat snap. Ada juga yang saya ambil dari FB Alumni atau Bakal Alumni Program Dr. Azizan Osman.  

Jalan masuk ke The Mines Resort City. First time sampai di sini.


Finally i'm here!


Booth jualan buku.

Beratur siap-siap untuk masuk dewan. They are so excited!

Pandangan dari belakang dewan yang memuatkan seramai 8,000 peserta.



Tempat untuk meluahkan pandangan mengenai IMKK ni .Ada yang negatif.  Tapi banyak yang positif.


Antara feedback positif yang mencuit hati saya. Semangat!


Ramainya! Macam semut.

Dr Azizan in action.


Pandangan dari atas pentas. Best kalau boleh duduk kat depan. InsyaAllah target next year.



Penuh kerusi. Takde yang kosong. 


Yang ni pula bukan Azizan, tapi Aisyah hihi (my niece).

Bagi yang teringin nak menyertai IMKK ni, anda boleh join pada bulan Oktober ini. Boleh layari laman web ini - IMKK2014.

InsyaALLAH, jika berkesempatan saya kongsikan serba sedikit ilmu yang saya perolehi sepanjang IMKK tresebut dalam entry yang lain.

Siti Nor Kamilah
013-924 3387




Wednesday 11 June 2014

Seminar Lagi

Alhamdulillah dah sampai pun Kuala Lumpur setelah lebih 5 jam travel dari Kuala Terengganu. Rasa macam mimpi pula dapat pergi program ni. Esok bermula. InsyaAllah.

Tak sangka langsung. Sebelum ni selalu baca pengalaman orang pasal program ni. Macam sangat-sangat best tapi tak terfikir pun saya dapat join sebab yurannya yang sangat mahal bagi saya.

Sekarang saya sedang menuju ke tempat berlangsungnya program tersebut untuk pendaftaran. InsyaAllah akan menghabiskan masa 4 hari berprogram di sini.

Buat pertama kalinya saya tak perlu pening-pening fikir untuk apply cuti. Kalau ikutkan, 3 hari jugak tu kena ambil cuti. Tapi since saya sedang bercuti, ia bukan masalah lagi. It's wonderful.

Oh tak lupa juga. Am so happy sebab berjaya update blog dengan handphone je. Sebelum ni, bukanlah saya tak tahu boleh update blog dengan handphone je, tapi sangat susah nak buat.Macam-macam alasan.

Nak tahu program apa saya join? Stay tune for the update :)

imkk jun 2014

Siti Nor Kamilah
Shaklee Independent Distributor
013-924 3387

Friday 23 May 2014

Doa Tambah Susu Ibu 2



doa tambah susu, doa banyakkan susu


Cara mengamalkannya :
Letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak aku supaya aku mampu keluarkan susu yang cukup pada anak aku sehingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun. InsyaAllah.

Kredit : resepirahsiaku.com

Doa Tambah Susu Ibu 1





Wednesday 21 May 2014

FAQ : Tarikh Luput Vitamin

Tarikh luput vitamin sama dengan tarikh luput makanan? Dulu, saya pun fikir macam tu. Tapi rupanya tidak. Tarikh luput vitamin tidak sama dengan tarikh luput vitamin. Tarikh luput makanan bertujuan untuk melindungi kita daripada makan makanan yang telah rosak. 

Manakala tarikh luput vitamin pula ialah bila potensi vitamin telah berkurang dan tidak boleh dijual lagi. Walaubagaimanapun, tidak seperti makanan, vitamin yang teleh melebihi tarikh luput masih boleh dimakan dengan selamat. 

Malahan, vitamin yang belum dibuka boleh dimakan dalam tempoh setahun dari tarikh luput. Ini adalah kerana pil vitamin adalah stabil. 

Tetapi ia bergantung kepada tempat vitamin itu disimpan. Potensi vitamin boleh berkurang jika terdedah kepada pancaran cahaya matahari, haba dan udara. Seelok-eloknya vitamin disimpan di tempat kering, sejuk serta jauh daripada cahaya matahari. 

Kredit : vitaminsemulajadi.com

Siti Nor Kamilah
ID Shaklee : 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387

Friday 16 May 2014

24 Kelebihan Susu Ibu

1. Susu ibu mengandungi kesemua nutrisi yang diperlukan oleh bayi 4 hingga 6 bulan pertama.

2. Susu ibu mengandungi protein dan lemak yang memenuhi keperluan semulajadi bayi. 
3. Laktosa dalam susu ibu lebih banyak berbanding susu-susu lain, dan inilah yang diperlukan oleh bayi.
4. Vitamin mencukupi terkandung dalam susu ibu. Tiada vitamin berlebihan atau jus buah-buahan yang tidak diperlukan oleh bayi.
5. Zat besi yang mencukupi terdapat dalam susu ibu. Walaupun kadarnya tidak begitu tinggi, bayi mampu menyerap amaun yang diperlukan dengan baik. 
6. Susu ibu mengandungi jumlah air yang mencukupi walaupun tinggal di kawasan yang beriklim panas dan kering.
7. Susu ibu mengandungi garam, kalsium dan fosfat yang mencukupi untuk bayi.
8. Susu ibu mengandungi enzim lipase yang berfungsi mercerna lemak. 
9. Bayi susu ibu tidak mudah dijangkiti penyakit kerana sistem imun yang tinggi berbanding bayi yang tidak mendapat susu ibu. 
10. Susu ibu merupakan pelindung yang paling penting daripada kematian bayi yang berpunca daripada  diarrhetic illnesses dan jangkitan salur pernafasan.
11. Susu ibu mencegah penyakit yang berkaitan dengan alergi seperti asma, ekzema dan sebagainya. Ia juga mencegah beberapa jenis penyakit ketika anak itu berusia belasan tahun dan ke atas.

12. Diabetes dan masalah pencernaan jarang berlaku pada bayi susu ibu.
13. Penyusuan susu ibu membantu bayi yang sakit sembuh lebih cepat.

14. Susu ibu mudah dan lebih cepat dicerna. Bayi lebih cepat lapar berbanding jika diberi susu lain selain susu ibu.

15. Susu ibu dah tersedia dan tidak perlu dibancuh.
16. Susu ibu tidak akan rosak atau masam walaupun bayi tidak menyusu selama berhari-hari.

17. Regular feeding, and feeding when the child desires it, prevents conception.
18. Susu ibu tidak memerlukan sebarang perbelanjaan.
19. Bayi yang diberi susu ibu lebih cepat perkembangannya dalam melihat, bercakap dan berjalan. 
20. Hisapan oleh bayi sejurus selepas melahirkan menghasilkan oksitosin yang menyebabkan pengecutan rahim dan seterusnya mengurangkan pendarahan pada ibu.
21. Ibu yang menyusukan tidak mudah mendapat kanser payudara atau kanser ovari.

22. Ibu yang menyusukan lebih mudah mendapat berat badan asal sebelum mengandung.
23. Susu ibu berubah mengikut keperluan harian bayi. Sebagai contoh, susu ibu bagi bayi yang dilahirkan pramatang berbeza dengan susu ibu bagi bayi yang dilahirkan cukup bulan. Subhanallah! Isn't it amazing?

24. Bayi yang diberi susu ibu lebih bijak dan ia dapat dilihat seawal sebaik sahaja dilahirkan. Kajian menunjukkan bayi susu ibu lebih banyak melakukan pergerakan dan menunjukkan tindak balas berbanding bayi lain. 

Rujukan : www.al-islam.org

SMS/Whatsapp 013-924 3387 jika mempunyai sebarang pertanyaan tentang set menyusu Shaklee.

Siti Nor Kamilah
ID 885322

Apa Yang Best Tentang Pencuci Pinggan Mangkuk Shaklee?

Mungkin ramai yang tak tahu bahawa Shaklee ada produk pencuci untuk rumah, termasuklah pencuci pinggan mangkuk. Saya cerewet sikit pasal pencuci pinggan mangkuk ni. Seboleh-bolehnya saya cari yang tidak meragukan. In other words : halal.

Salah satu pilihannya ialah produk buatan Muslim. Dulu bila ada stokis HPA senang la sikit nak beli. Sekarang dah takde kat sini. Jadi saya terpaksa switch ke jenama lain. Jadi saya guna la pencuci pinggan Shaklee.

Alkisahnya, bila dah habis dan saya pula tak simpan stok. Jadi terpaksalah saya beli kat kedai berdekatan je. Kalau tak, nak basuh dengan apa pinggan yang bertimbun tu?

Bila kat kedai susahnya nak pilih. Yang ada tanda halal lagila takde kan. Pencuci pinggan mangkuk pun kena ada tanda halal ke? Bukan macam tu, saya memilih untuk berhati-hati dalam hal ni. 

Seperti yang selalu diberitahu, kalau tak sure halal atau tak, baik tinggalkan je. Jadi pilih punya pilih saya ambil la satu jenama ni yang tak biasa saya guna. Harganya murah je. RM 4.20. Sebab tu saya pilih.

Bila mencuci pinggan tu baru saya tahu. Rupanya yang baru ni tak berapa berkesan. Bubuh banyak-banyak pun masih tak hilang kotoran minyak tu. Masih melekit. 

Masa ni terbayang-bayang guna pencuci pinggan Shaklee dulu. Sangat jauh beza. Ia pekat dan memang mudah menanggalkan kesan minyak. 

Kalau untuk kotoran biasa, satu titik dah memadai untuk pinggan mangkuk yang banyak. Dah jadi macam ni baru saya tahu ke'best'an pencuci pinggan Shaklee. Takpe, dah habis yang ni nanti confirm saya tak pilih yang lain dah. 

Saya mesti pilih Shaklee! Hehe.

Untuk bacaan lanjut tentang pencuci pinggan Shaklee ni boleh klik sini.

SMS/Whatsapp 013-924 3387 untuk order dan pertanyaan. 

Siti Nor Kamilah
ID 885322