Monday 3 February 2014

Jerawat Susah Nak Hilang? Set Jerawat Shaklee Boleh Membantu

Lamanya blog tak ber'update'. Maaf ye. Jika ada yang ternanti-nanti entry baru daripada blog ni. Tuan rumah sedikit sibuk dengan urusan pindah rumah. (Bajet macam famous blogger hehe. Takpe. Fake it until you make it)

Hari ini kita bercerita tentang alfalfa. Alfalfa ni sebenarnya banyak sangat manfaatnya. Malah ia terkenal sejak zaman dahulu lagi. Tapi dalam entry kali ini saya nak fokus kepada manfaat alfalfa untuk masalah jerawat. 

Bercakap pasal jerawat, rasanya semua orang tension jika ada masalah ini terutamanya jika jerawat tersebut tumbuh dengan banyak, besar-besar pulak tu dan lebih-lebih lagi jika ianya adalah jerawat batu. Pakai mekap tebal-tebal pun tak dapat nak sembunyikan jerawat tu. Ok. Jangan tension tension dulu. Baca entry ni sampai habis. 

Antara faktor berlakunya jerawat ialah hormon yang tidak stabil, stress dan pemakanan. Jadi sebenarnya masalah jerawat ini harus dirawat dari dalam, bukannya secara luaran sahaja dengan memakai krim jerawat dan lain-lain lagi. 

Jika anda merasakan produk yang anda guna tidak berkesan, mungkin anda perlu pertimbangkan faktor ini iaitu detoks. Detoks penting untuk mengeluarkan segala toksin dalam tubuh. Jika tidak melakukan detoks terlebih dahulu, masalah jerawat sukar untuk diatasi. 




Jadi untuk masalah jerawat, cadangan suplemen yang sesuai ialah alfalfa, vitamin c, vitamin e dan b kompleks. Fungsi alfalfa dah pun saya terangkan seperti di atas. Manakala fungsi vitamin lain akan saya terangkan dalam entry yang lain. Oklah itu sahaja untuk kali ini. Nanti saya bercerita lebih lanjut tentang set jerawat Shaklee ni. Untuk sebarang pertanyaan sms/call 013-924 3387.





Cara Jadi Ahli Shaklee

Bagaimana nak mendaftar sebagai ahli atau pengedar Shaklee?

Anda boleh mendaftar dengan dua cara :
  1. Membayar yuran pendaftaran sebanyak RM 75.00 (termasuk pos). 
  2. Jadi ahli Shaklee secara percuma dengan membuat pembelian produk sebanyak 200 points (kira-kira RM 650.00). Boleh kumpul order daripada rakan-rakan, ahli keluarga dan lain-lain untuk cukupkan jumlah tersebut. 
Anda cuma perlu menghubungi saya (saya akan uruskan pendaftaran) atau pergi sendiri ke branch Shaklee di seluruh Malaysia dan mendaftar menggunakan ID saya (boleh sms 013-924 3387 untuk medapatkan no id saya) sebagai sponsor/upline anda.


Yuran keahlian Shaklee

Yuran pendaftaran ialah sebanyak RM 65.00 (sekiranya anda pergi sendiri ke branch untuk ambil member kit) dan tambahan RM 10.00 untuk pos member kit sekiranya anda mahu kit tersebut dipos kepada anda, atau dihantar melalui saya. Jumlahnya ialah RM 75.00 (jika anda tidak pergi ambil sendiri member kit di branch).


Tak perlu kekalkan point dalam Shaklee

Jika ambil Shaklee untuk kegunaan sendiri, tak perlu maintain points atau membuat pembelian tertentu untuk kekal sebagai ahli. Melainkan anda mahu memulakan perniagaan dengan Shaklee, anda perlu maintain points tertentu. Tapi kalau cuma untuk kegunaan sendiri atau saudara-mara, tak perlu risau nak maintain atau buat minimum purchase setiap bulan. 


Tak wajib membuat pembelian setiap bulan untuk maintain keahlian?

Benar, tak perlu maintain point atau ada pembelian. Keahlian anda hanya akan luput sekiranya tidak membuat pembelian dalam masa 2 tahun. 


Apa yang diperlukan sekiranya saya nak daftar sendiri di branch?  

Anda perlukan sponsor iaitu ahli berdaftar dengan Shaklee. Sila gunakan ID saya (sms 013-924 3387 untuk mendapatkan no id) sekiranya anda berhasrat untuk bersama-sama dengan saya dalam bisnes Shaklee sama ada untuk kegunaan sendiri atau untuk jana pendapatan sampingan. 


Apa kelebihan jadi ahli Shaklee?

Anda dapat membuat pembelian dengah harga ahli. Senarai haga ahli akan diberi dalam member kit setelah anda mendaftar kelak. Setiap pembelian, anda akan diberi points yang ditukar kepada cash setiap bulan. Dengan menjadi ahli di bawah group kami, anda boleh memulakan perniagaan Shaklee anda sendiri di bawah bimbingan team kami.


Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan berhubung keahlian Shaklee, boleh ajukan soalan kepada saya. Boleh sms/call 013-924 3387. Saya sedia membantu :)


Thursday 30 January 2014

Luka Jahitan Bersalin Terbuka? Cegah Sebelum Terlambat

Pengalaman mengandung dan melahirkan anak merupakan saat yang paling dinantikan oleh seorang ibu. Memang teruja untuk menyambut kedatangan cahaya mata, lebih-lebih lagi mereka yang hamil buat pertama kali. 

Namun di sebalik keterujaan tersebut, ramai yang berasa takut untuk melahirkan, setelah mendengar pelbagai cerita yang kurang enak didengar. Contohnya proses bersalin yang menyakitkan, layanan daripada pihak hospital yang kurang memuaskan dan macam-macam lagi. 

Macam tulah juga perasaan saya semasa mengandungkan anak yang pertama. Bercampur baur. Excited! Dan dalam masa yang sama, takut! Macam-macam cerita didengar daripada rakan sekerja yang rata-ratanya boleh dipanggil 'makcik'. 

Yang tak bestnya, banyak yang negatif daripada yang positif. Sedikit sebanyak rasa takut itu menguasai diri saya, melebihi rasa 'excited' (ni yang tak best ni). Rasa macam tak nak bersalin pun ada (boleh gitu?).

Dalam masa yang sama saya banyak layari blog tentang kehamilan dan saya dapati ia sangat membantu 'first-time mother' seperti saya. Alhamdulillah. Sedikit demi sedikit saya dapat atasi ketakutan saya tersebut. 

Saya juga ada mengaplikasikan kaedah Law of Attraction untuk proses bersalin tersebut (tak dapat nak kongsikan gambar buku tersebut. Kalau jumpa nanti saya tampal di sini). Walaupun tak semuanya sama seperti yang saya gambarkan, ia membantu saya melalui proses bersalin dengan lebih baik.

Oh panjang pulak 'intro'nya. Sebenarnya topik perbincangan kita pada hari ini ialah tentang luka jahitan bersalin terbuka. Luka jahitan bersalin di sini dimaksudkan dengan kelahiran secara normal iaitu luka episiotomi. Pernah alami tak perkara macam ni (luka jahitan terbuka)? 

Bagi mereka yang pernah mengalaminya pasti tidak dapat melupakan peristiwa tersebut. Ngeri. Fobia. Serik. Semua ada. Bagi yang mengalami luka jahitan bersalin terbuka tapi tidak perlu dijahit semula, memang tiada masalah. Tapi bagi mereka yang terpaksa dijahit luka buat kali kedua, ramai yang mengatakan rasanya seperti bersalin dua kali. Mana tak ngeri.


Sebenarnya, luka jahitan bersalin terbuka merupakan perkara yang biasa berlaku. Mari kita lihat faktor-faktornya : 

Jahitan terbuka disebabkan oleh beberapa perkara. Antara penyebabnya ialah benang yang digunakan kerana ada benang yang cepat menyerap iaitu sebelum kulit bercantum kembali. Selain itu, bergantung juga pada jenis tisu pada kawasan luka tersebut. Ada orang yang tisunya terlalu nipis dan mudah terkoyak. Mereka ini memang berisiko untuk luka terbuka kembali selepas dijahit. Satu lagi perkara yang turut menyebabkan jahitan terbuka ialah cara jahitan. Sekiranya jahitan terlalu ketat, masalah boleh timbul. - Majalah Pa & Ma, Oktober 2012

Tujuan saya berkongsi tentang masalah ini bukanlah bertujuan untuk menakut-nakutkan pembaca semua. Saya cuma ingin berkongsi masalah yang mungkin berlaku selepas bersalin. Macam-macam versi saya dengar. Ada yang mengatakan jika prosedur menjahit jahitan yang terbuka tersebut dilakukan di hospital kerajaan, ia dilakukan tanpa bius. 

Yang kena bius  pun dah rasa sakit yang amat, kalau tak bius, tak dapat saya gambarkan keadaannya. Sebab itulah saya ingin berkongsi testimoni pengguna ini yang mengalami luka bersalin yang lambat sembuh sehingga menyebabkan ianya berkemungkinan perlu dijahit semula. 



Dengan pengambilan set bersalin Shaklee yang mengandungi Vitamin C dan Zink, insya Allah ia membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan sekaligus mengelak daripada risiko jahitan terbuka. Namun begitu, saya tidaklah memberi jaminan 100 % masalah jahitan terbuka tidak akan berlaku jika mengambil set bersalin Shaklee. Apa yang boleh kita lakukan cuma sebagai precautions atau langkah berjaga-jaga. 





Jom lihat testimoni dari pengguna yang sangat berpuas hati dengan Set Pantang Shaklee :




Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.


Selamat melalui tempoh kehamilan yang menyenangkan buat semua bakal ibu di luar sana. Saya doakan semuanya baik-baik aje. 




*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.