Thursday 10 October 2013

Tentang Ibadah Qurban

Panggilan haji telah tiba lagi..

Semasa jalan-jalan blogwalking saya terbaca satu entry di denaihati.com tentang qurban yang amat menyentuh hati saya. Tentang orang yang susah atau boleh dikatakan miskin pun simpan duit untuk buat qurban. Qurban juga merupakan salah satu kunci rezeki. Satu perkara yang saya terlepas pandang atau tidak tahu sebelum ni. Memang belum pernah sekali pun saya buat qurban sepanjang saya hidup ni.

Banyak sebenarnya soalan tentang ibadah qurban yang menjadi tanda tanya. Jadi saya kongsikan di sini untuk pembaca semua. 

1. Apa itu Qurban? 
Qurban ialah penyembelihan binatang yang dilakukan pada hari raya Aidiladha iaitu 10 zulhijjah (selepas solat) dan pada hari tasyrik berikutnya iaitu 11,12,13 zulhijjah.

2. Kenapa kena laksanakan Qurban? 
Qurban hendaklah diniatkan sebagai ibadah kepada allah swt dan tidak boleh atas tujuan lain. Qurban ini mengikut sunnah sebagai menghidupkan syariat nabi ibrahim as yang kemudiannya disyariatkan kepada nabi muhammad saw.
“maka dirikanlah solat kerana tuhanmu dan berkorbanlah.” – surah al kawthar 108:2

3. Siapakah yang perlu melakukan Qurban? 
Setiap orang yang sudah baligh.

4. Hukum Qurban.
Sunat muakad – sunat yang sangat-sangat dituntut. Jika tidak laksanakan amatlah rugi. Rasullah saw bersabda “aku disuruh berkorban dan ia sunat bagi kamu” – riwayatAt tarmizi.

5. Hikmah dan fadhilat Qurban.
- menghidupkan sunnah nabi ibrahim as
- mendekatkan diri kepada allah dan mendidik jiwa ke arah taqwa.
- menghapus dosa & mengharap redho allah
- mengikis sifat tamak & melahirkan sifar murah hati
- memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian sirat di akhirat kelak
Rasullah bersabda “muliakanlah korban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu meniti titian pada hari kiamat.”

6. Dalil yang kuat mengenai Qurban.
Sabda rasullah saw “Tiada dikerjakan oleh anak adam suatu amalan pada hari raya yang lebih digemari allah taala daripada menumpahkan darah iaitu menyembelih korban. Sesungguhnya korban itu akan datang pada hari kiamat dengan tanduknya dan kuku kakinya dan bahawa darah (korban itu) jatuh ia daripada Allah pada suatu tempat dengan kemuliaan sebelum ia jatuh ke bumi. Maka sukakanlah diri kamu dengan korban itu” – riwayat at tarmizi & al hakim.

7. Hari pelaksanaan Qurban.
Pada hari raya aidiladha iaitu 10 zulhijjah dan diikuti dengan hari-hari tasyrik pada 11,12,13 zulhijjah.

8. Boleh ke buat Qurban untuk yang sudah meninggal dunia?
Bukan sunat muakkad lagi hukumnya tetapi harus. Jika qurban itu diwasiatkan maka wajib laksanakan. Jika qurban tersebut untuk ibu bapa yang sudah meninggal juga diterima kerana amalan yang diniatkan oleh anak insha allah sampai pada ibu bapa mereka.

9. Boleh ke buat Qurban untuk anak tanpa memberitahunya?
Ibadah qurban ini dilakukan oleh seseorang untuk dirinya.Maka jika nak buat untuk anak sebaik-baiknya dimaklumkan kepada mereka agar mereka taahu mereka juga berkorban.Dalam masa yang sama kita mengajar mereka untuk melakukan pada masa akan datang.

10. Qurban ini sekali seumur hidup atau tiap-tiap tahun kena buat?
Qurban kalau boleh laksanakan setiap tahun untuk merebut fadhilat yang telah dijanjikan.

11. Boleh ke gunakan duit bantuan untuk membuat Qurban?
Boleh tiada masalah.

12. Ada yang mengatakan jika berhutang maka kena langsaikan hutang  dahulu kemudian baru boleh buat Qurban?
Jika hutang yang berpanjangan seperti bayaran rumah, bayaran kereta maka tidak termasuk dalam kategori hutang yang dimaksudkan. Hutang yang membebankan diri sehingga tidak mampu untuk membeli makanan atau barangan asas hidup maka tidak perlu untuk dia membuat qurban. 

Kredit : ezqurban

Nak buat qurban sendiri memang agak susah, mana nak cari lembu atau kambing lagi. Tiba-tiba teringat tentang ezqurban yang selalu saya dengar kat Ikim.fm. Rujuk kitabul Google, rupanya masih ada peluang lagi jika ingin buat qurban. Sehingga 16 Oktober ini. Harga terendah dari RM 280.00 untuk 1 bahagian lembu dan yang paling mahal RM 1960.00 untuk 1 ekor lembu.



Jadi jika ada yang berminat untuk melakukan qurban dan tak tahu nak cari kat mana, bolehlah layari laman web ezqurban untuk maklumat lanjut. Jangan bimbang, tiada apa-apa yang perlu diragukan dengan ezqurban ni. Selamat berqurban.

p.s : Saya tak dapat komisyen pun, tolong share je. hehe.

Nak cuba vitamin Shaklee? Hubungi : 

Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah


Friday 4 October 2013

Sistem Online Shaklee : 10 Minit Dah Selesai

Bulan Oktober merupakan bulan yang sangat bermakna kerana setelah 3 tahun menunggu, akhirnya sistem online Shaklee berjaya direalisasikan. Jika sebelum ini order dibuat melalui walk-in ke cawangan Shaklee, emel, faks dan melalui telefon, kini ia jauh lebih mudah. As easy as ABC. Dengan sistem online Shaklee : 10 minit dah selesai untuk satu-satu order. Best sangat.

Sebenarnya sistem ini dah bermula pada 2hb Oktober 2013 tapi saya baru berjaya buat order untuk pertama kali pada hari ini. Dah try sebelum ni tapi tak berjaya sebab tak tahu nak isi maklumat untuk pembayaran. Dengan panduan daripada sahabat-sahabat dalam support group Facebook kami akhirnya berjaya juga saya buat order. Alhamdulillah.


 

Apa yang best sangat tentang sistem online Shaklee ni?

  • 100 % online.Yang jauh, yang dekat. Semua boleh buat order. Malah jika berada di luar negara pun, order masih boleh dibuat seperti biasa.
  • Tak perlu lagi call Shaklee untuk membuat pertanyaan tentang UV lebih-lebih lagi masa dekat nak closing (Stress tau bila call tak dapat-dapat ni).
  • Jimat masa dan wang. Apabila guna sistem online ni, dah tak perlu nak call (jimat wang), emel (jimat masa). Tenaga pun boleh jimat.
  • Sebelum ini bonus Shaklee hanya dibayar ke akaun Maybank. Kini mana-mana bank pun boleh. Satu pembaharuan yang sangat memudahkan pengguna-penggunanya.

Secara keseluruhannya, sistem online Shaklee amat mudah dan saya percaya ia bakal melonjakkan lagi sales Shaklee selepas ini. Insya Allah.

Jika anda ingin memulakan bisnes Shaklee, inilah masanya yang paling tepat. Usah berlengah lagi. Come and join us!

Hubungi saya segera :

Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah

Thursday 3 October 2013

Testimoni : Kulit Cantik, Parut Jerawat Hilang

Dah lama tak berkongsi testimoni. Testimoni ini saya ambil daripada blog upline saya www.bigsmilezone.blogspot.com . Masalah jerawat, parut memang tidak dapat dielakkan lebih-lebih lagi di kalangan remaja yang sedang meningkat dewasa. 

Sebelum saya kenal Shaklee, saya fikir masalah ini hanya boleh diselesaikan dengan produk kecantikan seperti krim atau pun dengan mendapatkan rawatan di pusat-pusat kecantikan, macam New York Skin Solutions tu.

Rupanya ada cara yang lebih selamat dan berkesan. Iaitu dengan mengambil suplemen. Kesihatan dan kecantikan dari dalam. Dan tak perlu risau tentang penggunaan bahan kimia yang membahayakan kesihatan seperti yang terdapat dalam kebanyakan produk kosmetik dan kecantikan. Dah ramai yang mengakui keberkesanannya. Jom lihat testimoni tersebut :

*********************************************************************************

Saya nak kongsi testimoni customer saya, Cik Yan yang konsisten dengan pengambilan suplemen SHAKLEE sejak Oktober 2011.

Sebelum ni Cik Yan memang ada masalah jerawat. Walaupun bukan jerawat batu, tapi kesan parut jerawat memang kurang menyenangkan kerana mengambil masa yang lama untuk hilang. Biasanya belum pun hilang parut lama, jerawat baru pula timbul. Kulit pun agak kusam dan tak bermaya.

Dah bermacam jenis produk luaran yang Cik Yan cuba. Ada yang ok dan ada juga yang semakin memburukkan keadaan. Kalau ada yang berkesan pun, tidak berpanjangan.. masalah yang sama akan timbul lagi. Alhamdulillah, terbuka hati Cik Yan nak cuba pulihkan masalah kulitnya dari dalaman dengan mengambil suplemen SHAKLEE.

Bulan pertama, perubahan wajahnya tidak begitu ketara. Tapi bila masuk bulan kedua, kawan-kawan dan ahli keluarga mula menegur wajah Cik Yan semakin berseri - kebanyakan parut dah pudar, dan ada yang hilang!

Produk yang Cik Yan ambil : Vitamin C, Vitamin E, B-Complex dan Alfalfa. Selain itu, dia juga mengamalkan minum air masak secukupnya. 


*******************************************************************************************

Nampak jelas perbezaannya. Produk yang beliau ambil ialah set D (vitamin c, b kompleks dan vitamin e) serta alfalfa. 

Vitamin C ~ memulihkan sel dan membina kolagen.
B kompleks ~ salah satu faktor menyebabkan jerawat berlaku ialah kekurangan vitamin B6.
Vitamin E ~ merupakan anti-oksida yang melindungi sel tubuh daripada radikel bebas dan membantu memulihkan dan mengurangkan kesan parut.



Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.
Alfalfa ~ untuk detoks.


Nak cuba vitamin seperti di atas? Hubungi saya :

Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah