Friday 4 October 2013

Sistem Online Shaklee : 10 Minit Dah Selesai

Bulan Oktober merupakan bulan yang sangat bermakna kerana setelah 3 tahun menunggu, akhirnya sistem online Shaklee berjaya direalisasikan. Jika sebelum ini order dibuat melalui walk-in ke cawangan Shaklee, emel, faks dan melalui telefon, kini ia jauh lebih mudah. As easy as ABC. Dengan sistem online Shaklee : 10 minit dah selesai untuk satu-satu order. Best sangat.

Sebenarnya sistem ini dah bermula pada 2hb Oktober 2013 tapi saya baru berjaya buat order untuk pertama kali pada hari ini. Dah try sebelum ni tapi tak berjaya sebab tak tahu nak isi maklumat untuk pembayaran. Dengan panduan daripada sahabat-sahabat dalam support group Facebook kami akhirnya berjaya juga saya buat order. Alhamdulillah.


 

Apa yang best sangat tentang sistem online Shaklee ni?

  • 100 % online.Yang jauh, yang dekat. Semua boleh buat order. Malah jika berada di luar negara pun, order masih boleh dibuat seperti biasa.
  • Tak perlu lagi call Shaklee untuk membuat pertanyaan tentang UV lebih-lebih lagi masa dekat nak closing (Stress tau bila call tak dapat-dapat ni).
  • Jimat masa dan wang. Apabila guna sistem online ni, dah tak perlu nak call (jimat wang), emel (jimat masa). Tenaga pun boleh jimat.
  • Sebelum ini bonus Shaklee hanya dibayar ke akaun Maybank. Kini mana-mana bank pun boleh. Satu pembaharuan yang sangat memudahkan pengguna-penggunanya.

Secara keseluruhannya, sistem online Shaklee amat mudah dan saya percaya ia bakal melonjakkan lagi sales Shaklee selepas ini. Insya Allah.

Jika anda ingin memulakan bisnes Shaklee, inilah masanya yang paling tepat. Usah berlengah lagi. Come and join us!

Hubungi saya segera :

Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah

Thursday 3 October 2013

Testimoni : Kulit Cantik, Parut Jerawat Hilang

Dah lama tak berkongsi testimoni. Testimoni ini saya ambil daripada blog upline saya www.bigsmilezone.blogspot.com . Masalah jerawat, parut memang tidak dapat dielakkan lebih-lebih lagi di kalangan remaja yang sedang meningkat dewasa. 

Sebelum saya kenal Shaklee, saya fikir masalah ini hanya boleh diselesaikan dengan produk kecantikan seperti krim atau pun dengan mendapatkan rawatan di pusat-pusat kecantikan, macam New York Skin Solutions tu.

Rupanya ada cara yang lebih selamat dan berkesan. Iaitu dengan mengambil suplemen. Kesihatan dan kecantikan dari dalam. Dan tak perlu risau tentang penggunaan bahan kimia yang membahayakan kesihatan seperti yang terdapat dalam kebanyakan produk kosmetik dan kecantikan. Dah ramai yang mengakui keberkesanannya. Jom lihat testimoni tersebut :

*********************************************************************************

Saya nak kongsi testimoni customer saya, Cik Yan yang konsisten dengan pengambilan suplemen SHAKLEE sejak Oktober 2011.

Sebelum ni Cik Yan memang ada masalah jerawat. Walaupun bukan jerawat batu, tapi kesan parut jerawat memang kurang menyenangkan kerana mengambil masa yang lama untuk hilang. Biasanya belum pun hilang parut lama, jerawat baru pula timbul. Kulit pun agak kusam dan tak bermaya.

Dah bermacam jenis produk luaran yang Cik Yan cuba. Ada yang ok dan ada juga yang semakin memburukkan keadaan. Kalau ada yang berkesan pun, tidak berpanjangan.. masalah yang sama akan timbul lagi. Alhamdulillah, terbuka hati Cik Yan nak cuba pulihkan masalah kulitnya dari dalaman dengan mengambil suplemen SHAKLEE.

Bulan pertama, perubahan wajahnya tidak begitu ketara. Tapi bila masuk bulan kedua, kawan-kawan dan ahli keluarga mula menegur wajah Cik Yan semakin berseri - kebanyakan parut dah pudar, dan ada yang hilang!

Produk yang Cik Yan ambil : Vitamin C, Vitamin E, B-Complex dan Alfalfa. Selain itu, dia juga mengamalkan minum air masak secukupnya. 


*******************************************************************************************

Nampak jelas perbezaannya. Produk yang beliau ambil ialah set D (vitamin c, b kompleks dan vitamin e) serta alfalfa. 

Vitamin C ~ memulihkan sel dan membina kolagen.
B kompleks ~ salah satu faktor menyebabkan jerawat berlaku ialah kekurangan vitamin B6.
Vitamin E ~ merupakan anti-oksida yang melindungi sel tubuh daripada radikel bebas dan membantu memulihkan dan mengurangkan kesan parut.



Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.
Alfalfa ~ untuk detoks.


Nak cuba vitamin seperti di atas? Hubungi saya :

Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah

Monday 30 September 2013

Motivasi : Magic Session Pantai Timur Group Jutawan Shaklee

Pada hari Sabtu yang lepas, 7.9.2013 saya telah menghadiri Magic Session Jutawan Shaklee Pantai Timur bertempat di Residence Resort Paka, Terengganu yang julung-julung kali diadakan. Ia bolehlah diibaratkan sebagai seminar motivasi untuk pengedar-pengedar Shaklee di bawah Group Jutawan. Kenapa ia begitu istimewa? Kerana buat pertama kalinya ia diadakan secara besar-besaran dengan kehadiran 8 orang Master Coordinator.      

Imej Google
  
Bagi anda yang belum tahu, Master Coordinator merupakan pangkat tertinggi dalam Shaklee. Dan pendapatan minimum seorang Master Coordinator ialah RM 30,000.00 sebulan. Banyak kan? Mungkin bagi sesetengah orang tak banyak. Tapi bagi saya yang berpendapatan 4 angka sahaja ni, jumlah tersebut sangat-sangatlah banyak. 

Magic Session ini diadakan mengikut zon. Sebelum ini ia telah dibuat di Utara. Selanjutnya ia akan diadakan di Miri untuk orang Sabah dan Sarawak. Sebelum ini seminar seumpama ini dikendalikan oleh Presidential Master Cery iaitu pengasas Group Jutawan sendiri. Tapi kali ini Master-master lain pula yang mengambil alih. PM Cery hanya sebagai 'pemerhati'. Maklumlah Group Jutawan kini dah semakin berkembang dengan keahlian kira-kira 8,000 orang. 

Tak banyak yang boleh saya ceritakan. Jom tengok gambar je la ye!

Penuh dewan - orang Pantai Timur yang bersemangat!

Barisan Master Shaklee (dari kiri) : Presidential Master Cery, Master Farihah, Master Ruziah, Master Iffah, Master Farah Wahida, Master Zura, Master Wan Muliani dan Master Nur Zahirah
 
Sesi penutup - potong kek

Cupcake epal
 
Master Iffah - suka dengar dia bercakap

Master-master yang sempoi. Family-friendly Shaklee event. Depan stage ni, bukan belakang.

Last but not least, Presidential Master Cery yang dikagumi

Nak join Group Jutawan Shaklee under PM Cery? Hubungi saya :


Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah

Success Story : Kisah Master Zura

Hari ini saya nak kongsi kisah Master Shaklee yang menjadi motivasi buat saya. Agak panjang tapi sangat menarik untuk dibaca. Bisnes Shaklee ni bukan sekadar bisnes. Ia lebih daripada itu. Keywordnya ialah 'sharing and helping others'.

Dari Distributor Menjadi Master ~ Dari Biasa Menjadi Luar Biasa

Terdetik hati ingin berkongsi sedikit kisah perjalanan saya bersama SHAKLEE selama hampir 13 bulan. Jalan cerita yang mungkin agak panjang.. :) Ermm pada mulanya saya memang anti dengan SHAKLEE memang tak suka laa. Sebab bagi saya semua MLM sama. Suami saya join SHAKLEE dari tahun 2002. Tapi sebiji pun supplemen SHAKLEE tak pernah masuk dalam mulut saya. Sehinggalah lahir putera ketiga kami. Entah bagaimana saya tergerak untuk mencari “sesuatu” untuk badan dan kesihatan saya. 

Memula search jumpa Shaklee search lagi jumpa shaklee.. Stress jugak. Tapi entah camne digerakkan hati untuk mencuba. Blog pertama yang saya jumpa Blog Master Nur Laila. Saya message kat fon dia. Saya tanya supplemen apa yang perlu saya ambil. Tapi masa tu saya bagi tahu dia saya nak beli guna ID suami saya sebab suami saya member. Mungkin jodoh kami. Dia tak reject saya, dia advice and saya pun mula laa consume. 

Bila mula consume saya rasakan perubahan yang lebih positif. So saya pun mula share dengan kawan-kawan terdekat. Bila orang tanya saya, saya tanya kak laila. Dia terus menjawab setiap persoalan saya. Ade kalanya saya bagi customer kat dia, memula saya tanya berapa komisyen akak nak bagi kalau saya carikan akak customer. Hahahaa.. x terniat pun sebenarnya saje kacau dia. Then dia ajak saya join group dia. Mulanya saya berbelah bahagi sebab hubby pun dah ade ID sendiri. Tapi tu kisah lain. Tak perlulah saya ceritakan di sini. 

Oleh kerana cuba untuk berlaku adil dengan Kak Laila. Saya pun setuju untuk join member. Tapi saya bagi tahu dia, kak saya join tapi saya belum nak beli guna id saya k. Dia tak kisah. Saya memilih tarikh 26hb October 2011 sempena tarikh lahir anak kedua saya Aisy yang membawa maksud (kaya raya/ kesenangan hidup) tapi masa tu kak laila registerkan 27 hb, ok je.. takde masalah apa pun.. Walaupun dah ade id saya tetap and masih membeli dengan id suami.. oh ye bawah suami saya dah berlapis-lapis dah level.. tapi sebab dia tak aktifkan. Saya kata kat Kak Laila nanti dulu ye kak.. ehehehe..



Entah bagaimana bulan 12 saya bagi tahu Kak Laila.. ok kak saya sedia nak sharing.. saya nak bantu semua ibu-ibu menyusu, saya nak semua ibu yang ada susu kan anak mereka. So saya start dengan buat Blog. Saya start share semua info yang berkaitan dengan penyusuan. Apa ada kat blog kak laila yang berkaitan saya copy kat blog saya. Iklan Pertama saya kat baby stuff hasil susu perahan yang saya perah selepas amalkan b kompleks, vitamin c vitalea dan alfafa. 

Memang di luar jangkaan, saya post iklan tu hari sabtu dalam masa satu hari lebih 60 komen yang terpaksa saya reply. Haa amik kau.. masa tu saya cakap kat Kak Laila.. kak nak muntah dah reply komen orang ni. Last nya kak laila tolong reply kan separuh. Ehehehe.. Sambutan hangat hampir seminggu dan iklan tu masih kekal sampai ke hari ni. Ade 3 versi.. tapi yang dua kena kacau dengan “seseorang” 

Saya keep on sharing. Sebab niat saya nak bantu semua ibu menyusu dan saya yakin produk ni boleh bantu saya nak capai niat saya tu. Then tiba hari nak closing, bila nak closing Kak laila bagi tau uv saya banyak ni. Wahh banyaknya, terkejut gak, dan terus naik supervisor. So masuk bulan kedua ada sorang kawan kata nak join member tapi dia nak makan sendiri. Cuma nak ade id je. Dia join free membership. Punya laa saya tak kisah sangat kan pasal benda nie, saya suh dia gi Shaklee daftar sendiri. Hahahaha. So dia pun daftarlah member bawah saya.

Tak lama lepas tu kak laila Tanya saya, zura ramai-ramai customer awak ni takde ke yang nak join member. Saya kata sabar kak.. masanya akan tiba nanti. Ecehh.. Sekali tak lama lepas tu Allah kirimkan seseorang untuk saya. Bulan ketiga saya terus naik Sr Supervisor effective sendiri tanpa mak tolong lagi dah lepas tu. Start dikurniakan anak, saya mula bukak manual book Shaklee. Saya terfikir sendiri, apa best sangat yang Shaklee tawarkan. Saya study page by page. Saya baca semuanya sampai saya betul-betul faham saya search info and I get it. 



Bulan ke empat KakCery MamaFaiz turun JB. Masa tu terasa alamak boleh ke nak join kelas dorang ni. Malunya sebab sebelum ni saya jarang sangat berkomunikasi dgn Kak Cery. Hidup saya dengan mak saya je. Apa Mak suruh saya buat, apa mak cakap saya ikut. Tak pernah sekali pun rasanya saya pm mana-mana distributor lain camne nak jual, camne nak buat iklan camne nak promo. Saya buat ikut apa yang saya nak dan apa yang mak ajar. 

Setiap hari saya Pm mak saya, dah macam orang bercinta, sehari tak pm rasa tak lengkap hidup. Tapi tak pernah dengar suara tak pernah bertemu. Tak pernah bertemu sehingga saya bergelar MASTER. Jarak bukan alasan untuk kita berjaya. Ingat tu. Saya di Selatan dia di Barat. Saya FOKUS kat jalan saya sahaja. Masa tu Kak Cery pun tak kenal saya, sebab nama kat fb lain kat statement dia dapat lain.. hahahaha. 

Tapi saya gagahkan juga, bagi tahu mak macam nak join, so dengan malu malu kucing saya pun pergi. Masa tu la pertama kali jumpa beeha, liyana, n fai. Sebelum ni pernah dengar nama tapi tak pernah pun inbox ke apa. Alhamdulillah pertemuan tersebut sangat memberi kesan hingga ke hari ini. Ukhwah yang terbina sangat dalam rasanya. 

Masa tu saya mula ada target. Sebelum ni saya main redah je, janji saya effective, Tak de pun tulis nak jual esp bape tin nak jual bco berapa, yang saya tahu mesti effective. Saya memang jenis last minit. Mak saya pun semput dengan saya awal tu. 4 hari nak closing uv baru 500-600. Tapi saya kata kat dia akak relax insyaAllah effective. Yup saya effective n Allah kirimkan rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka. Tapi saya laa semput, setiap kali closing ku mcm hilang akal dok mengejar uv. Saya tak pernah simpan stok. Orang bank in saya baru beli. 



Oh ya, tak lama lepas tu saya pergi majlis NC. Masa tu saya dapat satu award je. Yang buat saya teruja bila saya tengok Kak Cery naik Stage Sebagai MASTER COORDINATOR. Saya bagi tahu kat beeha n liana. Tahun depan I naik Stage as MASTER ok. Hahahhaa. Tapi saya memang tanam dengan apa yang saya katakan.

Kemudian ALLAH kirimkan seorang demi seorang untuk saya. Ladang saya semakin besar. Saya terus melangkah tapak demi tapak. Saya pastikan setiap liku yang saya lalui dengan enjoy dan setiap langkah saya itu dapat memberi sedikit manfaat pada orang lain. Now Passion saya lebih pada nak bantu lebih ramai kehidupan di luar sana. 

Saya dengar pelbagai cerita sedih dari anak2 yang datang pada saya. Ya mungkin saya tak rasakan “Sakit Perit “ macam mereka rasakan. InsyaAllah dengan gaji yang saya terima cukup sangat untuk saya dan keluarga. Tapi saya terdetik, selfish nya aku jika aku sorang senang. Sedangkan banyak lagi kehidupan kat luar sana yang susah. Mungkin sekarang aku seronok makan berjalan bersama keluarga. Sedangkan ada orang lain yang merintih mencari sesuap nasi, hutang keliling pinggang. So saya rasakan saya perlu bantu lebih ramai orang.

Sangat seronok rasanya bila ade anak bisnes yang bagi tahu, thanks kak. Beban saya semakin lama makin berkurang. Terima kasih sebab beri saya peluang. So dari situ saya mula rasakan ini jalannya untuk saya cuba bantu lebih ramai orang. Ye duit usah perlu dikejar dia akan datang sendiri. Jika u kejar u akan letih, sampai satu masa u give up. So teruskan tambah nilai dalam hidup orang lain dan duit tu yang akan kejar u. Trust me. Bulan ke tujuh saya naik setapak lagi ke Coordinator. Ujian untuk saya di sini sangat kuat. Tapi saya jadikan itu sebagai cabaran untuk saya buktikan tuduhan n pandangan mereka-mereka itu tak benar.

Bisnes Shaklee bukan semata-mata kerana duit. Dapat tolong orang untuk mendapat kehidupan yang lebih baik, itu lebih utama.

Bulan ke lapan saya terima income 5 angka yang pertama. Huh memang masa tu tak tahu nak gambarkan macam mana. Terasa kerdil sangat diri saya di sisiNya. Dalam masa yang sama Allah terus kirimkan anak bisnes untuk saya. Semua bersungguh-sungguh. Semua hebat2. Bulan ke sepuluh saya naik setapak lagi sebagai Sr Coordinator. Masa tu promo ESP. memang terkejut saya boleh jual sebanyak tu. Tapi macam saya cakap sebelum ni, jika u betul yakin focus n berkehendakkanya seiring dengan usaha. Pasti u dapat. 

Masa ni Kak Cery cabar saya, Cabaran 90 hari menjadi MASTER. Tertelan air liur kejap. Hahaha.. tapi sesi tu Cuma gurauan je dalam group whatsapp kami. Bulan ke sebelas naik setapak lagi ke Key Coordinator, bulan ke dua belas naik setapak lagi ke Sr key coordi. Ikutkan saya belum betul bersedia untuk sampai ke tahap ni. Tapi berkat doa saya dikurniakan dengan anak2 yang cukup hebat. Jauh lebih hebat dari saya. Dua orang anak saya melompat dr Supervisor ke Coordinator. So saya dengan terpaksanya juga melompatkan diri saya. Hahahaha. 

Pertengahan bulan ke tiga belas (January) saya print GE terkejut tgok guv n ov. Tapi masih relax. Sebab kalau ikutkan apa yang saya bagi tahu mak saya paling awal saya target Febuary n paling lewat April. Tapi jika dah tersurat itu rezeki, ianya tak akan kemana. Hari closing bila print GE tgok ov lebih 90k. Tak ada apa yang boleh saya ucapkan selain rasa syukur yang amat sangat. Yup saya semakin percaya dan yakin. Duit usah perlu dikejar. Tapi tanamklan dalam hati untuk bantu lebih ramai orang. Pasti Duit itu akan kejar u. Dan ini yang selalu saya tekankan pada anak2 saya. 



Usah sibuk dengan orang lain. Stop mencari alasan. Jangan jadikan masa sebagai halangan. Tak de orang lain yang boleh ubah kehidupan dan diri kita. Hanya kita yang mampu corak n ubah semua itu. Jika alasan yang u pilih maka percaya cakap saya u tak akan ke mana. Jadi diri sendiri dalam hidup ni, kerana kita akan menghadapi ujian hidup yang berbeza dengan orang lain. Tembok di hadapan kita tak sama tinggi dan rendahnya dengan orang lain. Mereka di laluan mereka dan kita di laluan kita. Mungkin halangan di hadapan mudah bagi mereka tapi mungkin sukar bagi kita ATAU mungkin sukar buat mereka tapi mungkin mudah bagi kita.

- Master Zura 


Nak daftar sebagai ahli Shaklee? Hubungi saya :

Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah

Saturday 21 September 2013

Seminar Pelaburan Saham, Emas dan Hartanah Part 1

Excited sungguh! Lanjutan daripada seminar Dr Azizan Osman (DAO) yang lalu, pagi tadi saya telah menghadiri Seminar Pelaburan Saham, Emas dan Hartanah yang diadakan di Kelantan Trade Centre bermula pukul 8 pagi sehingga 5 petang. Tak tahu nak tulis apa sebab banyak sangat ilmu baru yang saya dapat dan nak kongsi dengan pembaca semua. 

Kali ni saya pergi dengan adik lelaki. Yuran pendaftaran untuk seorang ialah RM 50.00. Tapi boleh bawa seorang lagi teman dengan percuma. Setibanya di sana, ingatkan sikit je rupanya ramai juga yang datang. Kebanyakannya terdiri daripada mereka yang hadir seminar DAO yang lepas. 

Lepas daftar, dapat duduk seat yang belakang. Ok lah daripada tak dapat seat kan? Bilik seminar tu agak kecil. Sampai tak cukup kerusi dibuatnya. Kerusi tambahan pun tak mencukupi. Ada yang terpaksa duduk bersila kat bahagian depan, dan ramai juga yang berdiri.  Pendek kata, memang pack macam sardin dalam tin. Dalam hati, bersyukur sebab datang tak terlalu lewat. Masih boleh dapat seat. 




Seminar dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Jerry. Sangat menarik apa yang beliau kongsikan tentang pengalaman beliau sendiri tentang pelaburan. Setelah mendapat gaji pertama, beliau membeli rumah flat yang pada masa tersebut tersebut berharga RM 25,000.00. Sekarang, harga tersebut telah meningkat kepada RM 100,000.00. Banyak kan bezanya? 

Seterusnya, sessi pertama disampaikan oleh Haji Mohd Asri Ibrahim, Jutawan Saham. Beliau berumur 37 tahun, merupakan seorang kontraktor dan menjadi jutawan ketika berumur 30 tahun. Beliau juga merupakan protege DAO. Pelaburan saham ini hanya merupakan 'duit dapur' beliau (ternganga saya dibuatnya hehe). Antara sebab beliau mampu mencapai status jutawan ialah kerana mempunyai impian yang jelas iaitu ingin menjadi jutawan pada usia 30 tahun. 




Berikut merupakan ringkasan daripada ceramah beliau :

- Hukum melabur dalam saham adalah harus.

- Antara keperluan minimum untuk memulakan pelaburan saham secara online ialah laptop, I Phone atau handphone Samsung.

- Daripada 910 syarikat yang terdapat di Bursa Saham Malaysia, 800 syarikat adalah patuh syariah (syariah compliance). Jadi tiada masalah bagi kita orang Islam untuk memilih.

- Untuk buka akaun saham cukup mudah. Hanya sediakan yuran pendaftaran sebanyak RM 10.00, salinan kad pengenalan dan penyata bank 1 bulan. Tapi perlu pastikan tidak bankrup atau muflis. Untuk mengetahui di mana boleh mendaftar, boleh layari laman web www.bursamalaysia.com/market. Plih menu Securities > Brokers > State (pilih negeri).  Akaun saham hanya boleh didaftar di organisasi yang disenaraikan tersebut sahaja.

- Perlu banyak membaca tentang saham terutamanya surat khabar bahasa Inggeris dan majalah seperti Focus. 

Banyak lagi sebenarnya tapi tak boleh nak explain kat sini. Kena pergi sendiri, baru anda tahu apa yang saya tahu. Terutamanya untuk yang tak tahu apa-apa tentang saham. Boleh layari duniapelaburan.com. Sebelum ni saya fikir saham ni untuk orang kaya sahaja. Rupanya saya pun boleh buat. Tapi dengan syarat kena ada ilmu yang betul. Mindset saya tentang saham berubah 100% selepas menghadiri seminar ini. Thanks to the young and handsome man - Haji Asri.

Jika ada yang berminat untuk mengikuti kelas advance tentang saham ini iaitu Smart Investor Talk, ia akan diadakan pada 24 dan 25 September ini di SACC Mall dengan bayaran RM 1,500.00 untuk 2 hari. Highly recommended by me. Maklumat lanjut boleh hubungi nombor yang tertera di bawah. 



Sekian, semoga bermanfaat. Nantikan sambungan tentang emas dalam entry seterusnya.

Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah

Sunday 15 September 2013

Manfaat ESP Shaklee

Jika ditanya kepada pengguna Shaklee tentang produk yang menjadi favourite, saya pasti yang majoritinya akan menjawab ESP (Energizing Soy Protein). Ia menjadi favourite saya juga. Kenapa ESP? Kerana ia memberi 1001 manfaat dan kebaikan. Hanya dengan 1 produk. 


Antara manfaat ESP Shaklee yang utama ialah :

Pemberi tenaga segera – Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten. Ia juga meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan gejala tekanan  yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan dan lain-lain.

Kekal awet muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

Hormon berasaskan tumbuhan semulajadi – Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavon (yang sama dengan fungsi hormon wanita). Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan fungsi prostat lelaki - Genistein dalam kacang soya telah terbukti mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan otot, sekaligus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan  parut.

Memulihkan pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

Memperbaiki memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

Kredit : vitaminsemulajadi.com

Best tak? Tu baru sikit. Nanti saya akan kongsikan lagi manfaat lain ESP. Antaranya untuk kecantikan kulit, penyusuan, kesuburan, penurunan berat badan dan macam-macam lagi. Pastikan anda follow blog ni ye. 

Satu canister ESP tahan untuk penggunaan lebih daripada sebulan. Berminat untuk mencuba? Hubungi saya untuk mendapatkan harga diskaun :

Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah

Wednesday 11 September 2013

Testimoni : Kurus Dengan Shaklee

Antara produk Shaklee yang glamour ialah set untuk kuruskan badan. Ramai juga yang tanya. Betul ke Shaklee ni berkesan untuk turunkan berat badan? Kalau kurang yakin, mari kita tengok testimoni kurus dengan Shaklee ni.

Kredit : ibuhakimhaikal.com

-----------------------------------------------------------------------------------------
Ini lah saya sebelum dan selepas (sekaranglah tu)..


Saya mula sedar yang badan naik sejak anak ke 2 saya berumur 6 bulan. Selera makan membuak-buak. Dan badan juga bagai dipam-pam. Lagilah saya ni menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu, saya tak boleh nak diet beria-ia. Jadi saya bedal je apa makanan yang terlintas di fikiran ni nak makan. Yang sangat sedihnya bila seluar jeans saya yang saiz 34 tu dah tak muat lagi huhu.

Jadi saya mula berazam nak muatkan semula seluar jeans yang saiz 34 tu. Sebab saya sayangkan seluar tu. Dan tambah lagi saya sayangkan badan saya yang slim masa anak dara dulu. Ceh. Slim ke haha.

Jadi jom saya sharekan apa yang saya buat bermula dari bulan 3 tapi yang betul-betul dietnya dari bulan 6 2011 ni lah..


- Saya kurangkan makan nasi. Mula-mula makan dalam jumlah yang sedikit. Ada juga beberapa bulan saya tak sentuh nasi dalam 2 bulan macam tu lah. Memang susah nak biasakan tapi lama-lama saya jadi terbiasa.

- Saya kurangkan minum air manis terutama sekali minuman dalam tin. Gula dalam minuman tin tu sangat tinggi tau.

- Saya kurangkan fast food(No KFC, No Pizza)

- Saya bersenam dalam rumah je. Senaman ape yang saya buat ye. Saya skipping dan saya main hullahoop yang gelung rotan gelek-gelek kat pinggang tu lah.. ;) memang berpeluh. Mula-mula saya digelakkan oleh anak-anak dan suami huhu.

- Saya mula aerobik kat Taman Pulai Perdana JB dah dekat sangat dengan rumah..baru mula 2 bulan..saya ambil program "Shape Your Body"..buat ape dengan program ni..sebab saya perlu untuk saya bentukkan semula badan saya yang dulunya gemuk dengan beraerobik..memang terbaekkk..

- Saya banyakkan makan sayur dan makanan yang kurang kalori seperti mee hoon sup..mula2 memang tak seleralah nak makan tapi "alah bisa tegar biasa"..

- Saya banyakkan minum air masak..sebab air masak juga membantu untuk meningkatkan metabolisme badan kita..

- Saya kawal nafsu makan saya yang dulunya sangat suka makan makanan yang berlemak seperti masak lomak cili api..haha..maklumlah saya orang N9..

- Saya menjalani proses detoks dengan HERB-LAX SHAKLEE..sebab untuk kuruskan badan wajib menjalani proses penyingkiran toksin dalam badan dahulu supaya mudah untuk proses penyerapan vitamin berlaku..maklumlah dah hampir 30 tahun hidup perut ni pun dah macam-macam terima jenis makanan..

- Saya istiqamah makan LECITHIN SHAKLEE sebab ia membantu untuk saya dapatkan berat idaman saya..dan juga kalau dulu saiz jeans 34 pastu 31 dan sekarang dah saiz 29..macam tak caye je..tapi kene percaya... ;)


Memang lambat untuk saya dapatkan berat ideal dengan ketinggian saya dan ambil masa yang lama juga..tapi dek NEKAD dan AZAM saya teruskan juga..seiringlah dengan USAHA..bukan angan-angan je..

Berat saya masa pakai baju oren kat atas tu lebih kurang 74kg..BMI terlebih berat badan..saya cuma nak dapatkan berat ideal je..dan sekarang berat saya lebih kurang 60kg..BMI berat normal..tinggi tak lah tinggi mane pun 159 cm..rasanya dah cukup kot berat takat ni..xmo kurus lagilah sebab banyak baju lama dah tak boleh pakai kena kecikkan..huhu..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nak kurus ni bukan senang. Makanlah produk yang paling mahal sekalipun, jika tidak sabar dan berdisiplin dalam mengawal pemakanan, tiada gunanya. Tapi kita ada pilihan untuk pilih produk atau suplemen yang boleh membantu mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan tersebut. 

Shaklee bukan sahaja menawarkan suplemen untuk kuruskan badan yang selamat, berkesan malah harganya juga mampu milik, jika dibandingkan dengan rawatan di pusat pelangsingan yang menelan belanja ribuan ringgit. Pendek kata, memang berbaloi untuk wang anda.

Order Set Slimming Shaklee, hubungi :

Kamilah
Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah

Monday 9 September 2013

Menyusukan Anak Sambil Kuruskan Badan

Ramai di kalangan ibu yang baru dalam dunia penyusuan masih dalam ragu-ragu untuk meneruskan penyusuan terutama apabila ayat yang selalu diberitahu ialah :

1. Jangan control makan sebab ianya akan ditukarkan menjadi susu ibu.
2. Pastikan pengambilan air yang seimbang dengan makanan.

Sesungguhnya makanan dan minuman itulah yang akan menghasilkan susu. Ada juga pendapat mengatakan lagi banyak makan lagi banyak susu. Ini kerana penghasilan susu ibu itu sendiri akan membakar kalori si ibu dan membantu badan si ibu tidak naik mendadak.

Namun tidak saya nafikan ada ibu-ibu yang menyusukan anak yang mendapati dirinya semakin membesar atau kenaikan berat sejak mengandung yang tidak turun-turun. Ada beberapa faktor yang mempengaruhi antaranya ialah genetik, metabolisme yang rendah, pemakanan yang tidak seimbang dan gaya hidup.

Bagi ibu-ibu baru ada antara mereka yang sanggup berhabis duit ke tempat pelangsingan, bagi yang berduit boleh sahaja. Namun ada juga yang mengamalkan produk pelangsingan yang kononnya dijamin selamat untuk penyusuan. Bagi pendapat ibu secara peribadi, jika kita benar-benar berniat nak menyusukan si comel kita, kita perlu concern dengan apa jua yang kita makan kerana sesungguhnya ia memberi kesan kepada si kecil. 

Jika produk pelangsing itu membuatkan si ibu cirit birit, adalah lebih baik jangan diteruskan. Ini dikhuatiri mengganggu sistem penghadaman si kecil yang sedang menyusu dan boleh membawa kemudaratan pada si ibu dan juga anak akibat dehidrasi.

Ada juga email yang diterima yang bertanyakan apakah suplemen yang boleh membantu si ibu menghasilkan susu ibu dengan baik dan waktu yang sama membantu si ibu melangsingkan badan. Untuk merungkai persoalan ibu yang bertanya, saya kongsikan di blog ini agar ibu-ibu di luar sana yang berniat untuk menguruskan berat badan mendapat manfaat bersama.

Antara suplemen yang membantu ibu yang menyusu sambil berniat untuk melangsingkan badan ialah :

1. Protein soya (Alhamdulillah ramai yang telah mencuba protein soya ini memberi maklum balas yang buat ibu senyum lebar, antaranya ialah bengkak susu, bertenaga dan kulit kelihatan sangat cerah tanpa menggunakan krim pencerah!)

2. Multivitamin- ia sangat penting demi memastikan badan si ibu dipenuhi dengan semua zat yang seimbang.



3. B complex- memastikan si ibu tetap bertenaga dan mood yang stabil.


4. Vitamin C- sebagai antioksidan dan pengukuh antibodi dan pembentuk kolagen.

5. Alfalfa- membantu badan si ibu menghasilkan susu dengan lebih baik.

6. Performance drink- memastikan kandungan gula dalam badan si ibu sentiasa stabil dan mengelakkan dehidrasi.


Semua suplemen ini ibu makan sepanjang penyusuan beserta beberapa suplemen lain dan alhamdulillah ibu sangat puas hati. Suplemen ini semua selamat untuk penyusuan dan membantu si ibu menjaga badannya.

Cara pengambilan yang betul sangat membantu si ibu mencapai kejayaan!

Siapa tak nak cantik kan? Kecantikan itu adalah milik setiap insan! Nah, di samping berikan terbaik untuk anak, dapat yg terbaik utk diri sendiri, bonus juga buat suami!

Kredit : anakkuwiraku.com

Jika berminat untuk mencuba, hubungi saya :

Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah