Sunday 18 August 2013

Testimoni Set Mengandung Shaklee : Cramp dan Sembelit Hilang, HB Stabil

Masa mengandungkan anak yang pertama dulu, saya belum jumpa lagi Shaklee. Kenal tu kenal tapi kenal Shaklee sebagai MLM dari oversea sahaja. Was-was pun ada. Yelah produk dari luar negara. Mestilah ragu-ragu pasal statusnya. 

Masa tu tak pernah ambil tahu pasal Shaklee ni dan tak minat nak ambil tahu pun. Yang saya ingat, datuk dan nenek saya ada ambil suplemen Shaklee ni. Lama dah. 10 tahun lepas rasanya. Jadi dengan pasrahnya saya hanya ambil vitamin yang dibekalkan oleh Klinik Kesihatan - asid folik, vitamin C, vitamin B Kompleks dan zat besi/iron. 

Ada orang tak berani ambil vitamin kerana takut bayi besar. Ambil vitamin yang dibekalkan oleh Klinik Kesihatan tapi tak makan pun. Saya pula mempunyai pendapat yang berbeza. Vitamin penting untuk kesihatan kita dan bayi dalam kandungan. Jika kekurangan nutrisi tertentu dan bayi menghadapi masalah akibat kita tidak makan vitamin yang sepatutnya, alangkah menyesalnya nanti. 

Antara masalah yang dialami semasa saya mengandung ialah kaki cramp atau juga dikenali sebagai simpul biawak. Penyelesaiannya, saya jumpa doktor dan saya diberi pil kalsium kerana ia merupakan simptom kekurangan kalsium. Namun cramp masih lagi berlaku. 

Pada yang biasa alami mesti tahu macam mana sakitnya masa cramp ni. Masa tu, memang tak dapat buat apa dah. Ruginya masa tu tak tahu pasal Shaklee lagi. Jadi jika ada rezeki lagi, untuk kehamilan seterusnya, pasti saya ambil set mengandung Shaklee

Ia telah membantu ramai ibu-ibu untuk melalui tempoh kehamilan dengan lebih sihat dan ceria. Di sini saya kongsikan testimoni daripada Enny, pengedar Shaklee sendiri mengenai Set Mengandung Shaklee.





TESTIMONI SENDIRI - Preggy & Shaklee.

Assalamualaikum...

Enny saje nak share kat sini. Now enny preggy anak kedua. Dah masuk 36 weeks sekarang ni. Enny amek full set preggy ( B Complex + VitaLea + Vita C + OsteMatrix + Omega Guard & add on ESP ).

Mase anak first dulu tak kenal lagi Shaklee. Mase tu setiap malam sakit pinggang, sakit kat punggung. Belum lagi asyik cramp kaki waktu tidur. Cramp tahap nanges punye. Bukan sikit2 punye cramp tau.

Mase tu badan pun lesu je rase. Tapi sekarang ni, memang jauh beza la. Sesekali je tercramp kaki, itu pun sebab salah sendiri kadang-kadang terlupa makan OsteMatrix.

HB sgt ok, stabil je, tak pernah turun. Lagi satu, mase pregnant anak first dulu, selalula sembelit. Dahla letih kan kalau duk mencangkung lama2 dgn perut boyot tu. Sekarang Alhamdulillah, xde dah sembelit2 ni. Lancar je..hehe..

Pastu sejak makin sarat ni, kadang sakit kaki. Lepas telan Omega 2 biji + oste 4 biji, lega.

Memang pantang nanti akan makan set pantang Shaklee je. Bengkung, param pilis of coz nak jugakla. Tapi no jamu. Membazir je..bukan makan abes pon..pastu abes pantang tak makan pun kan. Shaklee, abes pantang leh teruskan. Berbaloi!

Memang berbaloi jatuh cinta dengan Shaklee sejak setahun 2 bulan yg lalu.



Memang seronok jika kita ambil sesuatu produk dan dapat rasai kesannya. Apatah lagi jika masalah yang dihadapi sekian lama dapat diatasi. Rasa nak beritahu je ke seluruh dunia hehe.
  
Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387


Tuesday 13 August 2013

Vitamin Untuk Sakit Sendi atau Urat

Q : Apakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formulasi proprietary yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Q : Siapakah yang memerlukan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yang mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.

Q : Apakah ekstrak jagung?
A : Ekstrak jagung secara semulajadinya kaya dengan glukosamin yang merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi. Glukosamin mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendon dan ligamen. Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.

Q : Apakah Boswellia ?
A : Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

Q : Apakah yang membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet istimewa?
A : Ekstrak Boswellia proprietari yang digunakan di dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yang berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkaitrapat dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik berbanding dengan AKBA sahaja. Tambahan pula, ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutrisinya dapat menyokong keselesaaan sendi yang lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yang lebih tinggi.




Q : Bolehkah saya mengambil Shaklee Advanced Joint Health Tablet dan OsteMatrix pada masa yang sama?
A : Boleh. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedua-dua product yang dapat menyokong kesihatan sendi anda. Lebih baik lagi anda gabungkan Shaklee Collagen Powder dan VIVIX bagi mengoptimumkan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet.

Q : Bila dan bagaimanakah saya mahu menggunakan Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Untuk hasil yang terbaik, ambillah mengikut apa yang disarankan iaitu dua tablet sehari bagi setiap hidangan.

Q : Mengapakah ia bebas daripada chondroitin?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik jika diambil secara oral (ditelan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat kondroitin juga boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamin yang lazimnya diserap dengan lebih baik jika diambil secara berasingan.

Q : Mengapa produk tersebut mengandungi Vitamin C?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 100% Vitamin C kerana ia merupakan nutrien penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen. Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh.

Q : Mengapa produk tersebut mengandungi mineral surih zink, copper (kuprum/ tembaga) dan mangan?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 10% mineral zurih zink, copper dan mangan yang merupakan faktor sampingan bagi enzim-enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.

Q: Adalah Shaklee Advanced Joint Health Tablet berasaskan sayur-sayuran?
A : Ya.


Adakah anda mempunyai masalah berkaitan sendi dan tidak mahu lagi menggunakan painkiller

Whatsapp 0139243387 segera. 


Thursday 8 August 2013

Tips Untuk Pesakit Buasir

Buasir atau hemorrhoid adalah penyakit di kawasan bahagian dubur. Buasir merupakan kusyen vaskular yang bertindak sebagai penghadang setiap kali kita membuang air besar. Ia akan menutup dubur secara menyeluruh dengan lembut bagi mengelakkan kebocoran najis ataupun cecair. Ia merupakan komponen normal dalam anatomi manusia. 

Masalah timbul apabila berlaku pembengkakan pada kusyen vaskular akibat tekanan atau stress yang diberikan pada rektum berikutan aktiviti meneran. Bengkak ini disebabkan pengembangan saluran darah pada bahagian dubur atau ketumbuhan sel yang melapisi saluran itu. Pendarahan semasa membuang air besar sering berlaku akibat penggeselan najis keras menyebabkan buasir (salur dubur bengkak atau luka).

Faktor dan Jenis Buasir

Pendarahan adalah gejala utama buasir dan hampir 70 peratus penghidapnya mengalami masalah pendarahan setiap kali membuang air besar. Antara faktor penyumbang kepada masalah buasir ini adalah cara pembuangan najis yang salah iaitu gemar meneran apabila membuang air besar, masalah sembelit dan obesiti (berlebihan berat badan). 

Apabila sekilogram berat badan bertambah, abdomen berisiko berdepan dengan bebanan tidak wajar. Apabila diikuti dengan diet tidak betul, ia akan meningkatkan lagi risiko buasir. Wanita hamil juga tidak terkecuali menghidap masalah buasir akibat tekanan kandungan yang semakin membesar.

Terdapat dua jenis buasir iaitu buasir dalam (bengkak pada bahagian dalam) dan buasir luar (bengkak terjulur keluar daripada saluran dubur) dan dua jenis ini boleh berlaku serentak atau berasingan.Dianggarkan 55 peratus penduduk Malaysia mengalami masalah buasir dan 79 peratus adalah lelaki dalam lingkungan usia 20 hingga 60 tahun. 

Tanda-tanda Buasir

Antara tanda-tanda mengalami masalah buasir adalah:
  • Darah segar yang menitis ketika membuang najis
  • Rasa gatal atau sakit di sekeliling dubur
  • Rasa pedih sekitar rektum
  • Luka pada saluran dubur disebabkan nanah
  • Rasa kepanasan selepas membuang air
  • Rasa sakit berdenyut
  • Nanah di kawasan dubur disebabkan jangkitan bakteria
  • Rasa sakit berdenyut
  • Tidak selesa pada bahagian dubur ketika berdiri atau bertinggung lama

Panduan Pemakanan

Antara panduan pemakanan untuk pesakit yang mempunyai masalah buasir ini adalah : 
  • Minum banyak air sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas sehari bagi mengelakkan badan kekurangan air, sekaligus melancarkan pembuangan najis (anggaran 2 hingga 3 liter).
  • Elakkan minuman berkafein seperti teh dan kopi.
  • Jangan mengambil makanan tidak berkhasiat seperti keropok dan minuman berkarbonat.
  • Jangan makan makanan yang keras atau terlalu pedas.
  • Makan makanan yang berserat tinggi seperti bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan. Serat membantu proses penghadaman dan melancarkan pembuangan najis.
  • Makan makanan bersih dan baru dimasak untuk mengelakkan keracunan yang boleh menjadikan buasir bertambah teruk.
  • Kurangkan pengambilan makanan segera atau pun makanan terproses.
  • Sentiasa bersenam seperti berjalan kaki dan berenang. Elakkan sukan berkuda atau berbasikal.
  • Rawatan ringkas boleh dilakukan dengan merendam dubur dalam air garam yang suam selama 10 minit, satu atau dua kali sehari apabila ada tisu bengkak di dubur. Garam yang digunakan adalah garam masak yang biasa. Proses ini dipanggil sitz bath. Air garam mempunyai dua fungsi iaitu mengecutkan tisu yang bengkak dan meredakan kesakitan. 
  • Jangan meneran ketika membuang najis dan disyorkan menggunakan tandas duduk untuk mengurangkan tekanan kepada buasir.
  • Perbaiki peredaran darah anda dengan melakukan senaman. Ketat dan kendurkan otot-otot di celah kaki anda sekerap mungkin secara perlahan-lahan. Kurangkan tekanan daripada rahim, dengan meninggikan paha anda di atas bantal, atau berlutut dengan cara bersujud beberapa saat.
  • Hentikan tabiat merokok dan minuman beralkohol. 





Sumber : Majalah Anis, Jun 2013


Suplemen Shaklee Untuk Masalah Buasir

Omega Guard 
Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Omega membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.

Ostematrix 
Membantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan apabila mengalami luka di bahagian dubur.

Zink 
Disarankan untuk masalah buasir yang kronik seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. Zink membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.


*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.