Tuesday 23 July 2013

Cara Makan Vitamin Shaklee Yang Wajib Diketahui

Apa yang saya pelajari setelah melibatkan diri selama setahun dalam Shaklee ialah tentang kepentingan mengambil vitamin dengan cara yang betul. Setiap pengedar Shaklee akan memberi jadual pengambilan vitamin mengikut kesesuaian customer tersebut. Sementelah pula setiap orang tidak mengambil vitamin yang sama, tidak mempunyai tahap kesihatan yang sama dan lain-lain lagi.




Ada yang susah nak makan vitamin pada waktu kerja. Jadi boleh ambil pada waktu pagi atau malam sahaja, ketika berada di rumah. Ada pula yang rasa mengantuk jika mengambil B Kompleks pada waktu pagi, maka disarankan pengambilan selepas makan tengah hari (lunch). Ada juga yang suka ambil semua serentak, sebab takut lupa. Semua boleh dan ianya fleksibel. Cuma ada beberapa 'basic rules' tentang ini. Di sini dikongsikan cara makan vitamin Shaklee yang wajib diketahui.   




SELEPAS SARAPAN

Vitamin yang disarankan diambil pada waktu pagi ialah vitamin yang berfungsi untuk membekal tenaga iaitu :
Vitalea
B Kompleks
Vitamin C
ESP / Cinch / Meal Shakes 


SELEPAS MAKAN TENGAH HARI 

Kebiasaannya kita akan mengambil makanan berat pada waktu ini iaitu nasi dan lauk-pauk. Jadi pengambilan makanan yang berminyak akan membantu penyerapan vitamin larut lemak iaitu Vitamin A, D, E dan K. Sangat sesuai diambil :
Lecithin
Omega
Vitamin E
GLA (GLA tidak digalakkan diambil bersama vitamin E. Jika ambil kedua-duanya, ambil GLA selepas makan tengah hari dan Vitamin E selepas makan malam atau sebaliknya)


SELEPAS MAKAN MALAM 

Lecithin
Alfalfa 
Zink (Perlu diambil setiap hari hanya jika mengalami masalah keguguran rambut yang serius)


SEBELUM TIDUR

Ostematrix
ESP (Terutama untuk ibu menyusu)
Herblax (2 kali seminggu sahaja)

 
Tambahan :
1. Nutriferon - seminggu satu sachet sahaja kecuali ketika rasa nak demam atau demam, boleh diambil setiap hari.
2. Vivix - selepas makan

 

PENTING 
Vitalea tidak boleh diambil bersama Ostematrix atau susu
Vitamin E dan GLA tidak boleh diambil bersama Alfalfa
Pastikan pengambilan air masak mencukupi - 2 hingga 3 liter sehari

* Tidak semua vitamin disenaraikan di sini. Untuk jadual yang lengkap sila hubungi pengedar anda.

Kredit : mamafaiz



*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. 

Saturday 20 July 2013

Testimoni : Chicken Pox Sembuh Dalam Masa Seminggu Sahaja

Testimoni yang terbaru ini diambil daripada FB Master Zura. Amazing. Sebab chicken pox boleh sembuh dalam masa seminggu sahaja. Masa saya kena dulu rasanya lebih daripada 2 minggu ambil masa nak sembuh. Dengan rasa gatal lagi. Memang tak selesa. Parut kat muka pun masih ada sampai sekarang.     


  




Ok jangan senak pasal ESP..!! Meh nak share testimoni syok sendiri.. hahahaa.. ermm saya paling gerun dengar perkataan chickenpox.. serius sangat-sangat takut.. lagi pulak tak pernah kena dari kecil.. sebelum ni rasa selamat je..

Tapi rupanya panas tak sampai ke petang.. hujan di tengah hari.. ohh seram sejuk sedih semua ada laa.. ditambah pula saya di awal mengandung.. ada yang advice suruh gugurkan baby.. oh no..!!

Nak dijadikan cerita.. memang teruk gila chickenpox itu menyerang.. sampai rasa agaknya orang kene AIDS macam ni ke.. hahahaa.. tapi mujur saya ada SHAKLEE.. ini bukan overclaim ok.. ni pengalaman saya.. dengan SHAKLEE saya kembali suci hanya dalam tempoh seminggu.. sampai ada yang tak percaya betul ke kene chickenpox..

Apa yang saya ambil..?? Memula risau sangat.. sebab nak makan vit e tak boleh.. gla lagi laa harapan kan.. so saya konsisten dengan Nutriferon, bcomplex, vit c, ESP tentunya.. N paling utama.. hari2 mandi dengan BASIC H dan NUTRIWHITE. Dua ni jadi sabun mandi saya sepanjang diserang oleh ayam nie..!! N hasilnya.. dalam masa lebih kurang seminggu.. sangat amazing..!!


Ini pula cara wanita ini menghilangkan parut chicken pox nya.


Ubat Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula from iReach HD on Vimeo.
 

Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah



Friday 19 July 2013

Diari WAHM-to-be

Hari Jumaat merupakan hari yang paling ditunggu. Walaupun panjang berjela To Do List (basuh baju, sidai baju, masak, kemas rumah, and so on), tapi saya tetap happy asalkan berada di rumah. Memang tak boleh tipu diri sendiri. Saya tak berapa happy bila berada  di tempat kerja. 

Saya sangat jealous bila tahu seorang demi seorang Shaklee Independent Distributor yang lain berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa (Work At Home Mom). Ada yang dah mencapai 5 angka sebulan. Oh sangat jealous! Tapi dalam masa yang sama mereka menjadi inspirasi buat saya untuk melipatgandakan usaha demi mengejar cita-cita saya sebagai surirumah aka WAHM. Mungkin ada yang pelik. Buat apa nak jadi surirumah. Kan baik kerja. Ijazah yang ada rugi je. Sebenarnya memiliki ijazah bukan satu jaminan. Jawatan yang saya sandang sekarang pun atas tiket SPM sahaja.

Hampir semua rakan-rakan yang lain meluahkan rasa bosan duduk di rumah sepanjang tempoh mereka berpantang 2 atau 3 bulan. Bagi saya pula, tiada istilah 'bosan' bila berada di rumah. I love being at home.