Sunday 7 April 2013

Kalsium untuk ibu hamil dan menyusu


Kalsium sering dikaitkan dengan gigi, tulang dan sebagainya. Sebenarnya, banyak lagi kepentingan kalsium yang perlu kita tahu, terutamanya untuk ibu hamil dan menyusu. Kali ini saya ingin kongsikan satu artikel yang sangat menarik tentang kalsium yang dipetik daripada Kosmo Online. 
............................................................................................................
Kurangkan komplikasi semasa meneran
APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang. Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.
Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.
“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.
Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya. Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.
“Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau. Jelas Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa. 
Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa. “Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu. “Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.

Diet sumber asli
Kata Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu. Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal. Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.
“Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” terang Delilah.
Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggiSecara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan. Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.

“Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat. Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.
Kehilangan kalsium
Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.
“Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi,” terang Delilah.
Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.
Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.

“Selain itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.
“Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.
Oleh yang demikian, Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.
............................................................................................................
Setelah baca artikel ini, baru saya sedar tentang kepentingan kalsium semasa hamil dan menyusu. Masa mengandung dulu, saya kurang mengambil berat tentang pengambilan kalsium, susu pun jarang-jarang minum. Akibatnya, 3 batang gigi saya hilang sepanjang tempoh menyusukan Khadijah. Sayangnya. Tapi nak buat macam mana. Masa tu belum tahu tentang Shaklee. Untuk kehamilan seterusnya saya pasti akan mengambil Ostematrix a.k.a pil kalsium. Tak mahu dah hilang gigi. 

Kredit : mamafaiz.com
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mengenai produk :
Siti Nor Kamilah
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah


Tuesday 2 April 2013

Tak Perlu Lagi Inhaler - Testimoni OmegaGuard

Raihanna ada pneumonia & bronchitis. Payah nak jaga sebab sensitif dengan habuk. Makan kena pantang. Cuaca kena jaga-jaga. Eh,family yang tengok dia keluar masuk hospital pun tak larat. Sampai besar pun macam tu gak. Paru paru sensitif. Inhaler memang sentiasa ada.

Bagi Meal Shake tak jalan. Makan Vitamin C pun tak mahu. Vita-Lea dia muntah kata tak sedap. Penyudahnya, bagi makan omega guard. Asalnya niat nak redakan batuk. Tapi alhamdulillah nak jadikan jodoh, tak payah paksa makan omega guard. Sebelum pergi sekolah, raihanna ambil sendiri makan. Memang lega sangat, sekarang inhaler pun duduk je dalam bekas dah lama tak bukak. Cuaca berubah panas sejuk dia dah tahan. Dah dapat makan ice cream macam biasa takde pantang dah. Syukur sangat-sangat :-)

Nota : Diedit untuk memudahkan pembacaan.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mengenai produk :
Siti Nor Kamilah
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah

Sunday 31 March 2013

Penglihatan Lebih Jelas - Testimoni Carotomax


Pagi tadi bangun tidur tengok jam dinding..eh eh apesal senang je tengok jam nampak clear je..selalunye samar-samar..
Mula-mula ingatkan terlupa buka lens sebelum tidur semalam..
Tengok-tengok lens ada dalam bekas..
Then baru teringat..CAROTOMAX..!!
Yes...die punye keje kot..
Baru seminggu lebih ambil tu pun kadang-kadang skip sebab terlupa..

Pastu gi kat tv tengok dari jarak yang selalu saya tengok...yes..more clear!! 

Ya Allah bestnye...tak sabar nak check tahap rabunku ini...harap-harap boleh terus improve dan kalau boleh dah tak nak pakai lens.

Alhamdulillah..saya memang berusaha nak baiki rabun..thats why saya ambil vitamin carotomax ni...
Jom siapa nak cuba baiki masalah mata jom la amalkan carotomax ni..

#saya tak nak pakai lens selamanya#


Nota : Diedit untuk memudahkan pembacaan.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mengenai produk :
Siti Nor Kamilah
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah