Showing posts with label omega 3. Show all posts
Showing posts with label omega 3. Show all posts

Monday 12 February 2018

Kebaikan Minyak Ikan Omega 3 Untuk Jerawat Yang Ramai Tak Tahu

Jerawat merupakan masalah biasa yang kita selalu alami, terutamanya ketika usia remaja. Jerawat terjadi disebabkan pengeluaran sebum yang berlebihan di liang roma yang menyebabkan jangkitan bakteria dan juga radang (contohnya seperti bengkak dan kulit kemerah-merahan).


Biasanya makanan yang berlemak dan berminyak dikatakan sebagai punca terjadinya jerawat. Tetapi lain pula dengan minyak ikan, kerana minyak ikan sebenarnya bagus untuk masalah jerawat.

Kebaikan Minyak Ikan Omega 3 Untuk Masalah Jerawat. 

Minyak ikan penting untuk membran sel yang sihat. Bila dinding sel lebih kuat, lebih banyak air dapat disimpan. Jadi kulit akan lebih lembap, berseri-seri, tegang dan awet muda.

Minyak ikan juga merupakan anti-radang yang sangat berkesan. Jerawat sebenarnya berpunca daripada keradangan. Minyak ikan dapat menyembuhkan dan mengurangkan radang di bawah permukaan kulit, mempercepatkan penyembuhan dan juga dapat mengurangkan jerawat.

Selain itu, minyak ikan juga menghasilkan hormon prostaglandin yang dapat menghalang pengeluaran sebum berlebihan yang seterusnya dapat menghalang penyumbatan liang roma. Ini dapat mengurangkan 'breakout' jerawat.

Kajian menunjukkan pengambilan minyak ikan dapat mengurangkan jerawat sehingga 42% terutamanya di kalangan wanita yang mempunyai masalah berkaitan hormon seperti PCOS dan PMS.

Pengambilan minyak ikan juga dapat melancarkan pengedaran darah dan hasilnya, kulit muka menjadi pinkish! Tak perlu guna blusher pun.

Dapatkan minyak ikan Shaklee sekarang dengan menghubungi : whatsapp 013 924 3387