Showing posts with label Tips pesakit buasir. Show all posts
Showing posts with label Tips pesakit buasir. Show all posts

Thursday 8 August 2013

Tips Untuk Pesakit Buasir

Buasir atau hemorrhoid adalah penyakit di kawasan bahagian dubur. Buasir merupakan kusyen vaskular yang bertindak sebagai penghadang setiap kali kita membuang air besar. Ia akan menutup dubur secara menyeluruh dengan lembut bagi mengelakkan kebocoran najis ataupun cecair. Ia merupakan komponen normal dalam anatomi manusia. 

Masalah timbul apabila berlaku pembengkakan pada kusyen vaskular akibat tekanan atau stress yang diberikan pada rektum berikutan aktiviti meneran. Bengkak ini disebabkan pengembangan saluran darah pada bahagian dubur atau ketumbuhan sel yang melapisi saluran itu. Pendarahan semasa membuang air besar sering berlaku akibat penggeselan najis keras menyebabkan buasir (salur dubur bengkak atau luka).

Faktor dan Jenis Buasir

Pendarahan adalah gejala utama buasir dan hampir 70 peratus penghidapnya mengalami masalah pendarahan setiap kali membuang air besar. Antara faktor penyumbang kepada masalah buasir ini adalah cara pembuangan najis yang salah iaitu gemar meneran apabila membuang air besar, masalah sembelit dan obesiti (berlebihan berat badan). 

Apabila sekilogram berat badan bertambah, abdomen berisiko berdepan dengan bebanan tidak wajar. Apabila diikuti dengan diet tidak betul, ia akan meningkatkan lagi risiko buasir. Wanita hamil juga tidak terkecuali menghidap masalah buasir akibat tekanan kandungan yang semakin membesar.

Terdapat dua jenis buasir iaitu buasir dalam (bengkak pada bahagian dalam) dan buasir luar (bengkak terjulur keluar daripada saluran dubur) dan dua jenis ini boleh berlaku serentak atau berasingan.Dianggarkan 55 peratus penduduk Malaysia mengalami masalah buasir dan 79 peratus adalah lelaki dalam lingkungan usia 20 hingga 60 tahun. 

Tanda-tanda Buasir

Antara tanda-tanda mengalami masalah buasir adalah:
  • Darah segar yang menitis ketika membuang najis
  • Rasa gatal atau sakit di sekeliling dubur
  • Rasa pedih sekitar rektum
  • Luka pada saluran dubur disebabkan nanah
  • Rasa kepanasan selepas membuang air
  • Rasa sakit berdenyut
  • Nanah di kawasan dubur disebabkan jangkitan bakteria
  • Rasa sakit berdenyut
  • Tidak selesa pada bahagian dubur ketika berdiri atau bertinggung lama

Panduan Pemakanan

Antara panduan pemakanan untuk pesakit yang mempunyai masalah buasir ini adalah : 
  • Minum banyak air sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas sehari bagi mengelakkan badan kekurangan air, sekaligus melancarkan pembuangan najis (anggaran 2 hingga 3 liter).
  • Elakkan minuman berkafein seperti teh dan kopi.
  • Jangan mengambil makanan tidak berkhasiat seperti keropok dan minuman berkarbonat.
  • Jangan makan makanan yang keras atau terlalu pedas.
  • Makan makanan yang berserat tinggi seperti bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan. Serat membantu proses penghadaman dan melancarkan pembuangan najis.
  • Makan makanan bersih dan baru dimasak untuk mengelakkan keracunan yang boleh menjadikan buasir bertambah teruk.
  • Kurangkan pengambilan makanan segera atau pun makanan terproses.
  • Sentiasa bersenam seperti berjalan kaki dan berenang. Elakkan sukan berkuda atau berbasikal.
  • Rawatan ringkas boleh dilakukan dengan merendam dubur dalam air garam yang suam selama 10 minit, satu atau dua kali sehari apabila ada tisu bengkak di dubur. Garam yang digunakan adalah garam masak yang biasa. Proses ini dipanggil sitz bath. Air garam mempunyai dua fungsi iaitu mengecutkan tisu yang bengkak dan meredakan kesakitan. 
  • Jangan meneran ketika membuang najis dan disyorkan menggunakan tandas duduk untuk mengurangkan tekanan kepada buasir.
  • Perbaiki peredaran darah anda dengan melakukan senaman. Ketat dan kendurkan otot-otot di celah kaki anda sekerap mungkin secara perlahan-lahan. Kurangkan tekanan daripada rahim, dengan meninggikan paha anda di atas bantal, atau berlutut dengan cara bersujud beberapa saat.
  • Hentikan tabiat merokok dan minuman beralkohol. 





Sumber : Majalah Anis, Jun 2013


Suplemen Shaklee Untuk Masalah Buasir

Omega Guard 
Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Omega membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.

Ostematrix 
Membantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan apabila mengalami luka di bahagian dubur.

Zink 
Disarankan untuk masalah buasir yang kronik seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. Zink membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.


*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.