Showing posts with label Artritis. Show all posts
Showing posts with label Artritis. Show all posts

Saturday 31 March 2018

11 Makanan Yang Bagus Untuk Detoks - Bahagian 2

Jemput baca sambungan daripada entri sebelum ini : 

11 Makanan Yang Bagus Untuk Detoks - Bahagian 1




7. Alfalfa

Anda mungkin tahu bahawa alfalfa dikenali sebagai 'raja segala makanan,' Jadi pastinya anda dapat agak betapa berkhasiatnya ia! Alfalfa adalah gudang kepada 300 jenis nutrisi. Akar tunjangnya mencecah kedalaman 6 meter, membolehkan ia menyerap lebih banyak vitamin dan mineral dalam tanah.
Alfalfa mengandungi pelbagai nutrisi seperti kalsium, magnesium, fosforus, vitamin K, vitamin A, vitamin E, vitamin C dan ditambah dengan jumlah klorofil yang sangat tinggi. Beberapa kajian klinikal mendapati bahawa alfalfa menggalakkan pergerakan usus dan sistem penghadaman yang sihat23-24, membantu mengatasi kebimbangan25 dan menyahtoksin darah26. lnginkan sistem penghadaman yang sihat dan mencuci darah? Cuba alfalfa hari ini juga!


8. Daun senna

Sembelit merupakan satu perkara yang kita tidak sukai. Realitinya, ia adalah satu perkara yang biasa, berulang kali terjadi dan merupakan masalah kesihatan yang sering dialami disebabkan pengambilan serat yang rendah dan dehidrasi. Berdasarkan kajian yang dijalankan di Malaysia, 45.5% daripada subjek mempunyai isu-isu yang berkaitan dengan sembelit dalam tempoh 5-15 tahun, dan 27.7% daripada mereka tidak menyedari bahawa mereka telah mengalami sembelit27.

Untuk pengetahuan anda, daun senna adalah herba yang mesra usus yang boleh membantu masalah sembelit kerana ianya bertindak sebagai julap semulajadi untuk mengalakkan kolon yang tidak aktif kembali bekerja. la juga berkesan untuk menghilangkan ketidakselesaan perut dan daun senna didapati berkesan untuk meningkatkan kekerapan pergerakan usus dan mengurangkan sembelit.


9. Polifenol


Beberapa faktor boleh menyebabkan keradangan yang kronik termasuk pendedahan untuk jangka masa yang panjang terhadap tekanan, toksin alam sekitar, pengambilan nutrisi yang tidak seimbang, mikrob atau jangkitan virus. Kesan keradangan yang berpanjangan boleh merosakkan sel-sel dan membawa kepada pelbagai penyakit metabolik, penuaan pramatang, penyakit jantung koronari dan arterosklerosis (pengumpulan plak dalam arteri)28-29.

Polifenol adalah bahan semulajadi yang terdapat dalam tumbuhan, bertindak sebagai antioksidan dan anti-radang yang hebat untuk merawat kerosakan sel badan akibat keradangan dan pelbagai isu kesihatan yang berkaitan dengannya. Hasil kajian yang dijalankan di seluruh dunia mendapati polifenol memberi pelbagai manfaat untuk kesihatan seperti :

  1. Melindungi jantung daripada penyakit kardiovaskular30, 31
  2. Mengurangkan risiko penyakit neurodegeneratif32, 33 (seperti Parkinson dan Alzheimer)
  3. Meningkatkan kelembapan kulit supaya lebih anjal dan lebih muda34
  4. Memperbaiki kerintangan insulin35

Bagaimana cara untuk anda perolehi kebaikan yang ada pada polifenol? Kebanyakan buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang adalah merupakan makanan yang mengandungi polifenol yang tinggi. Antaranya termasuklah anggur, berri, epal, ceri, teh hijau, brokoli dan strawberi. Jadi, banyakkan pengambilan buah dan sayuran di dalam pemakanan anda bagi memastikan tubuh anda dilindungi dari radikal bebas, pengoksidaan dan radang!



10. Pudina 

Pernahkah anda mengalami sebu atau rasa seperti seluar anda terlalu ketat? Adakah anda selalu sakit perut atau adakah perut anda menjadi buncit seperti belon selepas makan? lni adalah tanda-tanda bahawa anda mengalami kembung perut! Sekiranya tanda-tanda ini dialami untuk tempoh masa yang panjang atau kerap, ini bermakna anda perlu melakukan detoks!

Kembung perut selalunya terjadi disebabkan oleh ketidakhadaman akibat makan berlebihan serta penghasilan tahap cecair dan enzim pencernaan yang rendah. la biasanya terjadi kepada pesakit-pesakit yang menghidapi masalah usus (irritable bowel syndrome) dan sembelit. Apabila perut anda menjadi lebih buncit daripada biasa, ia adalah tanda yang jelas bahawa anda mengalami kembung perut. la bukan sahaja menyebabkan rasa yang tidak selesa, bahkan ia kurang elok dipandang.

Pudina adalah penyelesaian terbaik untuk masalah kembung perut anda! Pudina melegakan kekejangan otot dan membantu saluran pencernaan berehat supaya anda boleh melepaskan gas. Ia juga memberi kesan analgesik dan anestetik yang dapat meredakan sebarang kesakitan36,37,38. Kajian klinikal juga menunjukkan pudina mempunyai manfaat kesihatan lain seperti berfungsi sebagai anti-mikrob dan anti-virus, tinggi dengan antioksidan dan anti-tumor yang kuat serta bertindak sebagai anti-alahan. 


11. Halia 


Seperti pudina, halia adalah sumber terbaik untuk membantu mengatasi masalah kembung perut! Orang India dan Asia selalu menggunakan halia untuk merawat ulser, kembung dan penyakit berkaitan usus.

Halia biasanya digunakan secara tradisional untuk merawat ketidakhadaman kerana ia merangsang pengeluaran air liur dan jus pencernaan untuk menenangkan perut dan usus. Dipercayai bahawa komponen­-komponen halia yang aktif seperti gingerol, menjadikan ianya ubatan yang terkenal untuk melegakan rasa loya dan muntah

Menurut beberapa kajian klinikal, di samping membantu menghilangkan ketidakselesaan di saluran pencernaan, halia juga boleh mengurangkan gejala-gejala artritis39,40. Perap semalaman makanan anda dengan halia atau minum secawan teh halia untuk merawat kembung, melawan ulser, melegakan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengan perut serta yang berkaitan dengan sendi juga.
Sumber : Shaklee Malaysia

Rujukan :

1. Milić , N., Milosević, N., Suvajdzić, L., Zarkov, M., & Abenavoli, L. (2013). New therapeutic potentials of milk thistle (Silybum marianum). Natural Product Communication , 1801-1810. 
2. Das , S. K., Mukherjee, S., & Vasudevan, D. M. (2008 ). Medicinal properties of milk thistle with special reference to Silmaryn; An overview . Natural Product Radiance , 182-192. 
3. Ramasamy, K., & Agarwal, R. (2008 ). Multitargeted therapy of cancer by silymarin. Cancer Lett., 352-362. 
4. Barnes J, Anderson LA, Phillipson JD. Herbal Medicines. London: Pharmaceutical Press, 2002. 
5. Koo HN, Hong SH, Song BK, Kim CH, Yoo YH, Kim HM. Taraxacum officinale induces cytotoxicity through TNF-alpha and IL-1alpha secretion in Hep G2 cells. Life Sci. 2004 Jan 16;74(9):1149-57. 
6. Park HJ, Lee SJ, Song Y, et al. Schisandra chinensis prevents alcohol-induced fatty liver disease in rats. J Med Food. Jan 2014;17(1):103-110. 
7. Ci X, Ren R, Xu K, et al. Schisantherin A exhibits anti-inflammatory properties by down-regulating NF-kappaB and MAPK signaling pathways in lipopolysaccharide-treated RAW 264.7 cells.Inflammation. Apr 2010;33(2):126-136. 
8. Park C, Choi YW, Hyun SK, et al. Induction of G1 arrest and apoptosis by schisandrin C isolated from Schizandra chinensis Baill in human leukemia U937 cells. Int J Mol Med. Oct 2009;24(4):495-502. 
9. Liu SJ, Qu HM, Ren YP. SCP, a polysaccharide from Schisandra chinensis, induces apoptosis in human renal cell carcinoma Caki-1 cells through mitochondrialdependent pathway via inhibition of ERK activation. Tumour Biol. Feb 7 2014. 
10. You JS, Pan TL, Hou YC. Schisandra chinensis protects against adriamycininduced cardiotoxicity in rats. Chang Gung Med J. Jan-Feb 2006;29(1):63-70. 
11. Xu X, Zhou X, Zhou XW, et al. Schizandrin prevents dexamethasone-induced cognitive deficits.Neurosci Bull. Oct 2012;28(5):532-540. 
12. Ko KM, Ip SP, Poon MK, et al. Effect of a lignan-enriched fructus schisandrae extract on hepatic glutathione status in rats: protection against carbon tetrachloride toxicity. Planta Med. Apr 1995;61(2):134-137. 
13. Panossian A, Oganessian A, Ambartsumian M, et al. Effects of heavy physical exercise and adaptogens on nitric oxide content in human saliva. Phytomedicine 1999;6(1):17–26. 
14. Jo, Sung-Hoon et al. “In Vitro and in Vivo Anti-Hyperglycemic Effects of Omija (Schizandra Chinensis) Fruit.” International Journal of Molecular Sciences 12.2 (2011): 1359–1370. PMC. Web. 18 Apr. 2016. 
15. Joseph S, Sabulal B, George V, Antony KR, Janardhanan KK. Antitumor and anti-inflammatory activities of polysaccharides isolated from Ganoderma lucidum. Acta Pharm. 2011 Sep 1;61(3):335-42 
16. Wachtel-Galor S, Szeto YT, Tomlinson B, et al. Ganoderma lucidum (’Lingzhi’); acute and short-term biomarker response to supplementation. Int J Food Sci Nutr. Feb 2004;55(1):75-83. 
17. Wachtel-Galor S, Tomlinson B, Benzie IF. Ganoderma lucidum (“Lingzhi”), a Chinese medicinal mushroom: biomarker responses in a controlled human supplementation study. Br J Nutr. Feb 2004;91(2):263-269. 
18. Ng TP, Chiam PC, Lee T, et al. Curry consumption and cognitive function in the elderly. Am J Epidemiol. Nov 1 2006;164(9):898-906. 
19. Sanmukhani J, Satodia V, Trivedi J, et al. Efficacy and safety of curcumin in major depressive disorder: a randomized controlled trial. Phytother Res. 2014 Apr;28(4):579-85. 
20. Menon VP, Sudheer AR. Antioxidant and anti-inflammatory properties of curcumin. Adv Exp Med Biol. 2007;595:105-25. 
21. Lattanzio, V., Cicco, N., and Linsalata, V. (2005). Antioxidantactivities of artichoke phenolics. Acta Horticulturae, 681: 421–428. 
22. Ceren Gezer, Sevinç Yucecan , Suresh Inder Singh Rattan. (2015). Artichoke compound cynarin differentially affects the survival, growth, and stress response of normal, immortalized, and cancerous human cells. 39: 299-305 
23. Jasjeet D, Pankaj K, Tiwari BN, Rakesh P. Chemo-pharmacological aspects of alfalfa. ScienSage. 2011(2)1;50-53 
24. Castleman M, Emmaus PA. The healing herbs. Rodale Press, 1991;37-9. 
25. Bora KS, Sharma A. Phytochemical and pharmacological potential of Medicago sativa: a review. Pharm Biol. 2011 Feb;49(2):211-20: 10.3109/13880209.2010.504732. 
26. Egner, Patricia A., Jin-Bing Wang, Yuan-Rong Zhu, Bao-Chu Zhang, Yan Wu, Qi-Nan Zhang, Geng-Sun Qian, et al. 2001. “Chlorophyllin intervention reduces aflatoxin–DNA adducts in individuals at high risk for liver cancer.” Proceedings of the National Academy of Sciences 14601-14606. 
27. Mazlyn, M M, L H Nagarajah, A Fatimah , A K Norimah , and K L Goh. 2013. “Stool patterns of Malaysian adults with functional constipation: association with diet and physical activity.” Malaysia Journal of Nutrition 53-64. 
28. P. C. Calder, R. Albers, J.-M. Antoine, S. Blum, R. Bourdet-Sicard, G. A. Ferns, G. Folkerts, P. S. Friedmann, G. S. Frost, F. Guarner, M. Løvik, S. Macfarlane, P. D. Meyer, L. M’Rabet, M. Serafini, W. van Eden, J. van Loo, W. Vas Dias, S. Vidry, B. M. W. 2009. “Inflammatory Disease Processes and Interactions with Nutrition.” British Journal of Nutrition 1-45 
29. Levine, T B, and A B Levine. 2012. Metabolic Syndrome and Cardiovascular Disease. Oxford, UK : Blackwell Publishing. 
30. Maulik, D. K. (2006). Resveratrol in cardioprotection: A therapeutic promise of alternative medicine. Molecular Interventions, 36-47. 
31. Mobasheri, A. e. (2012). Scientific Evidence and Rationale for the Development of Curcumin and Resveratrol as Nutraceutricals for Joint Health. International Journal of Molecular Sciences , 4202–4232. 
32. Rizvi, K. B. (2009). Plant polyphenols as dietary antioxidants in human health and disease. Oxidative Medicine and Cellular Longevity, 270-278. 
33. Schaffer S, H. B. (2012). Do polyphenols enter the brain and does it matter? Some theoretical and practical considerations. Genes & Nutrition, 99-109. 
34. Joi A. Nichols, S. K. (2010). Skin photoprotection by natural polyphenols: antiinflammatory, antioxidant and DNA repair mechanisms. Archives of Dermatological Research, 71-83. 
35. Ali Movahed, Iraj Nabipour, Xavier Lieben Louis, et al., “Antihyperglycemic Effects of Short Term Resveratrol Supplementation in Type 2 Diabetic Patients,” Evidence-Based Complementary and Alternative Medicine, vol. 23. 
36. Valussi M. Functional foods with digestion-enhancing properties. 2012. Int J Food Sci Nutr. 82-89 
37. Pittler MH, Ernst E. Peppermint oil for irritable bowel syndrome: a critical review and metaanalysis.Am J Gastroenterol. Jul 1998;93(7):1131-1135. 
38. Merat S, Khalili S, Mostajabi P, et al. The effect of enteric-coated, delayedrelease peppermint oil on irritable bowel syndrome. Dig Dis Sci. May 2010;55(5):1385-1390. 
39. Pittler MH, Ernst E. Peppermint oil for irritable bowel syndrome: a critical review and metaanalysis.Am J Gastroenterol. Jul 1998;93(7):1131-1135. 
40. Merat S, Khalili S, Mostajabi P, et al. The effect of enteric-coated, delayedrelease peppermint oil on irritable bowel syndrome. Dig Dis Sci. May 2010;55(5):1385-1390.