Tuesday 21 February 2017

Gila Meroyan Boleh Membunuh : Nutrisi Yang Diperlukan Untuk Mengelaknya

Melahirkan cahaya mata merupakan kenangan yang paling manis. Namun dalam masa yang sama ia boleh memberi tekanan. Ramai ibu tak kira yang pertama kali melahirkan atau pun yang telah banyak kali melahirkan akan mengalami pospartum blues. Ini termasuklah mood swing, keresahan dan kesukaran untuk tidur. Ini adalah perkara yang biasa dan tak perlu dirisaukan. 

Tekanan perasaan atau depression selepas melahirkan berpunca daripada pelbagai faktor termasuklah hormon yang turun naik semasa mengandung dan melahirkan, faktor persekitaran, kesakitan dan kesakitan semasa proses kelahiran dan semasa pantang, emosi, sokongan keluarga dan juga genetik yang di luar kawalan kita.

Sesetengah ibu pula mengalami keadaan yang lebih teruk, dikenali sebagai postpartum depressionSatu kajian menunjukkan 1 daripada 7 wanita mengalami postpartum depression. Kajian yang diterbitkan dalam Jurnal JAMA Psychiatry itu menunjukkan 22% daripada jumlah tersebut mengalami postpartum depression sehingga setahun selepas melahirkan.

Simptom postpartum depression ialah :

  • Tekanan perasaan atau mood swing yang kronik
  • Sering menangis walaupun tanpa sebab
  • Hilang selera makan atau makan lebih banyak daripada biasa
  • Keletihan melampau
  • Hilang minat dalam aktiviti yang sebelumnya sangat disukai
  • Sering marah walaupun hal yang remeh-temeh
  • Kebimbangan tidak dapat menjadi ibu yang baik
  • Tak mampu berfikir dengan baik

Jika tidak dirawat, postpartum depression boleh berlanjutan hingga berbulan-bulan.

Manakala untuk postpartum psychosis atau dalam masyarakat kita lebih dikenali sebagai gila meroyan, keadaan ini jarang-jarang berlaku. Ia berlaku antara minggu pertama selepas kelahiran.

Simptom-simptom postpartum psychosis : 

  • Enggan makan
  • Halusinasi dan delusi
  • Gangguan tidur
  • Paranoid
  • Hilang ingatan
  • Bercakap sesuatu yang pelik dan tak masuk akal
  • Mendengar suara-suara ghaib yang menyuruh mereka melakukan perkara yang tak sepatutnya
  • Cuba mencederakan diri sendiri dan bayi
  • Selalu terfikir untuk mati atau bunuh diri.

Psikosis boleh mengancam nyawa jika tak dirawat dengan segera. Dalam masyarakat kita, psikosis sering juga disalah erti sebagai gangguan makhlus halus atau akibat buatan orang. Sedangkan ia memang berkait rapat dengan gangguan pada otak. Justeru itu perlu berhati-hati dalam mendiagnos pesakit dengan simptom-simptom ini. 

Nutrien Untuk Postpartum Depression dan Postpartum Psychosis.



Menurut Virginia Hopkins Health Watch, postpartum depression berkait rapat dengan ketidakseimbangan kimia dalam otak, yang berpunca daripada kekurangan nutrien yang menstabilkan neurotransmitter serotonin dan norepinephrine. Dalam kes ini rawatan doktor diperlukan, selain menggunakan vitamin dan herba sebagai tambahan. 

Suplemen berikut boleh membantu para ibu semasa pantang dalam mengelak tekanan atau depression :

Iron atau Zat Besi 
Iron atau zat besi boleh mempengaruhi mood dan boleh menyebabkan kemurungan pada wanita yang mengalami masalah anemia. Pengambilan VitaLea Shaklee (mengandungi iron) yang konsisten dapat mengelak risiko anemia .

Vitamin B12
Kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan gangguan pada mood. Kekurangan vitamin B12 akan meningkatkan risiko kemurungan 2 kali ganda. Vitamin B Kompleks Shaklee mengandungi vitamin B12 yang senang diserap oleh wanita hamil.

Riboflavin, atau vitamin B2
Riboflavin, atau vitamin B2, boleh membantu mengurangkan risiko postpartum depression dan postpartum psychosis. Dalam Journal of Affective Disorders, para pengkaji mengkaji riboflavin bersama dengan folate, cobalamin dan pyridoxine. Riboflavin satu-satunya vitamin yang memberi kesan positif terhadap ketidakseimbangan mood. 

Asid Folik 
Kekurangan asid folik juga boleh mengganggu mood seseorang. Cara untuk meningkatkan paras asid folik dengan cepat ialah dengan mengambil 3 tablet vitamin B Kompleks 3 atau 4 kali sehari. Oleh sebab vitamin B mudah larut dalam air, ibu perlu memastikan pengambilan vitamin B dalam jumlah yang mencukupi setiap hari. Vitamin B Kompleks Shaklee dilengkapi dengan asid folik. 

Inositol 
Wanita dengan postpartum depression mempunyai paras inositol yang rendah. Inisitol terkandung dalam Lecithin Shaklee. Pengambilan Lecithin Shaklee dalam amaun yang banyak, 1 hingga 3 kapsul, untuk 3 atau 4 kali sehari boleh meningkatkan paras inositol dalam badan sehingga 70%.

Asid lemak Omega 3
Asid lemak Omega 3 dalam minyak ikan, terutamanya DHA, diperlukan untuk fungsi sistem saraf yang normal. Wanita yang mengalami kemurungan selepas melahirkan biasanya mengalami kekurangan asid lemak Omega 3 (DHA) berbanding mereka yang tak mengalaminya. Paras asid lemak Omega 3 (EPA) yang rendah pula berkait rapat dengan tahap kemurungan.

EPA dan DHA merupakan asid lemak perlu, bermakna kita perlu mengambilnya dalam diet untuk mencukupkan keperluan harian. Simpanan DHA dalam tubuh akan berkurangan sehingga 50% sepanjang kehamilan dan tidak akan kembali kepada asal sehinggalah 6 bulan selepas kelahiran. 

Oleh sebab otak bayi terdiri daripada 60% lemak, pengambilannya sangat-sangat penting. Jika ibu tak dapat mengambil sumber makanan yang mengandungi asid lemak Omega 3 secukupnya, ia hendaklah ditampung dengan pengambilan suplemen minyak ikan. Pengambilan Omega Guard Shaklee boleh membantu mengurangkan kemurungan selepas bersalin.

Kalsium dan Vitamin D
Menurut University of Michigan Depression Center, kalsium boleh membantu mengurangkan simptom postpartum depression. Untuk memastikan badan dapat menyerap kalsium dengan sepenuhnya, vitamin D perlu diambil dalam jumlah yang mencukupi. Keperluan kalsium untuk wanita yang menyusu ialah 1000 mg, dengan upper limit 2500 mg dan vitamin D 400 international units. Ostematrix (kalsium) Shaklee lengkap dengan vitamin D.

Potassium
Ibu yang bersalin mungkin mengalami penurunan paras potassium yang berkait rapat dengan penurunan paras progesterone. Ia  boleh menyebabkan postpartum depression. Performance Drinks dan VitaLea Shaklee mengandungi potassium yang diperlukan.

Selenium
Paras selenium yang mencukupi adalah penting untuk mencegah kemurungan dan kerisauan. Pengambilan selenium dalam jumlah yang mencukupi telah terbukti dapat melegakan kemurungan dan keresahan yang disebabkan oleh banyak sebab yang memberi tekanan/stress. Pelbagai kajian membuktikan keberkesanannya dalam menghalang kemurungan. Vitamin E Shaklee dilengkapi dengan selenium yang juga bertindak sebagai antioksidan yang dapat mencegah kerosakan sel otak akibat tindakan radikel bebas.

Tryptophan
Serotonin merupakan neurotransmitter, bahan kimia yang penting untuk keseimbangan mood. Ketidakseimbangan paras serotonin boleh mempengaruhi mood yang menyebabkan kemurungan. Otak memerlukan bekalan asid amino (tryptophan) dan vitamin B6 yang mencukupi untuk menghasilkan serotonin. Protein dalam makanan hanya mengandungi peratusan tryptophan yang sedikit berbanding asid amino lain. Hanya kira-kira 3 peratus tryptophan dalam makanan ditukarkan kepada serotonin dalam otak. ESP Shaklee mengandungi tryptophan iaitu salah satu daripada 9 asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh badan dan mesti diambil daripada diet pemakanan.

Pengambilan suplemen selepas kelahiran merupakan langkah terbaik untuk mengelak postpartum depressionSelain pemakanan yang baik, rehat yang mencukupi, sokongan keluarga juga penting dalam mengelak masalah ini. Selain itu, penting juga untuk ibu-ibu mengamalkan zikir-zikir dan mendengar bacaan Alquran ketika dalam pantang dan tak dapat melakukan ibadat seperti solat. Amalan rohani dapat membantu ibu lebih tenang ketika tubuh berada dalam keadaan lemah dan 'fragile'. 

Ahli keluarga juga perlu 'alert' jika mendapati ibu lepas bersalin mempunyai tanda-tanda seperti yang disebutkan di atas. Para suami juga tak dapat tidak, mesti memiliki ilmu pengetahuan serba sedikit mengenai kehamilan dan kelahiran supaya kejadian yang tak diingini dapat dielak. 

Rujukan : 
http://www.babycenter.com/0_postpartum-depression_227.bc
http://www.livestrong.com/article/323770-herbal-vitamin-supplements-to-treat-postpartum-depression/
http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/postpartum-depression/basics/symptoms/con-20029130

Untuk konsultasi lanjut mengenai vitamin untuk ibu lepas bersalin, boleh hubungi saya melalui whatsapp atau sms : 013-924 3387 (Kamilah)

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment