Monday, 26 December 2016

Bila Down Dalam Bisnes

Hidup kita tak pernah sunyi daripada masalah dan cabaran. Apatah lagi dalam bisnes. Bila ditimpa masalah yang berat, lemah semangat serta down kadang-kadang rasa macam nak berhenti je buat semua ni. Tapi ada misi dan matlamat yang belum selesai yang membuatkan diri terus bertahan.

Apa yang Kak Kam lakukan jika down atau jika berhadapan masalah dalam bisnes?

$ Menangis.
Bila berlaku benda di luar kawalan dan rasa tak tahan sangat memang akan menangis. Lepas menangis tidur. Bangun tidur tu rasa lega sangat.
Tapi bukanlah semua benda nak menangis. Benda remeh-temeh tak la. Contohnya macam customer tanya tapi tak jadi order. Yang ni perkara biasa dan ia mengajar kita supaya lebih pandai dalam melayan customer. Dulu-dulu down jugak, sekarang tak lagi.

$ Lupakan hal bisnes untuk seketika
Biasanya memang akan lupakan hal bisnes untuk seketika. Buat benda-benda yang disukai - baca buku, dengar lagu atau pun kemas rumah.

$ Baca success story orang lain
Salah satu cara nak naikkan motivasi di kala down ialah baca success story orang lain terutamanya orang dalam Shaklee. Bila kita baca cerita mereka, kadang tu rasa beratnya ujian yang mereka lalui. Kita tak pernah pun berhadapan perkara sedemikian. Apa sangatlah masalah kita berbanding apa yang dialami oleh mereka. Jadi bersemangat balik lepas tu.

$ Minta nasihat daripada orang lain
Bila kita sendiri tak dapat selesaikan masalah, cari orang lain yang boleh kita rujuk. Tak semua benda kita perlu luahkan kepada orang tapi jika ada seseorang yang dapat membantu dan dipercayai ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

$ Tengok ceramah ustaz yang kelakar
Ni baru je buat kebelakangan ini. Bila dengar ceramah ustaz yang kelakar tapi bukan lawak bodoh memang release tension. Dalam masa yang sama dapat tambah ilmu.

$ Mengadu pada Allah
Last but not least ialah mengadu dengan Allah. Ini sebenarnya perkara pertama yang harus dilakukan. Bercakap dengan Allah macam kita bercakap dengan seseorang. Bukan lepas sembahyang di atas sejadah je boleh berdoa. Anytime pun boleh. Solat, qiamullail, zikir, mengaji. Inilah sebenarnya yang menguatkan diri di kala berhadapan masalah atau down. Amalan rohani salah satu senjata untuk menguatkan diri bukan sahaja dalam bisnes tapi juga dalam kehidupan. Inilah juga tips yang mentor Shaklee kami selalu pesan.

InsyaAllah walau apapun cabaran dan onak duri akan dapat dihadapi dengan sabar dan tenang.


Ingin dapatkan produk Shaklee? Sms/whatsapp 013-924 3387 (Kamilah) untuk order dan sebarang pertanyaan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...