Saturday, 6 August 2016

Apa Itu Detox?

Detox atau detoks merupakan proses semulajadi tubuh untuk menukar, meneutralkan atau mengeluarkan bahan buangan atau  toksin daripada tubuh.

Macam kita gosok gigi, mandi setiap hari, macam tu lah tubuh perlu di'bersihkan' dari kotoran.

Apa perasaan bila seharian tak mandi atau tak gosok gigi, mesti kita akan rimas dan rasa tak selesa.

Begitu juga tubuh kita perlu melakukan perkara yang sama.

Dari mana datangnya toksin ni? Sebenarnya dalam rumah kita sendiri dipenuhi dengan toksin. Ini termasuklah :

1. Produk penjagaan rumah (pencuci tandas, sabun basuh, softener, pencuci pinggan mangkuk), perfume, air freshener, cat, rokok dan asap.

2. Makanan terproses yang mengandungi perisa, pewarna tiruan dan bahan kimia yang lain supaya ia tahan lama, makanan daripada sumber GMO iaitu bukan makanan organik.

3. Toksin yang diserap melalui kulit iaitu pada pakaian, cadar, tuala dan lain-lain.

Senarai di atas hanyalah sebagai contoh. Kalau nak disenaraikan semua memang terlalu banyak.

Organ atau bahagian tubuh yang terlibat dalam proses detoksifikasi ialah usus, buah pinggang dan juga hati.

Hati merupakan organ detoks yang paling penting.

Jika toksin tidak dikeluarkan sebagaimana sepatutnya, ketiga-tiga organ ini akan dipenuhi dengan toksin yang akan menyebabkan pelbagai masalah dan penyakit seperti sembelit, masalah angin, dan lain-lain.

Cara terbaik untuk detoks ialah dengan :

1. Ambil hanya bahan semulajadi (sayur dan buah) , bukannnya yang diproses seperti nasi putih, roti, pasta, banyakkan minum air.

2. Elakkan pengambilan gula, kafein, garam dan lain-lain.

3. Jangan ambil alkohol, dadah atau bahan-bahan lain yang boleh mengganggu detoks.

4. Ambil suplemen daripada bahan semulajadi dan berasaskan buah dan sayur.

Untuk pertanyaan tentang produk Shaklee dan untuk order sila hubungi:

Puan Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp sahaja : 013-924 3387
Facebook : Siti Nor Kamilah 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...