Wednesday 7 October 2015

16 Makanan Untuk Atasi Sembelit Pada Kanak-kanak

Masalah sembelit sering berlaku pada kanak-kanak terutamanya selepas kita mula bagi makanan pejal kepada mereka. Sembelit biasanya berlaku apabila kanak-kanak buang air besar kurang 3 kali dalam seminggu. 

Ada sembelit yang disebabkan susu tepung yang tidak sesuai. Selain itu, kurang pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan juga turut menyumbang kepada berlakunya sembelit. 

Walau bagaimanapun, kadang-kadang kita sebagai ibu rasa dah beri anak makan sayur dan buah-buahan secukupnya tapi sembelit masih juga berlaku.

Semasa Khadijah (anak perempuan saya) berumur lebih kurang 3 tahun, sembelit sering juga terjadi. Sampai berpeluh-peluh duduk dalam tandas sebab terlalu lama. Masa tu belum cuba Shaklee, jadi penyelesaiannya, jumpa doktor. 

Ibu muda ini juga mengalami masalah yang sama. Sampai buntu nak buat apa untuk selesaikan masalah tersebut. Mak mana yang tak sayang anak kan?


Selain tips yang dikongsikan di atas, banyak makanan semulajadi yang boleh diberikan untuk masalah sembelit.

16 makanan yang dapat mengatasi masalah sembelit pada kanak-kanak : 



1. Brokoli
Brokoli  mengandungi serat yang tinggi, di mana ia membantu dalam pergerakan usus. Ia boleh dijadikan salad, dimasukkan ke dalam sup atau atau dimakan secara mentah (jika anak anda suka). 



2. Lobak merah
Lobak merah tinggi dengan serat dan membantu dalam penghadaman. Serat juga merangsang penghasilan jus gastrik dan memastikan pergerakan usus lancar. 




3. Bayam
Bayam bukan sahaja kaya dengan zat besi, malah ia dilengkapi dengan nutrisi penting yang mencuci dan membina semula saluran usus. Ia juga memastikan bahan buangan dikeluarkan oleh tubuh pada masa yang betul. 




4. Oren
Oren kaya dengan vitamin C, yang membantu meningkatkan sistem imun dan kekalkan kesihatan tubuh, termasuklah kesihatan sistem penghadaman. Ia juga kaya dengan serat, yang membuatkan pergerakan najis lebih lancar dan mencegah sembelit. Ia seeloknya dimakan begitu sahaja, dan bukannya diambil dalam bentuk jus. Ini kerana serat dalam buah oren yang dijadikan jus akan hilang. Ambil 1 hingga 2 biji oren sebelum tidur dan juga selepas bangun tidur. Ia akan membantu merangsang usus. 




5. Nenas
Jus nenas merupakan julap semulajadi yang dapat membantu pergerakan usus. Ia juga membantu mengawalselia sistem penghadaman dan mencegah sembelit. Untuk kesan yang optimum, jus nenas yang disediakan sendiri adalah lebih baik berbanding jus nenas yang dijual di pasaran. Adalah disyorkan untuk mengambil setengah gelas jus nenas setiap pagi untuk kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit. 




6. Epal
Ada betulnya pepatah 'an apple a day keeps the doctor away'. Salah satunya ialah kerana epal membantu sistem penghadaman berfungsi dengan lebih baik. Epal juga boleh membantu dalam masalah cirit-birit. Ini kerana epal bertindak sebagai agen pengumpulan yang membantu bahan buangan bergerak dalam sistem penghadaman. 



7. Ubi keledek
Ubi keledek juga salah satu makanan yang tinggi serat, justeru ia amat membantu dalam mencegah sembelit. 


8. Oat
Oat dikenali sebagai makanan yang bagus untuk menurunkan kadar kolesterol. Ia juga sebenarnya bagus untuk sistem penghadaman. 




9. Lemon
Sejak dari dulu lagi lemon digunakan dalam perubatan Ayurveda sebagai rawatan untuk masalah sembelit. Lemon dipercayai bertindak sebagai agen pembersih yang membantu dalam detoksifikasi tubuh dan mencuci usus. Segelas air suam yang dicampur dengan lemon dan sedikit garam yang diambil di awal pagi, membantu pergerakan najis dalam usus.



10. Prun
Buah prun kaya dengan serat, vitamin A dan potassium dan sangat bagus untuk merawat sembelit. Ia mengandungi sorbitol yang bertindak sebagai julap semulajadi. Prun melembutkan najis supaya dapat keluar dengan lancar. Jika tidak suka makan buahnya, ia boleh juga diambil dalam bentuk jus. 



11.Buah tin
Buah tin terkenal sebagai julap semulajadi yang berkesan, sama ada diambil buahnya yang masak atau yang dikeringkan. Apabila diambil dengan segelas susu, ia merangsang usus dan memudahkan perjalanan najis dalam usus. Ambil sebelum tidur dan teruskan pengambilan sehingga sembelit hilang.

 
12. Beras perang
Beras putih iaitu beras yang biasa kita gunakan mengandungi serat yang paling sedikit berbanding beras-beras lain. Manakala beras perang mengandungi lebih serat dan juga lebih sihat. Jika tidak suka rasanya, boleh juga ambil beras perang Basmathi yang rasanya lebih sedap.



13. Aloe vera
Aloe vera yang biasanya digunakan untuk masalah kulit dan rawatan kecantikan, juga dapat membantu masalah berkaitan penghadaman, terutamanya sembelit. Aloe vera dipercayai mempunyai fungsi julap semulajadi yang merangsang pengosongan usus secara semulajadi. Pengambilan hanya 1 sudu besar isi aloe vera 2 kali sehari dapat menunjukkan kesan yang memberangsangkan. Selain itu, aloe vera juga dapat membantu membuang toksin dari perut.    



14. Jambu batu
Pengambilan jambu batu secara konsisten dapat membantu mencegah dan merawat sembelit di kalangan kanak-kanak secara semula jadi. Beberapa kajian menunjukkan jambu batu menggalakkan pengeluaran mukus, yang bertindak merangsang peristalsis (pergerakan kembang kuncup otot dalam usus) dan seterusnya memudahkan najis keluar. 


15. Flaxseed
Flaxseed merupakan salah satu sumber serat dan merupakan makanan terbaik untuk masalah sembelit di kalangan kanak-kanak mahupun orang dewasa. Penyediaan flaxseed boleh dipelbagaikan, sama ada ditambah ke dalam bijirin sarapan pagi atau dicampur dalam segelas air. Serat dalam flaxseed bukan sahaja efektif untuk masalah sembelit. Ia juga baik untuk penyakit diabetes, hipertension, penyakit jantung, obesiti dan juga kanser. 
 

16. Air
Yang terakhir iaitu air bukanlah termasuk dalam makanan. Pengambilan air merupakan langkah yang paling mudah dan berkesan dalam mencegah sembelit. Biasanya kanak-kanak agak sukar untuk minum air dalam jumlah yang banyak, lebih-lebih lagi jika tiada siapa yang mengingatkan mereka. Kanak-kanak perlu mengambil 5 hingga 7 gelas air sehari, lebih-lebih lagi ketika mengalami sembelit.  

Jika telah cuba makan macam-macam tapi tetap sembelit, alternatif lain ialah dengan membekalkan anak dengan Meal Shakes.

Siti Nor Kamilah
Pengedar Sah Shaklee
SMS/Whatsapp 013-924 3387


1 comment:

  1. Anak saya setahun 5 bulan pon sembelit juga, jarang makan tapi kerap menyusu badan. Yang saya perasan, kalau saya mkn banyak tembikai, dia pon lawas. Tapi kalau sampai 3 hari tak membuang, kene bagi Lactul juga. Kalau tak, tak sanggup tengok dia meraung2 bila sampai masa nak membuang

    ReplyDelete