Sunday 21 June 2015

Kenapa Saya Mula Bisnes Shaklee?

Saya mula terlibat dengan Shaklee pada tahun 2012. Masa tu, saya masih bekerja sebagai Pembantu Tadbir. Jawatan sementara sahaja. Dengan gaji yang statik setelah mengalami 3 kali kenaikan. 

Apapun Alhamdulillah ada juga kerja berbanding rakan-rakan sepengajian yang masih lagi kerja kontrak atau pun kerja yang memang takde kaitan langsung dengan apa yang kami pelajari di universiti. 

Well, kerja saya pun memang langsung tak berkaitan. Dari sains (Biodiversiti) ke pembantu tadbir. Memang jauh. Lagipun saya cuma guna sijil SPM untuk jawatan ni.  

Lepas grad dulu, lebih daripada setahun jugak makan anggur. Siap buat projek tanam sayur lagi dengan mak saudara saya yang sama-sama baru habis belajar. 

Mak saudara saya tu sama umur. Boleh imagine tak macam mana? Masa ummi mengandungkan saya, nenek mengandungkan mak saudara saya ni hehe. 

Pernah juga jadi Guru Sandaran Tak Terlatih (GSTT) untuk sebulan menggantikan guru bersalin di Sekolah Kebangsaan Guntong, Setiu. Tapi saya 'surrender'.

Cukuplah sekali tu sahaja jadi cikgu. Memang saya tak reti nak mengajar. Lebih-lebih lagi nak kawal murid-murid. Failed! 

Memang saya tak minat dengan kerjaya perguruan ni walaupun Arwah Abah dan Ummi saya dua-dua guru. Yelah, ramai juga yang tanya termasuk ayah saudara saya.

Kenapa tak appy KPLI je? Soalan yang kerap ditanya setelah lama grad tapi tak dapat kerja yang bersesuaian dan setimpal dengan ijazah saya. Jawapan saya mudah. Memang saya tak minat. Buat apa kita buat sesuatu yang kita tak minat kan? 

Bukan tak pernah apply kerja lain, masalahnya memang takde satu pun yang saya apply tu panggil untuk temuduga. Jadi sampai satu tahap dah give up untuk apply setiap kali ada iklan jawatan kosong. 

Lepas tu, sempat jugak cari pengalaman bekerja di Kedai Buku KUSZA (sekarang UNISZA). Kerja ni ok sikit sebab saya suka buku. Boleh baca buku kegemaran. Tapi kadang-kadang bosan jugak terutamanya bila tiada kerja. Gaji pun tak seberapa. Saya berhenti bila dapat kerja Pembantu Tadbir tu.

Maka bermulalah episod sebagai Pembantu Tadbir aka Kerani. Masa mula bekerja saya enjoy kerana berada di bahagian Lelongan Tanah. Quite interesting. Banyak yang saya belajar terutamanya tentang pinjaman atau loan bank. 

1 hingga 3 tahun pertama ok. Saya masih suka kerja saya. Tapi lepas tu bila ditukarkan ke bahagian lain yang saya tak minat, memang agak mencabar. Dan stressful. Masa ni saya dah pun mendirikan rumahtangga. 

Pendapatan suami isteri memang cukup-cukup makan je. Untuk bermewah-mewah memang tak dapat la. Masa ni lah saya mula mencari-cari bisnes yang sesuai dijalankan secara part time. 

Sebenarnya memang impian saya dari dulu lagi nak jadi businesswoman. Saya suka tengok life style orang yang buat bisnes ni. Selain memiliki income yang banyak, mereka juga ada masa lapang yang banyak. Tak perlu terikat dengan sesiapa. 

Selain itu, saya mempunyai impian untuk jadi surirumah sepenuh masa tapi pada masa yang sama dapat jana income dari rumah. Saya nak jaga sendiri anak saya. Tak nak hantar ke pengasuh atau nurseri. 

Bila saya kenal Shaklee dan tahu mengenai peluang yang ditawarkan, saya sangat tertarik. Kerana ia sangat mudah. Ada laptop, internet dan telefon. Serta modal RM 65. Itu sahaja yang diperlukan untuk mulakan bisnes Shaklee. 

Yang dapat 5 hingga 6 angka pun ramai. Jadi peluang untuk saya dapat income sebegitu sangat cerah. Hanya dari rumah. Tidak perlu sewa kedai dan sebagainya. Itulah keistimewaan Shaklee.

Juga saya percaya jika buat Shaklee sungguh-sungguh, saya pasti dapat berhenti kerja suatu hari nanti (sekarang dah pun berhenti). Dan juga dapat capai impian saya yang besar-besar tu dengan Shaklee.

Siti Nor Kamilah
Shaklee Independent Distributor
013-924 3387


No comments:

Post a Comment