Sunday 2 March 2014

Tak Tahu Nak Ambil Vitamin Mana? Mula Dengan Set Asas Shaklee

Vitamin oh vitamin. Bagi yang tak pernah ambil mana-mana vitamin tak kira berapa umur anda sekarang pasti tertanya-tanya. Perlu ke aku ambil vitamin, bukan ada sakit apa pun. Tengok sesetengah orang tu, tak ambil vitamin pun tapi sihat je. Tapi ada juga tengok orang yang ambil vitamin ni, nampak berbeza daripada orang lain. Cergas semacam je. 

Jadi, nak ambil ke tak nak? Jawapannya, terpulang kepada diri sendiri. Tapi, jika anda berminat untuk mula mengambil vitamin atau suplemen, teruskan pembacaan anda. Pertama sekali, kita kena tahu apa tujuan ambil vitamin. Jawapannya, sudah tentulah supaya lebih sihat, dan sebagai langkah pencegahan daripada mendapat sebarang penyakit, lebih-lebih lagi penyakit kronik. 

Kekurangan nutrisi tidak boleh dipandang remeh. Ini adalah kerana penyakit terjadi berpunca daripada kekurangan nutrisi atau pun berlebihan nutrisi. Kurang pun tak elok, lebih pun tak elok. Jadi sederhana itu lebih baik.  

Tapi apa pun keadaannya, mencegah ternyata lebih mudah daripada mengubati. Cara untuk mencegah daripada sebarang penyakit ialah dengan membekalkan tubuh kita dengan zat atau nutrisi yang mencukupi.  

Set Shaklee Family Wellness atau lebih dikenali sebagai Set Asas Shaklee terdiri daripada suplemen asas yang terdiri daripada multivitamin, vitamin b kompleks, vitamin c dan protein. 

Set Asas Shaklee


1. Vitalea (multivitamin)

Berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya, sumber makanan kita seharian sangat kurang nutrisinya berpunca daripada amalan pertanian moden, pengeluaran secara besar-besaran, kaedah pemprosesan dan juga cara memasak. 

Badan kita bukan sahaja memerlukan satu atau dua jenis nutrien sahaja, malah bermacam-macam nutrien untuk menjalankan fungsinya secara optimum. Maka pengambilan multivitamin sangat penting dalam diet seharian. 

Vitalea Shaklee diformulasi khas dengan 28 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh orang dewasa. Kalau tak suka telan banyak-banyak vitamin, paling kurang Vitalea ni mesti anda ambil. 

2. Vitamin B Kompleks

Vitamin b kompleks Shaklee mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B termasuklah biotin dan asid folik. Antara fungsi utama b kompleks :
  • Meningkatkan metabolisme dan mengurangkan masalah keletihan
  • Melegakan stress - baik untuk sakit kepala, kemurungan dan insomnia
  • Penting untuk mendapat kulit yang cantik
3. Vitamin C

Vitamin c merupakan vitamin antioksida. Kenapa perlu ambil vitamin c? Kerana ia tidak boleh disimpan atau dihasilkan oleh tubuh kita.

Secara umumnya, vitamin c penting untuk perkembangan sel yang sihat dan meningkatkan sistem imun.


Pendek kata, semua orang perlukan vitamin c dari bayi hinggalah lanjut usia.


4. ESP (protein)


Bila bercakap tentang soya, ramai yang takut nak ambil kerana dikatakan soya penyebab kanser. Tapi ramai yang tak tahu, sebenarnya soya yang boleh sebabkan kanser hanyalah soya GMO atau lebih mudah disebut sebagai soya yang telah diubah suai secara genetik.

Manakala, produk ESP Shaklee dihasilkan daripada NON-GMO soya. Protein penting untuk membina sel-sel tubuh kita.


Secara keseluruhannya, pengambilan set asas Shaklee memberi kebaikan seperti berikut :


Anda akan merasai perbezaannya seawal 1 bulan, dengan pengambilan yang konsisten serta cara pengambilan yang betul. 

Dapatkan TIPS EKSKLUSIF cara pengambilan vitamin yang betul dengan setiap pembelian di blog ini. 

Jika anda mempunyai sebarang persoalan tentang set asas Shaklee, boleh hubungi saya dengan sms/whatsapp ke 013-924 3387.