Wednesday 15 October 2014

TIPS UNTUK BAKAL PESERTA IMKK 23 - 26 OKTOBER 2014

Pejam celik pejam celik dah pun bulan Oktober. Rasa macam baru lagi saya hadir IMKK bulan Jun lalu. IMKK terakhir untuk tahun ini dijadualkan berlangsung pada 23-26 Oktober 2014, bersekali dengan cuti Hari Deepavali. Yang dah mendaftarkan diri, tentu excited kan? Macam tu lah juga perasaan saya, bila pertama kali menyertai IMKK. 

IMKK ni sebenarnya dah pun diadakan selama 6 tahun. Lama dah tu. Tapi kenapa baru tahun ni saya join ye? Macam tak tahu je IMKK wujud sebelum ni. Nak buat macam mana. Mungkin tahun sebelum ni publisiti tentang IMKK ni belum meluas, tu yang saya tak tahu tu. Apa pun, Alhamdulillah. Better late than never. Peluang untuk sertai IMKK bagi saya merupakan rezeki yang tak ternilai harganya. 

Saya ingat lagi, saya terbaca tentang pengalaman peserta IMKK dalam salah satu blog favourite saya. Dari situ, saya tertarik dan teringin nak pergi. Tapi bila melihat tiket yang berharga 4 angka tersebut, terus terbantut hasrat saya. Masa tu saya belum tahu kaedah nak mendapatkan tiket yang murah. 

Bila melihat testimoni-testimoni peserta IMKK dalam facebook, makin berkobar-kobar keinginan saya untuk turut hadir sama. Akhirnya saya berjaya jugak join bila tiba-tiba adik saya sponsor beli tiket. Alhamdulillah sungguh tak disangka. 

Jadi berdasarkan pengalaman yang lalu, saya ingin berkongsi tips untuk bakal peserta IMKK kali ini :

1. Buat pendaftaran prapakej melalui emel.

IMKK yang lalu, tiket dibeli melalui orang lain. Tiket itu kemudiannya diposkan kepada adik saya, dan mendaftarkan nama kami. Dari situ, saya terima emel daripada Richworks untuk pendaftaran prapakej. Terus isi form tu. Jangan tangguh-tangguh. Dalam masa yang sama, anda juga akan menerima SMS daripada Richworks dari semasa ke semasa sebelum IMKK tersebut berlangsung. 

2. Cari tempat penginapan yang berdekatan dengan tempat program.

Haritu saya tinggal di rumah adik di Sungai Buloh, yang memakan masa 1 jam perjalanan. Jauh jugak la. Jadi memang agak meletihkan sebab program biasanya tamat pukul 12 malam ke atas. Disebabkan jem, biasanya pukul 2 ke atas baru sampai rumah adik saya tu. Jadi kalau stay di hotel berdekatan, jimat la sikit masa dan kurang sikit penatnya.

3. Parking di luar bangunan.

Malam pertama, kami parking di bangunan MIECC. Selama 1 jam juga menunggu untuk keluar dari bangunan itu sahaja. Bayangkan, 8000 orang keluar serentak. Mana tak jem. Ingatkan terpaksa tidur dalam kereta je malam tu haha.

Hari seterusnya, dah tahu keadaan kami parking kat luar terus. Ada parking berbayar dekat roundabout. Kat tepi jalan tu pun dah bersusun kereta parking. Lambat sikit je memang susah la nak cari parking. Tapi pastikan tak menghalang laluan atau block kereta orang lain ye.

4. Tentang makan minum.

Makan minum memang tidak disediakan. Tapi ada gerai makanan di Ground Floor. Dewan Seminar di Tingkat 1. Tapi harganya memang agak mahal la. Kalau tak nak beli makanan kat situ, boleh ke MINES Shopping Centre di bangunan sebelah. Macam-macam ada kat sana - KFC, Pizza Hut, Ayam Penyet dll. Gerai makanan pun banyak. Tapi awas, jika lambat sikit je, semua tempat akan penuh dengan peserta-peserta IMKK. So lepas habis je program lari cepat-cepat ke tempat yang menjadi pilihan anda hehe.

5. Bawa sejadah atau alas untuk solat.

Surau ada di sediakan di Ground Floor. Agak luas juga. Tapi bila dah ramai macam tu, still tak muat. Jadi bawa siap-siap sejadah atau alas untuk solat. Dan semestinya telekung bagi wanita. Boleh pilih untuk solat di mana-mana je tempat, asalkan ada wudhu'. Kat Mines Shopping Centre pun ada surau. Tapi macam biasa, dipenuhi peserta IMKK juga.

Masa untuk rehat dan solat biasanya 2 jam. Walaupun masa agak panjang, tapi bila kena beratur untuk ke toilet, ambil wudhu' dan sebagainya menjadikan masa tu terhad. Jadi kena pandai-pandai la pilih tempat yang tak ramai orang atau pun sebagainya.

Saya rasa, tu je tips yang saya boleh kongsikan. Kalau ada yang lain, saya tambah lagi nanti. 

Selamat menimba ilmu untuk semua bakal peserta IMKK Oktober.

Anda kaya dan berjaya!

Saya pengedar Shaklee,
Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387

2 comments:

  1. Salam kenal... terima kasih mengunjungi blog saya. Consume Shaklee juga ;)

    ReplyDelete