Tuesday, 26 August 2014

Bertemu dengan Jutawan Senyap

Anda kenal penulis buku Jutawan Senyap? Haa kali ni saya nak cerita pasal pertemuan saya dengan penulis buku tersebut iaitu Dato' Haji Rusly atau lebih dikenali dengan Chef Li. Saya pergi seminar beliau. Saya kira, beliau pun Jutawan Senyap sama seperti yang diceritakan dalam buku tersebut. 

Saya dah lama mengikuti beliau dan dah baca kelima-lima buku beliau. Banyak seminar yang diadakan sebelum ni tapi tak pernah berpeluang untuk hadir. Tapi kali ni Alhamdulillah dapat juga saya bertemu face-to-face dengan multi-millionnaire ni dalam Klinik Metafisiologi di Wisma Dato' Rusly, Wakaf Che Yeh. Excited bukan main. 

Tujuan beliau buat seminar ini ialah untuk menjawab persoalan yang sering diajukan kepada beliau oleh peserta-peserta setiap kali beliau buat seminar iaitu :

  1. Kenapa saya tak kaya-kaya? Padahal dah cuba macam-macam (bisnes)?
  2. Kenapa saya tak boleh nak mula? Sedangkan dah baca buku macam-macam, pergi seminar macam-macam, berguru dengan macam-macam mentor dan lain-lain?

Beliau ingin berkongsi cara beliau meraih First Million melalui jalan lurus, tanpa korupsi, tanpa cara-cara tidak patuh syariah yang lain. Saya ringkaskan dalam bentuk point ye, tak reti nak elaborate panjang lebar :)

  1. Nak kaya, kena bisnes. Hadis riwayat Tirmidzi - 9/10 kekayaan dalam bisnes.
  2. Bisnes perlu didefinisi semula. Kita sebenarnya keliru. Apabila sebut bisnes, kita sering membayangkan bisnes mesti ada kedai, modal besar, mesti daftar syarikat, mesti ada kilang, dan lain-lain. Takrif bisnes sebegini adalah konvensional, bukan mengikut Islam.
  3. Kalau mengikut Islam, bisnes adalah usaha, tambah nilai. Boleh buat di mana-mana sahaja. 
  4. Tambah nilai terbahagi kepada 2 iaitu Tambah Nilai Sumber (TNS) dan Tambah Nilai Diri (TND).
  5. Contoh TNS - dari tepung menjadi mee kuning, dari soya menjadi tempe, dari tepung menjadi cakoi.
  6. Contoh TND - kemahiran mengurut, kemahiran membaiki motor, kemahiran menjahit dan lain-lain kebolehan yang boleh menghasilkan duit.
  7. Rasulullah SAW nak umat Islam seboleh-bolehnya terlibat dengan TNS. Sehingga ada satu kisah, orang tua minta sedekah. Rasulullah SAW suruh orang tua tu cari kayu api dan jual. 
  8. TND - kita buat apa yang kita minat atau ASYIK (lebih dari seronok) nak lakukan.
  9. Bila kita dah ada TND/TNS ni, dah boleh mula langkah kejayaan kita. 
  10. Untuk kaya, kena simpan dan lupakan. Buat secara harian. 
  11. Simpan RM 1000 sebulan untuk dapat RM 1 juta, ambil masa 83 tahun. 
  12. Kerja asyik -----> hasil maksima
  13. Asyik : senang di luar, tenang di dalam. 
  14. Asyik : jana aura positif. 
  15. Kekayaan berupa 1 makhluk - ada sifat liar atau jinak.
  16. Untuk dapat berkomunikasi dengan kekayaan, harus berani fikir luar biasa, kerjakan perkara aneh.
  17. Kita nak 1 juta je (untuk permulaan), bukan luar biasa sangat pun. 
  18. Apabila ada hutang, cara lihat hutang kena ubah. Takleh fikir sepanjang masa. Perkecilkan hutang. Bandingkan dengan apa yang kita bakal dapat. Contoh, hutang RM 100,000.00 bandingkan dengan RM 1 juta yang bakal kita dapat. Sikit je RM 100,000.00 tu.
  19. Jangan tambah hutang, besarkan impian (berapa yang kita akan capai).
  20. Decide bila nak 1 juta. Biar logik. 5 tahun lagi, 10 tahun lagi?
  21. Sate hanya 25% margin keuntungan. Orang Melayu kita suka jual ayam goreng dan seumpamanya sedangkan margin rendah.  Jadi kalau nak berniaga carilah bisnes yang marginnya tinggi.
  22. Jika target kita nak capai 1 juta dalam masa 5 tahun : RM 1,000,000.00 / 5 tahun / 365 hari = RM 548.00. Maknanya kena simpan RM 548.00 sehari dan lupakan. Sanggup tak?
  23. RM 548 daripada 1 kerja memang berat. Tapi kalau 2 kerja, 3 kerja? Atau 2 cawangan, 3 cawangan? Kena leverage. 
  24. Tanya naluri 'berapa saya mampu dapat sehari' dan InsyaAllah tepat. Ada yang rasa dia mampu simpan RM 548 setiap hari. Kalau rasa tak mampu, bahagi 2 = RM 274. Kalau rasa tak mampu lagi, bahagi 2 lagi = RM 137.
  25. Kena cakap dengan segala peralatan yang kita gunakan. Sebagai contoh, kalau jual kueteow, kena cakap dengan kuali, senduk, dapur gas, meja, payung, van dll. Nampak macam kelakar. Tapi kat negara maju yang lain, Amerika, Jepun trend ni dah makin popular. Tapi janganlah cakap depan-depan orang. Tak pasal-pasal kita dianggap tak siuman :)
  26. Cakap dengan gerai "Target aku nak simpan RM 500.00 sehari". Gerai kita takkan jawab, tapi melalui energy yang mengalir.
  27. Jarakkan diri daripada mereka yang negatif.
  28. Kerjakan 1 perniagaan je, bahkan 1 menu je (kalau bisnes makanan). Di Amerika, dikenali sebagai Single Menu Strategy (SMS).
  29. Lebih baik 1 menu di 100 outlet berbanding 1 outlet 100 menu. Contoh jual donut, donut sahaja. Tapi air wajib ada. Air hidden quantity menu. Margin keuntungan 700-800%. 
  30. Penabungan adalah paksaan. Berlaku kejam dengan dengan diri sendiri dan keluarga untuk capai matlamat 1 juta (tangguhkan kehendak). 5 tahun je.
  31. Petanda orang asyik - banyak berdiri dari duduk.
  32. Dalam sehari, ambil beberapa minit menyendiri.
  33. Doa spesifik. betulkan balik skrip. Berapa banyak duit kita nak. 1 juta RM? Atau 1 juta rupiah?
  34. Replicate - dampingi orang sukses, jangan cari kawan yang gagal. Caranya, join program, kelab keusahawanan, dll.
  35. Orang Cina dah mula buka pusat urutan bersalin kerana permintaan yang tinggi tapi tak ramai Melayu yang ada kepakaran ni. Permintaan dalam industri ni sangat tinggi. Setiap tahun 500 ribu ibu bersalin, 300 ribu daripadanya Melayu. Jadi rugi kalau kita tak rebut peluang ni. 
  36. Nak belajar urutan untuk dapatkan First Million? Atau melalui bisnes makanan? Boleh rujuk page ini : Minda Jutawan Senyap atau Chef  Li's Commercial Cooking Class (Official).

Nak dapatkan vitamin Shaklee, hubungi :

Siti Nor Kamilah
ID 885322
SMS/Whatsapp 013-924 3387
Call 09-690 3059

7 comments:

  1. terima kasih perkongsian ini.wlpun saya tak attend seminar tersebut, tapi dengan perkongsian ini saya dapat idea dan info berguna untuk ubah diri dan family..;) saya doakan semoga puan beroleh kaya dan berjaya di dunia untuk akhirat..amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah jika ada manfaatnya. Sharing is caring :)

      Terima kasih atas doanya. Semoga puan juga kaya dan berjaya dunia dan akhirat. Amin.

      Delete
  2. Huhu,..untung la kan dapat ilmu dalam program ni...

    ReplyDelete
  3. terima kasih banyak
    entri terbaik sebagai motivasi diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Hanya sekadar berkongsi apa yang saya tahu :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...