Monday 28 April 2014

Hari Gaji : Masa Untuk Bayar Hutang

Hari ini waktu pagi saya dihabiskan kat luar. Tujuan utamanya nak bayar ansuran kereta. Masya-Allah ramainya orang. Kebetulan hari gaji untuk kakitangan awam pada Khamis lepas (24.04.2014). Jadi ramai la yang memenuhi bank-bank di Jerteh ni. Sampai saya terpaksa pergi ke 4 buah bank untuk keluarkan duit dari mesin ATM dek kerana kehabisan wang di semua mesin ATM tersebut.

Fuh! Penangan hari gaji.

Saya tak suka bersesak-sesak kat Jerteh tu kalau bukan keperluan. Terutamanya macam hari gaji. Confirm ramai orang kat bank tu. 

Ingatkan hari ni kurang sikit orang berbanding Khamis, tapi rupanya ramai juga. Tapi tujuan saya ke bank bukanlah untuk mengambil duit gaji. Saya mana ada gaji untuk beberapa bulan ni :) Ini bulan ketiga saya bayar ansuran kereta by hand. Sebelum ini melalui potongan gaji. Alhamdulillah walaupun tiada gaji macam biasa, masih mampu lagi untuk melunaskannya. 

Harapan dan doa saya, semoga untuk bulan-bulan berikutnya saya dapat bayar ansuran untuk 2, 3 bulan sekaligus. Amin. Dengan pendapatan bisnes InsyaAllah saya mampu realisasikannya. 

Dan impian saya yang seterusnya ialah dapat bayar semua hutang dan ansuran tanpa tunggu gaji. Dapat bayar seawal mungkin setiap bulan. Tak perlu tunggu hujung bulan lagi. 



Nak jana pendapatan dengan Shaklee juga?

Hubungi saya melalui SMS/Whatsapp 013-924 3387.

Siti Nor Kamilah
ID 885322
WAHM-to-be

No comments:

Post a Comment