Berikut merupakan soalan yang popular yang ditanya oleh mereka yang baru mengenali Shaklee :
1. Adakah Shaklee ini halal?
Jawapan : Halal. Boleh rujuk sijil halal :
http://www.shaklee.com.my/img/content/Image2368284.pdf
2. Mengapa urin saya bertukar jadi kekuningan selepas mengambil vitamin?
Jawapan: Ianya adalah kesan pengambilan B kompleks, vitamin ini adalah vitamin larut air.
3. Mengapa susu saya bertukar kuning kehijauan?
Jawapan: Ia adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.
4. Saya mengalami pening-pening selepas mengambil vitamin ini, mengapa? Adakah tidak serasi?
Jawapan:
Pengambilan vitamin memerlukan pengambilan air yang tidak kurang dari 2
liter sehari. Ini kerana ia perlu agar vitamin dapat disalurkan ke seluruh
tubuh dengan lancar. Rasa pening berlaku biasanya berpunca dari less
water intake. Satu lagi adalah kerana, jika individu itu adalah pertama
kali mengambil suplemen, maka tubuh memerlukan 1 hingga 3 hari untuk
menyesuaikan diri dengan zat yang diterima (Ibarat seorang yang
tidak punyai perabot di dalam rumahnya dan tiba-tiba datang orang menghantar
perabot serta memenuhi ruang kekosongan dalam rumah, pastinya individu
itu perlukan masa untuk menyesuaikan diri). Hakikatnya keserasian
memerlukan masa.
5.
Saya seorang yang kurang minum air kerana malas nak ke tandas, bolehkah
saya mengambil suplemen ini untuk masalah buasir?
Jawapan:
Tidak saya galakkan mereka yang kurang minum air mengambil suplemen,
ini kerana ia tidak dapat disalurkan dengan baik ke seluruh tubuh.
6. Adakah vitamin ini membantu saya cepat sembuh dari penyakit yang saya lalui?
Jawapan:
Vitamin bukan dalam kumpulan ubat. Ianya sekadar suplemen iaitu
makanan tambahan yang mengisi ruang kekosongan dalam tubuh. Seterusnya
ia membantu badan meningkatkan sistem imun dan secara langsung membantu
tubuh melawan penyakit. Sekiranya penyakit yang kronik atau berlarutan
maka memang memerlukan masa dan perlu mengambil antioksidan seperti ACE,
Nutriferon ataupun Vivix untuk membantu meninggikan daya ketahanan
tubuh. Tidak lupa doa serta tawakal pada Yang Esa.
7. Bolehkah saya membeli sendiri vitamin di mana-mana sales branch?
Jawapan: Boleh, hanya mesej saya di talian 013-924 3387 untuk dapatkan ID Shaklee.
8. Adakah normal bagi anak saya, setelah pengambilan vitamin, si kecil minum sedikit dan terus lena. Berbeza dengan sebelum ini, si kecil saya akan mengamuk dan asyik berjaga mahu menyusu.
Jawapan:
Ibu-ibu yang mengambil vitamin dalam diet harian selain pengambilan
makanan harian yang lengkap (tidak berdiet kerana kawalan makanan akan
menggangu penghasilan susu) akan mendapati susunya akan bertambah pekat
dan anak akan minum sedikit sahaja serta mudah lena. Apabila ini berlaku
si ibu disarankan mengepam sebaik sahaja si kecil lena. Agar
penghasilan susu dengan lebih banyak dapat dihasilkan.
9. Adakah vitamin Shaklee selamat diambil oleh ibu yang mengandung?
Jawapan:
Ya boleh kerana ia adalah vitamin. Setiap ibu mengandung akan
dibekalkan vitamin oleh doktor demi memastikan si ibu dan anak sihat dan
selamat semasa proses kelahiran.
10. Apakah vitamin yang baik untuk diambil oleh ibu yang menyusu?
Jawapan:
Secara asas saya sarankan 4 jenis iaitu Vitalea, b kompleks, Vitamin C
dan Alfalfa. Namun seandainya mempunyai lebihan rezeki boleh mengambil
ESP iaitu protein soya kerana ini membantu anak mudah kenyang dan
pembesaran anak lebih lancar.
11.
Mengapakah saya mudah rasa lapar setelah mengambil vitamin? Saya takut
saya akan gemuk. Adakah saya mempunyai potensi untuk gemuk?
Jawapan:
Pengambilan B kompleks dan multivitamin boleh membuatkan seseorang itu
mudah merasa lapar. Ini kerana B kompleks berfungsi membakar glukosa untuk
menghasilkan tenaga. Rasa lapar itu adalah salah satu body sign yang
bermaksud tubuh memerlukan gula untuk ditukarkan kepada tenaga. Makanan
yang dimakan akan ditukar segera kepada tenaga, itu sebabnya mengapa
mereaka yang mengambil B kompleks akan sentiasa rasa bertenaga.
Walau bagaimanapun ada sesetengah individu tidak dapat mengawal nafsu
makannya.Ini yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berat badan dengan
ketinggian seseorang. Pastikan anda mengambil 3 hidangan makanan sehari dengan masa
yang teratur dan jika terasa lapar di antara waktu tersebut, cubalah
makan buah-buahan atau makanan yang kaya dengan serat supaya tidak mudah
mengalami kegemukan.
Kredit : anakkuwiraku.com
Jika berminat untuk mencuba suplemen Shaklee tetapi tidak pasti yang mana satu sesuai untuk anda, hubungi saya untuk maklumat lanjut :
Shaklee Independent Distributor
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com