Monday 25 November 2013

It's Pay Day!

Alhamdulillah. Hari ini rasanya ramai yang tersenyum simpul kerana gaji dah masuk (kakitangan kerajaan la tu) termasuk saya. Mana taknya setelah 45 hari terpaksa mencatu belanja yang biasanya untuk 30 hari sahaja.

Mana yang boleh dijimatkan, dijimat. Mana yang boleh dipotong, dipotong. Mana yang boleh ditangguhkan, ditangguh. Macam-macam ada. Tapi saya la tu. Bukan anda.

Keadaan ini sangat-sangat dirasai terutamanya bagi kakitangan kerajaan yang hanya mempunyai satu punca pendapatan sahaja iaitu makan gaji. Yang ada kad kredit tu, swipe je kad kredit. Selesai masalah. Tapi untuk sementara sahaja.

Bila datang bil, masa tu lah masalah akan timbul. Bayar seminimum mungkin. Bakinya tak tahu bila boleh dijelaskan.

Proses ini berulang dan berulang sehinggalah hutang keliling pinggang. Letih kan hidup macam ni? Sampai bila agaknya ye?

Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Pasti. Cuma bergantung kepada kita sama ada untuk terus bertindak, tunggu dan lihat, atau hanya duduk meratapi nasib tanpa berbuat apa-apa.

Jawapannya tidak lain tidak bukan, pendapatan kedua.

No comments:

Post a Comment