Wednesday, 27 November 2013

Cuti-cuti Malaysia : Holiday Villa Cherating

Kali ini saya bersiaran dari Holiday Villa Cherating. Tapi bukan bercuti dengan family pun, tapi kerana menghadiri kursus anjuran jabatan. Biasalah, hujung-hujung tahun macam ni ramai lagi yang tak cukup lagi 8 hari kursus yang ditetapkan oleh pihak jabatan. Termasuklah saya.

Maknanya dalam setahun setiap kakitangan hendaklah menghadiri sekurang-kurangnya 8 hari kursus. Jadi time-time macam ni ramailah yang dihantar untuk berkursus.

Kursus atau tidak, bisnes Shaklee saya tetap berjalan. Alhamdulillah dengan bantuan teknologi. Everything's easy. Cuma sedikit terhad kerana tiada laptop. Hanya guna telefon Samsung je. Jom layan gambar :D .

Fasilitator yang suka buat lawak - En. Anuar Ibrahim dari INTIM.


Kafe di tepi laut. Sangat nyaman.


Kolam renang di belakang bilik kami.


Tepi pantai yang indah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...