Thursday 10 October 2013

Tentang Ibadah Qurban

Panggilan haji telah tiba lagi..

Semasa jalan-jalan blogwalking saya terbaca satu entry di denaihati.com tentang qurban yang amat menyentuh hati saya. Tentang orang yang susah atau boleh dikatakan miskin pun simpan duit untuk buat qurban. Qurban juga merupakan salah satu kunci rezeki. Satu perkara yang saya terlepas pandang atau tidak tahu sebelum ni. Memang belum pernah sekali pun saya buat qurban sepanjang saya hidup ni.

Banyak sebenarnya soalan tentang ibadah qurban yang menjadi tanda tanya. Jadi saya kongsikan di sini untuk pembaca semua. 

1. Apa itu Qurban? 
Qurban ialah penyembelihan binatang yang dilakukan pada hari raya Aidiladha iaitu 10 zulhijjah (selepas solat) dan pada hari tasyrik berikutnya iaitu 11,12,13 zulhijjah.

2. Kenapa kena laksanakan Qurban? 
Qurban hendaklah diniatkan sebagai ibadah kepada allah swt dan tidak boleh atas tujuan lain. Qurban ini mengikut sunnah sebagai menghidupkan syariat nabi ibrahim as yang kemudiannya disyariatkan kepada nabi muhammad saw.
“maka dirikanlah solat kerana tuhanmu dan berkorbanlah.” – surah al kawthar 108:2

3. Siapakah yang perlu melakukan Qurban? 
Setiap orang yang sudah baligh.

4. Hukum Qurban.
Sunat muakad – sunat yang sangat-sangat dituntut. Jika tidak laksanakan amatlah rugi. Rasullah saw bersabda “aku disuruh berkorban dan ia sunat bagi kamu” – riwayatAt tarmizi.

5. Hikmah dan fadhilat Qurban.
- menghidupkan sunnah nabi ibrahim as
- mendekatkan diri kepada allah dan mendidik jiwa ke arah taqwa.
- menghapus dosa & mengharap redho allah
- mengikis sifat tamak & melahirkan sifar murah hati
- memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian sirat di akhirat kelak
Rasullah bersabda “muliakanlah korban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu meniti titian pada hari kiamat.”

6. Dalil yang kuat mengenai Qurban.
Sabda rasullah saw “Tiada dikerjakan oleh anak adam suatu amalan pada hari raya yang lebih digemari allah taala daripada menumpahkan darah iaitu menyembelih korban. Sesungguhnya korban itu akan datang pada hari kiamat dengan tanduknya dan kuku kakinya dan bahawa darah (korban itu) jatuh ia daripada Allah pada suatu tempat dengan kemuliaan sebelum ia jatuh ke bumi. Maka sukakanlah diri kamu dengan korban itu” – riwayat at tarmizi & al hakim.

7. Hari pelaksanaan Qurban.
Pada hari raya aidiladha iaitu 10 zulhijjah dan diikuti dengan hari-hari tasyrik pada 11,12,13 zulhijjah.

8. Boleh ke buat Qurban untuk yang sudah meninggal dunia?
Bukan sunat muakkad lagi hukumnya tetapi harus. Jika qurban itu diwasiatkan maka wajib laksanakan. Jika qurban tersebut untuk ibu bapa yang sudah meninggal juga diterima kerana amalan yang diniatkan oleh anak insha allah sampai pada ibu bapa mereka.

9. Boleh ke buat Qurban untuk anak tanpa memberitahunya?
Ibadah qurban ini dilakukan oleh seseorang untuk dirinya.Maka jika nak buat untuk anak sebaik-baiknya dimaklumkan kepada mereka agar mereka taahu mereka juga berkorban.Dalam masa yang sama kita mengajar mereka untuk melakukan pada masa akan datang.

10. Qurban ini sekali seumur hidup atau tiap-tiap tahun kena buat?
Qurban kalau boleh laksanakan setiap tahun untuk merebut fadhilat yang telah dijanjikan.

11. Boleh ke gunakan duit bantuan untuk membuat Qurban?
Boleh tiada masalah.

12. Ada yang mengatakan jika berhutang maka kena langsaikan hutang  dahulu kemudian baru boleh buat Qurban?
Jika hutang yang berpanjangan seperti bayaran rumah, bayaran kereta maka tidak termasuk dalam kategori hutang yang dimaksudkan. Hutang yang membebankan diri sehingga tidak mampu untuk membeli makanan atau barangan asas hidup maka tidak perlu untuk dia membuat qurban. 

Kredit : ezqurban

Nak buat qurban sendiri memang agak susah, mana nak cari lembu atau kambing lagi. Tiba-tiba teringat tentang ezqurban yang selalu saya dengar kat Ikim.fm. Rujuk kitabul Google, rupanya masih ada peluang lagi jika ingin buat qurban. Sehingga 16 Oktober ini. Harga terendah dari RM 280.00 untuk 1 bahagian lembu dan yang paling mahal RM 1960.00 untuk 1 ekor lembu.



Jadi jika ada yang berminat untuk melakukan qurban dan tak tahu nak cari kat mana, bolehlah layari laman web ezqurban untuk maklumat lanjut. Jangan bimbang, tiada apa-apa yang perlu diragukan dengan ezqurban ni. Selamat berqurban.

p.s : Saya tak dapat komisyen pun, tolong share je. hehe.

Nak cuba vitamin Shaklee? Hubungi : 

Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah


No comments:

Post a Comment