Saturday, 19 October 2013

Selesaikan Masalah Hidup Dengan Qurban

Pertama kali baca tajuk ni, rasa tak sabar nak baca keseluruhan entry tersebut. Kenapa? Sebab saya tak pernah tahu dengan qurban boleh selesaikan masalah hidup. Yang saya tahu, qurban ni hanyalah sekadar qurban sahaja. Untuk mereka yang mempunyai lebihan rezeki. Tak pernah tahu fadhilat atau kelebihannya. 

Lepas membaca satu demi satu entry dalam blog ini, barulah saya faham serba-sedikit tentang betapa besarnya kelebihan ibadah qurban ini. Jadi saya kongsikan di sini untuk rujukan pada masa akan datang.

*****************************************************************************

Pernah satu masa dulu, saya fikir ibadah Qurban ni sunat biasa-biasa jer. Nak buat, buat. Tak nak buat pun tak apa. Tapi bila saya dapat tahu yang Nabi S.A.W pernah pesan yang siapa tak buat ibadah qurban sedangkan dia mampu, jangan datang dekat dengan masjid Nabi! Uh, saya terus wajibkan diri untuk qurban setiap tahun. Saya jadikan qurban sebagai bajet wajib dalam bajet tahunan kami.

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W berpesan: “Barang siapa yang mempunyai kemampuan, tetapi tidak melakukan qurban, maka janganlah dia menghampiri tempat solat (masjid) kami”. (H.R. Ahmad & Ibnu Majah).

Dulu saya tak buat qurban sebab bajet agak tight masa tu. Tapi bila saya fikir balik, kita keluarkan duit kerana Tuhan sebenarnya rezeki akan datang melipah ruah. Dulu nak masukkan duit dalam tabung masjid hari Jumaat pun berkira. Tapi dok fikir-fikir, sampai bila aku nak macam ni. Hulur jer lah duit tu. InsyaAllah rezeki datang lagi banyak sebab memang Tuhan dah jamin.

Infaq Cara ‘Boros’, Rezeki Pun ‘Boros’!

Alhamdulillah, lepas kami sedikit ‘boros’ untuk infaq, rezeki Tuhan pun datang pada kami sekeluarga pun ‘boros’ juga! Banyak rezeki datang yang kami pun tak sangka-sangka. Dan untuk kikis sifat kedekut dari keluarkan infaq, kami disiplinkan diri untuk potong 12.50% setiap kali kami dapat untung bisnes. 10% untuk tabung infaq, dan 2.5% untuk zakatKami tolak siap-siap sebelum ‘lesap’… (“,)

Dulu kami kira 12.5% atas untung bersih. Iaitu untung lepas tolak berbagai-bagai kos berkaitan. Tapi rupa-rupanya cara macam tu tak praktikal. Kononya nak infaq, tapi bila tolak sana sini, rasa macam sikit pulak untungnya dan tak jadi infaq. So nak mudah, kami potong 12.50% atas gross profit! Bukan net profit.

Malu juga kekadang pada Tuhan bila berkira sangat, padahal rezeki tu Tuhan yang bagi. Bukan duit kita pun. Tuhan yang gerakkan customer untuk beli dari kita. Tuhan yang buka berbagai pintu supaya duit masuk pada kita. Kedekut sangat lah kalau berkira keluarkan infaq sebab kalau Tuhan tak bagi, satu sen pun kita tak dapat. So, jangan berkira sangat bila nak keluarkan infaq. Keluarkan jer, nanti sure Tuhan gandakan rezeki kita. Itu memang Dia dah janji.

Selesaikan Masalah Hidup Dengan Qurban

Berbalik pada soal qurban ni, Ustaz Azhar EZ Qurban pesan, selain berqurban sebab ianya sunat muakkad (sunat yang hampir pada wajib), ibadah qurban juga boleh dijadikan sebagai ‘tawassul’ untuk apa sahaja hajat kita. Bila buat ibadah qurban, mintaklah apa sahaja yang kita hajatkan dari Tuhan especially hajat-hajat yang besar. Mungkin kita ada masalah dalam hidup. Mintalah Tuhan selesaikan masalah kita dengan ibadah qurban tu sebab hakikatnya Dialah penyelesai segala masalah.

Memang betul kata Ustaz. Lepas saya amalkan ‘tawassul’ setiap kali qurban, memang nampak hasilnya. Dan terlalu banyak kisah-kisah benar orang yang Allah selesaikan masalah dia lepas dia bertawassul dengan ibadah qurban. Itu berdasarkan pengalaman Ustaz sendiri dengan orang yang buat qurban dengan dia.

So, pendek cerita, saya syorkan semua sahabat buat ibadah qurban. Kalau rasa sempit dengan masalah kewangan, buatlah ibadah qurban dan mintaklah Tuhan lapangkan rezeki. Apa sahaja masalah, mintaklah Allah selesaikan…

Kalau nak buat qurban tapi bajet agak tight, boleh quran di Kemboja bersama EZ Qurban. Masuk website dia, isi borang, dan buat bayaran. Saya dah banyak kali buat qurban dan aqiqah dengan EZ Qurban. Memang betul-betul EASY… Alhamdulillah..
Wallahu ‘alam.

Zulkifli
Damansara Heights
27 Oktober 2011
29 Dzulkaedah 1432

************************************************************************


Siti Nor Kamilah


Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...