Saturday 21 September 2013

Seminar Pelaburan Saham, Emas dan Hartanah Part 1

Excited sungguh! Lanjutan daripada seminar Dr Azizan Osman (DAO) yang lalu, pagi tadi saya telah menghadiri Seminar Pelaburan Saham, Emas dan Hartanah yang diadakan di Kelantan Trade Centre bermula pukul 8 pagi sehingga 5 petang. Tak tahu nak tulis apa sebab banyak sangat ilmu baru yang saya dapat dan nak kongsi dengan pembaca semua. 

Kali ni saya pergi dengan adik lelaki. Yuran pendaftaran untuk seorang ialah RM 50.00. Tapi boleh bawa seorang lagi teman dengan percuma. Setibanya di sana, ingatkan sikit je rupanya ramai juga yang datang. Kebanyakannya terdiri daripada mereka yang hadir seminar DAO yang lepas. 

Lepas daftar, dapat duduk seat yang belakang. Ok lah daripada tak dapat seat kan? Bilik seminar tu agak kecil. Sampai tak cukup kerusi dibuatnya. Kerusi tambahan pun tak mencukupi. Ada yang terpaksa duduk bersila kat bahagian depan, dan ramai juga yang berdiri.  Pendek kata, memang pack macam sardin dalam tin. Dalam hati, bersyukur sebab datang tak terlalu lewat. Masih boleh dapat seat. 




Seminar dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Jerry. Sangat menarik apa yang beliau kongsikan tentang pengalaman beliau sendiri tentang pelaburan. Setelah mendapat gaji pertama, beliau membeli rumah flat yang pada masa tersebut tersebut berharga RM 25,000.00. Sekarang, harga tersebut telah meningkat kepada RM 100,000.00. Banyak kan bezanya? 

Seterusnya, sessi pertama disampaikan oleh Haji Mohd Asri Ibrahim, Jutawan Saham. Beliau berumur 37 tahun, merupakan seorang kontraktor dan menjadi jutawan ketika berumur 30 tahun. Beliau juga merupakan protege DAO. Pelaburan saham ini hanya merupakan 'duit dapur' beliau (ternganga saya dibuatnya hehe). Antara sebab beliau mampu mencapai status jutawan ialah kerana mempunyai impian yang jelas iaitu ingin menjadi jutawan pada usia 30 tahun. 




Berikut merupakan ringkasan daripada ceramah beliau :

- Hukum melabur dalam saham adalah harus.

- Antara keperluan minimum untuk memulakan pelaburan saham secara online ialah laptop, I Phone atau handphone Samsung.

- Daripada 910 syarikat yang terdapat di Bursa Saham Malaysia, 800 syarikat adalah patuh syariah (syariah compliance). Jadi tiada masalah bagi kita orang Islam untuk memilih.

- Untuk buka akaun saham cukup mudah. Hanya sediakan yuran pendaftaran sebanyak RM 10.00, salinan kad pengenalan dan penyata bank 1 bulan. Tapi perlu pastikan tidak bankrup atau muflis. Untuk mengetahui di mana boleh mendaftar, boleh layari laman web www.bursamalaysia.com/market. Plih menu Securities > Brokers > State (pilih negeri).  Akaun saham hanya boleh didaftar di organisasi yang disenaraikan tersebut sahaja.

- Perlu banyak membaca tentang saham terutamanya surat khabar bahasa Inggeris dan majalah seperti Focus. 

Banyak lagi sebenarnya tapi tak boleh nak explain kat sini. Kena pergi sendiri, baru anda tahu apa yang saya tahu. Terutamanya untuk yang tak tahu apa-apa tentang saham. Boleh layari duniapelaburan.com. Sebelum ni saya fikir saham ni untuk orang kaya sahaja. Rupanya saya pun boleh buat. Tapi dengan syarat kena ada ilmu yang betul. Mindset saya tentang saham berubah 100% selepas menghadiri seminar ini. Thanks to the young and handsome man - Haji Asri.

Jika ada yang berminat untuk mengikuti kelas advance tentang saham ini iaitu Smart Investor Talk, ia akan diadakan pada 24 dan 25 September ini di SACC Mall dengan bayaran RM 1,500.00 untuk 2 hari. Highly recommended by me. Maklumat lanjut boleh hubungi nombor yang tertera di bawah. 



Sekian, semoga bermanfaat. Nantikan sambungan tentang emas dalam entry seterusnya.

Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah

No comments:

Post a Comment