Thursday 18 July 2013

Panduan Berpuasa Ketika Hamil

Hari ni merupakan hari ke 9 Ramadhan. Ramai mommies kat luar sana tu mengandung tapi dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna. Tahniah mommies! Namun tak kurang juga yang tak mampu untuk berpuasa kerana pelbagai masalah seperti 'morning sickness' yang teruk, dehidrasi yang keterlaluan serta keletihan yang melampau. 


Menurut pakar perubatan Dr Zubaidi bin Hj Ahmad, terdapat perbezaan pendapat antara pakar perubatan mengenai keharusan wanita hamil meneruskan ibadah puasa atau pun meninggalkannya sepanjang kehamilan. Tiada suatu pendapat yang seragam dan hukum wanita hamil yang berpuasa juga berbeza bagi setiap orang. 

Hanya mereka sendiri yang mengetahui kekuatan diri mereka untuk berpuasa. Sebagai muslim tentunya kita ingin merebut peluang untuk melaksanakan sebaik mungkin ibadah puasa lebih-lebih lagi di bulan yang penuh keberkatan ini. Namun janganlah sampai mensia-siakan kemudahan yang Allah berikan kepada wanita yang hamil. Di sini dikongsikan panduan berpuasa ketika hamil.


Hukum berpuasa bagi wanita hamil   

Kebanyakan ulama berpendapat bahawa tidak boleh berpuasa jika si ibu khuatirkan keselamatan bayi dan kesihatan mereka kerana tidak makan dan minum.

Ini bertepatan dengan firman Allah :

"Dan janganlah kamu membunuh diri kamu"(An-Nisa' 4:29)

"Dan jangan kamu mencampakkan diri ke dalam kebinasaan" (Al-Baqarah 2:195)

Terdapat dua hukum dalam keadaan ini. Hukum pertama ialah wanita hamil yang bimbang tentang kesihatan dan keselamatan dirinya ketika berpuasa. Ulama bersependapat bahawa wanita yang hamil dan bimbang akan kesihatan dirinya, maka mereka hanya wajib menggantikan puasa sahaja dan tidak harus membayar fidyah kerana dalam keadaan ini wanita hamil itu sakit dan dalam bahaya.

Hukum kedua ialah wanita hamil yang sihat tetapi bimbang keselamatan dan kesihatan bayi di dalam rahimnya. Dalam hal ini ulama memberikan pendapat dibolehkan berbuka puasa tetapi beliau harus menggantikannya di hari lain dan harus membayar fidyah. 

"Barang siapa yang uzur (tidak boleh berpuasa), maka hendaklah membayar fidyah dengan memberikan makan pada orang miskin.." (Al-Baqarah 2:184)

Dalm fatwa al-Shaykh Ibn Baaz (lihat juga al-Mawsoo'ah al-Fiqhiyyah, 16/272) memberitahu adalah wajib bagi wanita untuk berbuka puasa jika puasanya mendatangkan kemudharatan dirinya atau bayinya, dengan syarat ia dinasihat oleh doktor Muslim yang baik.


Keadaan yang membolehkan wanita hamil berbuka puasa
 
Wanita hamil boleh berbuka puasa jika mengalami tanda-tanda seperti berikut :
  • Rasa pening, lemah, pitam atau penat walaupun teleh berehat selama 30 mint hingga sejam. 
  • Rasa loya dan mula muntah sehinggakan tiada cara lain selain memakan ubat penahan muntah.  
  • Rasa sangat haus, warna air kencing menjadi keruh dan baunya sangat hancing, menandakan fenomena dehidrasi. Apabila dehidrasi berlaku, wanita hamil akan berasa lemah dan membahayakan diri dan bayinya. Beliau haruslah berbuka jika perlu meminum air atau dimasukkan air saline ke dalam saluran darahnya secara intravenous.  
  • Jika umur kehamilan melebihi 20 minggu dan bilangan pergerakan bayi dalam rahim menjadi kurang daripada 10 kali pergerakan. Kebiasaanya bayi akan bergerak selepas ibunya makan kerana pada masa itu bayi dalam rahim mendapat nutrisi yang dibekalkan. Kekurangan pergerakan bayi menunjukkan bayi itu memerlukan nutrien dan berada dalam keadaan yang bahaya. Adakalanya apabila wanita itu berbuka puasa, pergerakan bayi dapat dirasai semula.
  • Rasa sakit perut memulas-mulas seperti mahu melahirkan. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang. Dengan makan dan minum, nutrien dapat diberikan kepada bayi dan proses kelahiran pramatang dapat dielakkan.
  • Wanita hamil tidak mengalami pertambahan berat badan atau mengalami kekurangan berat badan. Ini bermakna tenaga dan nutrien yang disimpan semakin berkurangan yang sepatutnya disimpan secukupnya untuk proses kelahiran nanti.
  • Mengalami sakit kepala atau demam yang mana harus memakan ubat bagi menyembuhkan kesakitan dan demamnya. 

Selain itu, seseorang wanita yang mempunyai komplikasi kesihatan seperti berikut juga dilarang untuk berpuasa :
  • Diabetes melitus
  • Penyakit buah pinggang
  • Penyakit hati (liver) yang tidak berfungsi
  • Penyakit bronchial asthma yang kuat
  • Penyakit tekanan darah tinggi yang tidak terkawal
  • Kehamilan kembar
  • Mengalami risiko kelahiran pramatang
  • Oligohidramnios (air mentuban yang sedikit)
  • Pendarahan semasa hamil
  • Masalah-masalah lain berkaitan kehamilan yang serius

Tips pemakanan ketika sahur
  • Minum air yang banyak bagi mengurangkan dehidrasi yang membahayakan bayi. Tambahkan dengan pengambilan segelas susu.
  • Elakkan makanan yang bergula yang boleh menyebabkan paras gula tinggi secara mendadak, kerana apabila insulin dikeluarkan ia akan menyebabkan paras gula menjadi rendah, dan akan rasa mengantuk. Selain itu ia hanya memberikan tenaga yang cepat tetapi hanya sebentar sahaja.
  • Makan makanan seperti kurma dan kekacang. Makanan seperti ini akan memberikan  
    tenaga berterusan walaupun telah beberapa jam telah berpuasa.
  • Makan makanan yang banyak protein - daging dan telur untuk pembesaran fizikal bayi.
  • Banyakkan pengambilan sayur-sayuran dan serat.
  • Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh menyebabkan anda ternyahhidrat.
  • Lewatkan waktu sahur. Sahur adalah sangat penting bagi wanita hamil. Elakkan makan lewat malam sebagai bersahur tetapi sebaliknya bangun pada waktu sahur. 

Akhir sekali, saya nak share pengalaman seorang ibu yang mengalami masalah keletihan semasa puasa dan apa yang beliau lakukan untuk mengatasi masalah tersebut sehingga berjaya puasa 30 hari.


Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni... from iReach HD on Vimeo.

Rujukan :
drzubaidi.com 
babycenter.com
utusan.com
bidanku.com




Siti Nor Kamilah

Shaklee Independent Distributor 
ID 885322
SMS/Telefon : 013-924 3387
E-mail : ohvitamin@gmail.com
Facebook : Siti Nor Kamilah





No comments:

Post a Comment