Friday 19 July 2013

Diari WAHM-to-be

Hari Jumaat merupakan hari yang paling ditunggu. Walaupun panjang berjela To Do List (basuh baju, sidai baju, masak, kemas rumah, and so on), tapi saya tetap happy asalkan berada di rumah. Memang tak boleh tipu diri sendiri. Saya tak berapa happy bila berada  di tempat kerja. 

Saya sangat jealous bila tahu seorang demi seorang Shaklee Independent Distributor yang lain berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa (Work At Home Mom). Ada yang dah mencapai 5 angka sebulan. Oh sangat jealous! Tapi dalam masa yang sama mereka menjadi inspirasi buat saya untuk melipatgandakan usaha demi mengejar cita-cita saya sebagai surirumah aka WAHM. Mungkin ada yang pelik. Buat apa nak jadi surirumah. Kan baik kerja. Ijazah yang ada rugi je. Sebenarnya memiliki ijazah bukan satu jaminan. Jawatan yang saya sandang sekarang pun atas tiket SPM sahaja.

Hampir semua rakan-rakan yang lain meluahkan rasa bosan duduk di rumah sepanjang tempoh mereka berpantang 2 atau 3 bulan. Bagi saya pula, tiada istilah 'bosan' bila berada di rumah. I love being at home.










2 comments:

  1. betul tue...tiada istilah bosan bila berada di rumah sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Macam mana la orang lain boleh rasa bosan. Terima kasih Che Rosliza sudi berkunjung ke sini :)

      Delete