Monday, 21 January 2013

Adakah Vitamin Yang Anda Ambil Selamat?

Anda telah pun mengamalkan pengambilan vitamin atau suplemen untuk kesihatan anda. Tahniah! Anda memang seorang yang mementingkan kesihatan. Tak kisahlah jenama apa dan daripada mana. Sama ada dibeli melalui kedai, farmasi, klinik atau pun daripada mana-mana agen Multi Level Marketing (MLM) ~ macam saya :) Namun tahukah anda? Adakah vitamin yang anda ambil selamat? Kalau tak tahu jom baca selanjutnya.

Vitamin atau supplemen atau makanan tambahan ni secara amnya terbahagi kepada dua iaitu vitamin natural (semulajadi) dan vitamin sintetik. Perbezaan antara keduanya adalah seperti berikut :

1. Penghasilan

Vitamin natural dihasilkan dari ekstrak bahan-bahan semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat-seratnya.

Vitamin sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. Contohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul-molekul karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan daripada apa-apa bahan bagi menghasilkan asid askorbik.

2. Keserasian dengan badan

Vitamin natural dihasilkan dari bahan-bahan makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.

Vitamin sintetik, walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B Complex pada vitamin sintetik. Vitamin sintetik memberi kesan, sama ada jangka pendek atau jangka panjang.

3. Harga

Vitamin natural tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan-bahan semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.

Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.

4. Kesan kepada tubuh badan

Vitamin natural mengambil intipati dari bahan-bahan semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan-bahan yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium dan  vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dalam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.

Vitamin sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, maka kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ‘solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena ambil magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin-vitamin lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.

5. Kesan jangka panjang

Vitamin natural tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan daripada bahan-bahan seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).

Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan-bahan yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.

Setelah mengetahui perbezaan tersebut, mahukah anda mengambil vitamin sintetik? Sudah tentu tidak bukan? Saya percaya anda cukup bijak dalam memilih suplemen yang selamat untuk diri anda dan keluarga anda. Jika tidak, sihat yang dicari, tapi sakit yang dapat. Kata kuncinya, pilih yang natural!

Kredit : Mysuperkids.net

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...